Jean Makoun

Cameroonian footballer

Jean II Makoun (Sebutan bahasa Perancis: [ʒɑ̃ dø mɑkun]) (lahir 29 Mei 1983) merupakan pemain bola sepak Cameroon yang kini bermain untuk Stade Rennais dan pasukan kebangsaan Cameroon. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Jean Makoun
Makoun2012.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuh Jean II Makoun
Tarikh lahir (1983-05-29) 29 Mei 1983 (umur 39)
Tempat lahir Yaoundé, Cameroon
Ketinggian 1.73 m (5 ka 8 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Rennes
Nombor 15
Kerjaya remaja
1997–1999 Cotonsport Garoua
2000 Jeunesse Star
2001 Tonnerre Yaoundé
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2008 Lille 165 (9)
2008–2011 Lyon 76 (8)
2011–2013 Aston Villa 9 (0)
2011–2012Olympiakos (pinjaman) 23 (2)
2012–2013Stade Rennais (pinjaman) 28 (2)
2013– Stade Rennais 17 (0)
Pasukan kebangsaan
2003– Cameroon 66 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Januari 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Jun 2014

Kerjaya kelabSunting

Kerjaya awalSunting

Makoun memulakan kerjayanya di pasukan remaja Cotonsport Garoua. Pada masa itu, beliau menghabiskan masanya di kelab lain Cameroon seperti Jeunesse Star dan Tonnerre Yaoundé sebelum berpindah ke Perancis untuk sertai kelab Lille.

Makoun membuat 150 penampilan untuk Lille di liga dan bermain di Liga Juara-Juara UEFA. Aksi beliau menarik minat seluruh kelab Eropah termasuk Arsenal, Tottenham Hotspur, Juventus, AS Monaco, Marseille dan Lyon.[2]

LyonSunting

Pada 16 Jun 2008, Makoun menandatangani kontrak empat tahun bersama Olympique Lyonnais. Makoun kemudian menyarung jersi nombor 17, seorang pemain bola sepak yang bersara pada 2003 dan kini telah meninggal dunia iaitu pemain tengah Cameroon, Marc-Vivien Foé. Pada perlawanan pembukaan musim, beliau menjaringkan gol pertama dalam perlawanan debutnya untuk Lyon, pasukannya menang 3-0 ke atas Toulouse. Dalam kempen Liga Juara-Juara, Makoun menjaringkan dua gol dalam lapan perlawanan iaitu ketika menentang Fiorentina, di mana Lyon menang 2-1 dan menentang Barcelona, di mana Lyon tewas 5-2. Dalam musim ketiganya di Lyon, beliau banyak terlepas perlawanan akibat mengalami kecederaan.[3]

Aston VillaSunting

Pada 15 Januari 2011, Aston Villa melengkapkan perpindahan Makoun dalam kontrak tiga tahun dengan bayaran yang tidak didedahkan. Beliau membuat debut untuk Aston Villa ketika menentang Wigan Athletic pada 25 September 2011, Villa menang 2-1. Pada 12 Februari 2011, Makoun telah dibuang padang akibat menerjah keras pemain Blackpool, DJ Campbell. Selepas perlawanan itu, Makoun digantung tiga perlawanan.

Beliau meninggalkan Aston Villa pada penghujung musim 2012-13 selepas Stade Rennes ingin membeli beliau secara tetap.[4]

OlympiakosSunting

Pada 28 Ogos 2011, Makoun ke kelab Greece, Olympiakos secara pinjaman.[5] Beliau kemudian memilih jersi nombor 77. Pada 13 September 2011, beliau membuat debut untuk Olympiakos ketika tewas 1-0 kepada Marseille dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA. Beliau membuat penampilan pertama liga lima hari kemudian iaitu pada 18 September, 2-1 menang ke atas Skoda Xanthi. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Olympiakos ketika menang 3-2 ke atas Aris. Dengan membuat 19 penampilan dan menjaringkan dua gol, Olympiakos menjuarai gelaran liga pada penghujung musim dan Makoun pulang ke Aston Villa.

RennesSunting

Pada 15 Ogos 2012, Makoun dilaporkan telah dipinjam ke kelab Rennes selepas pengurus Villa, Paul Lambert mengatakan Makoun tidak termasuk dalam rancangannya pada musim hadapan. Makoun membuat penampilan pertama untuk kelab ketika tewas 2-1 kepada Lorient pada 16 September 2012.

Pada 20 Oktober 2012, Makoun menjaringkan gol pertamanya untuk kelab ketika menang mengejut 2-1 ke atas Montpellier.[6] Ketika pasukannya menang 2-1 ke atas Paris Saint-Germain pada 17 November 2012, Makoun dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua. Selepas membuat 22 penampilan dan menjaringkan dua gol, beliau dibenarkan berpindah ke Rennes secara tetap pada 1 April tetapi mula bermain untuk Rennes pada 1 Julai.[7]

Kerjaya antarabangsaSunting

Makoun merupakan sebahagian daripada skuad Cameroon yang mengambil bahagian di Piala Negara-Negara Afrika 2006, Piala Negara-Negara Afrika 2008 dan Piala Negara-Negara Afrika 2010. Beliau juga bermain kesemua perlawanan Cameroon di Piala Dunia FIFA 2010.[8] Makoun menjaringkan dua gol ketika menentang Tunisia untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya, 4-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 dan pasukannya layak ke Piala Dunia FIFA 2014.

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
11 Oktober 2008 Yaoundé, Cameroon   Mauritius
4–0
5–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2
9 September 2009 Yaoundé, Cameroon   Gabon
1–0
2-1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
3
10 Oktober 2009 Yaoundé, Cameroon   Togo
2–0
3–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
4
17 November 2013 Yaoundé, Cameroon   Tunisia 3–1 4–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
5
4–1

Statistik kerjayaSunting

KelabSunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Lille 2002–03 10 0 2 0 0 0 12 0
2003–04 32 1 1 1 0 0 33 2
2004–05 33 0 2 1 6 0 41 1
2005–06 31 5 2 0 9 0 42 5
2006–07 33 1 0 0 10 1 43 2
2007–08 26 2 1 0 0 0 27 2
Jumlah 165 9 8 2 25 1 198 12
  Lyon 2008–09 35 6 4 1 8 2 47 9
2009–10 28 1 0 0 13 1 41 2
2010–11 13 1 1 0 3 0 17 1
Jumlah 76 8 5 1 24 3 105 12
  Aston Villa 2010–11 9 0 1 0 0 0 10 0
2011–12 0 0 1 0 0 0 1 0
  Olympiakos (pinjaman) 2011–12 19 2 4 0 8 0 31 2
  Rennais (pinjaman) 2012–13 28 2 0 0 - - 28 2
  Rennais 2013–14 30 1 4 1 - - 34 2
Jumlah kerjaya 330 23 23 4 57 4 409 31

PenghargaanSunting

KelabSunting

Olympiacos;

RujukanSunting

  1. ^ name="flcjm">FrenchLeague.com – Jean Makoun
  2. ^ Prem rivals battle for Makoun
  3. ^ "Lyon's Makoun seeks January exit". BBC Sport. 10 November 2010. Dicapai pada 6 January 2013.
  4. ^ "Cameroon's Jean Makoun signs permanent deal with Rennes". BBC Sport. 1 April 2013. Dicapai pada 1 April 2013.
  5. ^ "Premier League – Olympiakos sign Makoun on loan". Yahoo Eurosport. 29 August 2011.
  6. ^ "Match Report:Stade Rennes 2 - 1 Montpellier". ESPN Soccernet. 20 October 2012. Dicapai pada 6 January 2013.
  7. ^ "Aston Villa midfielder Makoun set to sign Rennes deal". Goal.com. 30 March 2013. Dicapai pada 1 April 2013.
  8. ^ African Cup of Nations – Finalists in profile: Cameroon