Kampung Batu Hampar, Kuala Terengganu

Kampung Batu Hampar merupakan sebuah kampung yang terletak di mukim Belara, daerah Kuala Terengganu, Jaraknya dari pusat bandar Kuala Terengganu, kira-kira 15 kilometer.

Kampung Batu Hampar
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Batu Hampar
Mohor rasmi Kampung Batu Hampar
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Batu Hampar
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Batu Hampar di Peta Google

Penduduk megundi bagi kerusi N16 DUN Manir, dan Parlimen Hulu Terengganu.

Geografi

sunting

Kampung Batu Hampar yang kita kenali hari ini asalnya merupakan konsolidasi beberapa kampung kecil yang dicantumkan bagi memudahkan urusan pentadbiran. Urusan ni dilakukan pada tahun 70-an. Kampung kecil tersebut adalah :

- Kampung Cina Pak Hak (Kawasan yang asalnya dihuni oleh majoriti penduduk berbangsa Tionghua, namun sekarang kesemua berhijrah ke tempat lain atau memeluk Islam dan berasimilasi. Pada tahun 90-an, kawasan ini dibangunkan projek Perumahan Awam Kos Rendah. Ketika PAKR ini dibangunkan, masih terdapat banyak jirat cina, ada berusia ratusan tahun),

- Kampung Kubang Pipit (Sekarang merupakan Taman Hamparan Permai),

- Kampung Batu Hampar. (Sekarang adalah kawasan markaz BN)

- Kampung Kubang Dadih (Masjid Ikhwatul-Janah dan tanah-tanah sekitarnya)

- Pengkalan Menerung (Kawasan markaz PAS sehingga surau Banggol Che Embong. Dinamakan Pengkalan Menerung kerana disitulah tempat gajah-gajah turun ke sungai, sama ada tujuan pengangkutan ataupun untuk meminum air)

- Kubang Jetik (Terletak bersempadan dengan Padang Baloh, kawasan pertanian)

- Padang Baloh (Kawasan pertanian)

- Padang Daing (Jalan Padang Baloh sehingga sempadan Dusung Daing)

- Dusun Daing ( Sempadan Padang Daing ke sempadan Kampung Pulau Manis)


Asal nama Kampung Batu Hampar

sunting

Nama Kampung Batu Hampar diambil sempena sebongkah batu sungai yang besar berhampiran kawasan pulau sungai. Bongkah ini bersaiz 3 depa x 5 depa, bewarna hitam, dari batu jenis basalt. Disebabkan permukaan atas batu ini yang rata, penduduk suatu masa dahulu menjadikannya tempat melabuhkan perahu dan menjemur ikan masin dan asam gelugur. Batu basalt menyerap haba menjadikan batu ini panas membolehkan ikan kering dengan cepat.

Pada hari ini, bongkah batu ini telahpun tenggelam sepenuhnya, namun jika bernasib baik masih kelihatan jika air sungai surut. Keadaan berlaku karena topografi sungai berubah disebabkan aktiviti melombong pasir sungai di Serada.

Sejarah

sunting

Tok Ku Pulau Manis

sunting

Abdul Malik bin Abdullah (1650-an - 1736), atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Pulau Manis, adalah tokoh besar nusantara. Beliau menjadi tempat rujukan Tun Habib Abdul Majid (1637 – 1697), Bendahara Johor. Tok Ku Pulau Manis mengahwini Mahpuri puteri kepada Tok Raja Sawa Lela seorang keturunan Bendahara Johor yang telah berhijrah ke Terengganu dan mereka tinggal di Kampung Batu Hampar, manakala masjid / sekolah beliau di seberang sungai, di Kampung Pulau Manis Serada.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dengan tiga orang putera dan seorang puteri iaitu Sheikh Badaruddin, Imam Yusuf Kesum, Yaakub @ Tok Bongkok dan Mek (nama sebenar tidak diketahui). Sebahagian keturunan Tok Ku Pulau Manis menetap di Batu Hampar sampai sekarang.

Berdasarkan sejarah lisan dari orang tua, sebelum tahun 70an, kawasan sungai Kampung ini sering menjadi tumpuan pada penziarah yang datang dari pelusuk nusantara. Mereka datang bagi menziarahi makan Tok Ku Pulau Manis melalui jalan sungai. Laluan sungai menjadi sibuk, perahu tidak putus menziarahi.

Perang Dunia Kedua (1942 - 1945)

sunting

Dalam Perang Dunia Kedua, tentera Jepun mula mentadbir Terengganu pada Desember 1941 sehingga 18 Oktober 1943 apabila Terengganu diserahkan pada Siam. Walaupun tempoh ini singkat, tentera Jepun sempat melakukan kekejaman pada penduduk setempat.

Menurut sumber lisan orang tua, pernah dijumpai tulang-temulang manusia dan tengkorak di kawasan Batu Hampar, pada tahun 60-an. Mangsa merupakan pancungan oleh tentera Jepun dalam perang dunia kedua. Juga ada antara penduduk kampung ini yang ditangkap dan dibawa pergi ke sempadan Thailand bagi menjadi buruh pembinaan projek kereta api maut.

Namun cerita ini tidak direkodkan dalam sumber bertulis dan nama mangsa tidak diketahui.

Projek Tanaman Kacang Tanah dan Pawah Lembu (1975 - 1980)

sunting

Pada 4 September 1961, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdul Razak b. Dato Hussein, melancarkan kempen Rancangan Pembangunan Luar Bandar Peringkat Ke-2 yang mana tumpuan diberikan kepada peringkat bawahan. Dibawah rancangan ini, bagi peringkat Kampung Batu Hampar, jawatankuasa yang dipengerusikan ketuakampung waktu itu memutuskan dua projek peningkatan ekonomi setempat dilaksanakan, iatu projek tanaman kacang tanah dan projek pawahan lembu.

Pawahan Lembu : Keluarga terpilih akan dipinjamkan sepasang lembu, jantan dan betina. Tuan lembu akan memelihara lembu ini, memberi makan minum dan dibiakkan. Sekiranya lembu ini melahirkan anak, anak sulung lembu akan jadi milik pemelihara, anak kedua jadi milik kerajaan, dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.. Sistem pawah ini membolehkan petani yang tidak memiliki modal, tapi rajin berusaha, mendapat peluang memiliki ternakan nya sendiri.

Projek Tanaman Kacang Tanah : Projek ini dilaksanakan di pulau sungai sepanjang tebingan Batu Hampar. Peserta akan diberikan benih kacang tanah, dan diberi panduan cara menanamnya oleh pegawai pertanian. Selepas pokok kacang tanah tadi boleh mengeluarkan hasil, ia akan dibahagi lima. Satu per lima diserah pada kerajaan untuk diagihkan pada peserta baru di tempat lain, satu per lima untuk benih peserta sendiri, dan 3 per lima untuk dinikmati oleh peserta ini.Projek ini dihentikan pada 80an disebabkan pasir sungai semakin menyusut.

Tempat beribadat

sunting

Masjid Ikhwatul Jannah

sunting

Lokasi asal masjid Batu Hampar adalah di tapak balai raya sekarang. Bangunan asalnya diperbuat dari kayu,memiliki tiang bulat, rupanya seperti rumah kayu biasa. Kedudukannya bersebelahan dengan sungai, mode pengangkutan utama suatu masa dahulu. Ia dibina oleh tanah yang diwakafkan oleh Tok Ki Nawi.

Masjid Batu Hampar kita kenali hari ini, dibina tahun 1985 dan buka secara rasminya pada 17 Oktober 1990 oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Y.Bhg. Dr. Mahathir b. Mohamad.

Masjid ini mendapat peruntukan untuk menjalani renovasi pada tahun 2009 -2010. Untuk sementara waktu, dalam tempoh renovasi, jemaah masjid bersolat di balai raya yang terletak di hadapan masjid ikhwatul jannah. Antara renovasi yang dilakukan adalah penambahan awning, membaikpulih struktur masjid, mengubahsuai kubah masjid dan menukar kubah menara masjid dari warna biru ke warna kuning sekarang.

Pada tahun 2012, pihak masjid telah mengadakan peraduan menamakan masjid. Nama baru masjid yang terpilih adalah 'Masjid Ikhwatul Jannah', bermaksud masjid saudara syurga.


Masjid Ikhwatul Jannah ini beralamat di :

4849, Kampung Batu Hampar,

Jalan Telemong,

21210 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Facebook : https://www.facebook.com/Masjid.Ikhwatul.Jannah

Peta : https://www.google.com/maps/@5.266541,103.0368074,18z/data=!3m1!4b1!4m2!6m1!1s1gfzZdvbFxBfS9o7o8nwddlfJL-E


Poskod

sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Batu Hampar, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21200.[1]


Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting