Kampung Padang Kala

Kampung Padang Kala merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak di Melor, dalam negeri Kelantan Darul Naim. Ia terletak sejauh 15km ke selatan dari Bandar Kota Bharu, iaitu ibu negeri Kelantan.

Kampung Padang Kala
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Padang Kala
Mohor rasmi Kampung Padang Kala
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Melor
KampungKampung Padang Kala
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
16400
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Padang Kala di Peta Google

Mengikut sejarah, nama kampung ini berasal dari nama pokok yg dikenali sebagai "Pokok Kala", sejenis pokok saka yg mampu hidup sehingga ratusan tahun. Pokok tersebut terletak di tengah-tengah padang yang luas di mana tanaman padi diusahakan penduduk di kawasan padang tersebut. Manakala satu lagi pendapat mengatakan asal usul nama kampung ini adalah kerana terdapat banyak kala jengking di padang tersebut. Namun pendapat ini agak kurang meyakinkan kerana habitat kala jengking pada dasarnya adalah di kawasan hutan yang terdapat banyak pokok-pokok, bukannya di kawasan padang.

Ekonomi asas kampung ini secara tradisi sejak sekian lama adalah tanaman padi. Namun, dengan peralihan masa, banyak tanah-tanah padi sudah tidak diusahakan sekarang. Terdapat banyak plot-plot tanah padi telah bertukar menjadi kawasan perumahan.

Padang Kala merupakan salah satu kampung di Mukim Melor di dalam Jajahan Kota Bharu yang pesat membangun, sesuai dengan kedudukannya yang terletak di jalan utama yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Trengganu.


Kelantan adalah sebuah negeri di bahagian utara Malaysia dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi.

Kemudahan asas sunting

Pendidikan sunting

  1. Sekolah Kebangsaan Padang Kala
  2. Sekolah Menengah Padang Kala

Tempat beribadat sunting

  1. Masjid Padang Kala
  2. Masjid Imanul Faizin @ Masjid Andalusia
  3. Madrasah-madrasah di sekitarnya

Poskod sunting

Poskod yang digunakan di Kampung Padang Kala, Melor, Kelantan adalah 16400.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting