Kapten (Amerika Syarikat)
Di dalam Tentera Darat Amerika Syarikat (USA), Kor Marin (USMC), Tentera Udara (USAF) dan Tentera Angkasa (USSF), Kapten adalah pangkat pegawai kompeni, dengan gred gaji O-3. Ia berkedudukan atas leftenan pertama dan di bawah mejar. Ia setaraf dengan pangkat leftenan dalam sistem pangkat pegawai Tentera Laut/Pengawal Pantai dan ia berbeza daripada pangkat Tentera Laut/Pengawal Pantai yang lebih tinggi iaitu kepten. Tanda pangkat kapten berbentuk dua bar perak, dengan sedikit perbezaan gaya antara versi Tentera Darat/Tentera Udara dan versi Kor Marin.
Kapten Captain | ||
| ||
Negara | ![]() | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Kor Marin Tentera Udara Tentera Angkasa | |
Singkatan | CPT (Tentera Darat) Capt (Kor Marin, Tentera Udara dan Tentera Angkasa) | |
Kumpulan pangkat | Pegawai kompeni | |
Kod NATO |
OF-2 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Mejar | |
Pangkat rendah seterusnya | Leftenan Pertama | |
Persamaan pangkat |
| |
Deskripsi
suntingKomander kompeni
suntingKapten tentera darat pada umumnya bertugas sebagai pegawai staf batalion/skuadron (kavalri) atau briged dan mungkin mempunyai peluang untuk memerintah kompeni/pasukan meriam (artileri medan dan pertahanan udara)/trup (kavalri). Apabila diberi memerintah, mereka menyandang gelaran komander kompeni|komander kompeni/pasukan meriam/trup. Detasmen Operasional Alpha Pasukan Khusus Tentera Darat AS (12-anggota) juga diperintah oleh seorang kapten, yang memegang gelaran "komander detasmen."
Pegawai staf
suntingKapten keempat-empat cabang perkhidmatan secara rutin bertugas sebagai jurulatih di sekolah tentera dan pusat latihan tempur, juruiring kepada pegawai jeneral, pegawai perhubungan dan pegawai pertukaran ke unit-unit lain, perkhidmatan, dan ketenteraan luar negeri, pegawai rekrut, pelajar dalam program lanjutan dan siswazah/pasca siswazah dalam institusi Pendidikan Tentera Profesional dan universiti awam, dan dalam pelbagai jenis tugasan khas.
Cawangan kepakaran
suntingDalam unit perubatan Tentera Darat dan Tentera Udara, captain adalah pangkat peringkat permulaan bagi mereka yang memiliki ijazah perubatan, atau kedoktoran dalam profesion penjagaan kesihatan. Profesion penjagaan kesihatan lain termasuk pakar bius jururawat, ahli farmasi, pakar optometris, doktor haiwan, dan pembantu doktor, antara lain boleh bermula sebagai leftenan pertama yang boleh dinaikkan pangkat setelah tamat latihan kemasukan awal.
Insignia
sunting-
Lencana pangkat captain Tentera Darat A.S.
-
Lencana pangkat captain Kor Marin A.S.
-
Lencana pangkat captain Tentera Udara A.S.
-
Lencana pangkat captain Tentera Angkasa A.S.
Lihat juga
sunting- Lencana pangkat pegawai Tentera Darat AS
- Lencana pangkat pegawai Kor Marin
- Lencana pangkat pegawai Tentera Udara AS
- Kapten polis