Katedral Santa Sofia, Kyiv

Katedral Santa Sofia di Kyiv, Ukraine, ialah sebuah monumen seni bina Rus' Kiev. Katedral lama ini dahulu salah satu mercu tanda terkenal bandar itu dan tapak warisan pertama di Ukraine yang dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia bersama-sama dengan kompleks Biara Gua Kyiv.[2]{{#tag:ref|Pada hujung tahun 2010, misi pemantauan UNESCO telah melawat Lavra Kyiv Pechersk untuk memeriksa keadaannya. Ketika itu, Menteri Kebudayaan Mykhailo Kulynyak menyatakan tapak bersejarah itu dn Katedral Sofia Suci tidak berisiko dimasukkan ke dalam "senarai hitam" UNESCO.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>[3] Salah satu sebabnya adalah Katedral Santa Sofia dan Lavra Kyiv Pechersk dianggap sebagai satu kompleks yang sama oleh Program Warisan Dunia UNESCO tetapi di Ukraine tapak-tapak tersebut diuruskan oleh entiti kerajaan yang berbeza. Kini, ia sebuah muzium.

Katedral Santa Sofia, Kyiv
Собор святої Софії/Софійський собор
Katedral Santa Sofia
50°27′10″N 30°30′52″E / 50.45278°N 30.51444°E / 50.45278; 30.51444Koordinat: 50°27′10″N 30°30′52″E / 50.45278°N 30.51444°E / 50.45278; 30.51444
LokasiRizab Kebangsaan Sofia, Kyiv
Kompleks Katedral Holy Sophia
Daerah Shevchenkivskyi, Kyiv
NegaraUkraine
Laman sesawangTapak web rasmi
Sejarah
PengabdianHagia Sophia
Seni bina
Gelaran warisanTujuh Keajaiban Ukraine[1]
Gaya seni binaSeni bina Byzantium,
Barok Ukraine
Tahun dibinaabad ke-11
Spesifikasi
Panjang41.7 m (137 ka)
Lebar54.6 m (179 ka)
Tinggi kubah (dalam)28.6 m (94 ka)
Katedral Santa Sofia, Kyiv
Nama asliСофійський собор
Nama rasmiKatedral Santa Sofia
Sebahagian dari
Kyiv: Katedral Saint-Sophia dan Bangunan Biara Berkaitan, Kyiv-Pechersk Lavra
Inskripsi1990 (sesi ke-14)
Dalam bahaya2023
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dalam bahasa Ukraine, ia dipanggil Sobor Sviatoii Sofii (Собор Святої Софії) atau Sofiiskyi sobor (Софійський собор).

Kompleks katedral ini dan muziumnya adalah bahagian utama Rizab Kebangsaan "Sofia Kyiv", institusi kerajaan bertanggungjawab dalam memelihara kompleks katedral itu serta empat lagi mercu tanda bersejarah di Ukraine.

Sejarah sunting

 

Katedral ini dinamakan sempena katedral Aya Sofia (Kebijaksanaan Suci) dari abad ke-6 di Konstantinopel (kini Istanbul), yang didedikasikan untuk Kebijaksanaan Suci, personifikasi ilmu falsafah dan agama dan bukan seseorang suci bernama Sofia. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1037 atau 1011[4] dan mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan. Menurut satu teori, Yaroslav yang Bijaksana menaja pembinaan Katedral Santa Sofia pada tahun 1037 untuk meraikan kemenangannya melawan bangsa Pecheneg pada tahun 1036 (yang selepas itu tidak pernah mengancam Kyiv lagi).[5] Menurut Dr. Nadia Nikitenko, seorang ahli sejarah yang telah mengkaji katedral ini selama 30 tahun, ia diasaskan pada 1011 semasa pemerintahan bapa Yaroslav, Penguasa Besar Rus Kiev, Vladimir Agung. UNESCO dan Ukraine menerima perkara ini, dan Ukraine telah meraikan ulang tahun ke-1000 katedral ini pada tahun 2011.[6] Ia mempunyai 5 ruang ibu, 5 apsis dan 13 kupola, yang ganjil dalam seni bina Byzantium). Ia dikelilingi galeri bertingkat berganda di tiga sisinya. Dengan ukuran 37 hingga 55 m (121 hingga 180 ka), bahagian luarnya dahulu mempunyai ketapak. Di bahagian dalam, terdapat mozek-mozek dan fresko dari abad ke-11, termasuk gambaran keluarga Yaroslav, dan Orans.

Pada asalnya, Katedral Santa Sofia merupakan makam penguasa-penguasa Kiev seperti Vladimir Monomakh, Vsevolod Yaroslavich dan pengasas katedral ini Yaroslav I yang Bijaksana, tetapi hanya kubur Yaroslav sahaja yang masih terpelihara pada hari ini (lihat gambar).

 
Katedral Santa Sofia, pada tahun 1889, Jabatan Pengumpulan Imej, Galeri Seni Perpustakaan Negara, Washington, DC

Selepas Kyiv dijarah oleh Andrei Bogolyubsky dari Vladimir-Suzdal pada tahun 1169, dan Rus diceroboh Mongol pada tahun 1240, katedral mula terbengkalai. Ia telah dibina semula pada abad ke-16 semasa Komanwel Poland-Lithuania cuba menyatukan gereja Katolik dan Ortodoks. Berikutan Kesatuan Brest 1595-96, Katedral Sofia Suci menjadi milik Gereja Katolik Yunani Ukraine yang menugaskan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan semula bahagian atas bangunan itu kepada arkitek Itali Octaviano Mancini dalam gaya Barok Ukraine, sambil mengekalkan bahagian dalaman Byzantiumnya yang indah. Kerja-kerja diteruskan di bawah pimpinan Kozak Hetman Ivan Mazepa sehingga tahun 1767. Pada masa ini, sebuah menara loceng, kantin biara, kedai roti, "Rumah Metropolitan", pintu barat (pintu Zborovski), rumah penginapan, kampus keikhwanan dan bursa (seminari) dibina di sekitar Katedral Sofia Suci. Semua bangunan ini, termasuk katedral, mempunyai ciri-ciri Barok Ukraine yang tersendiri.

 
Muzium St. Sofia pada syiling Soviet 5 rubel dengan tulisan bahasa Rusia, dari tahun 1988

Selepas Revolusi Oktober 1917 di Rusia dan semasa kempen antiagama Soviet pada tahun 1920-an, kerajaan ingin katedral ini dimusnahkan dan mengubah kawasannya menjadi taman "Wira-wira Perekop" untuk memperingati kemenangan Tentera Merah dalam Perang Saudara Rusia di Krimea). Katedral ini diselamatkan daripada diroboh[7] (Biara Kubah Emas St. Michael yang bertentangan dengannya diletupkan pada tahun 1935[7]) dengan usaha ramai saintis dan ahli sejarah. Namun begitu, pada tahun 1934, pihak berkuasa Soviet mengambil alih katedral daripada pihak gereja dan menukarkannya kepada muzium seni bina dan sejarah, bersama-sama binaan-binaan di sekelilingnya dari abad ke-17 dan 18.

Sejak akhir 1980-an, ahli politik Soviet, dan kemudiannya Ukraine, berjanji akan mengembalikan katedral ini kepada Gereja Ortodoks. Namun, kerana pertikaian dalam Gereja, pemulangannya ditangguhkan. Gereja Ortodoks dan Yunani-Katolik berdua-dua menuntut pemilikannya. Walaupun semua gereja Ortodoks dibenarkan kadangkala untuk sembahyang berjemaah di sana, kadangkala mereka juga dilarang masuk. Pada tahun 1995, insiden teruk berlaku semasa pengebumian Patriark Volodymyr dari Gereja Ortodoks Ukraine, apabila pihak polis rusuhan terpaksa menghalang pengebumian beliau di muzium itu dan pergaduhan berdarah tercetus.[8][9][10] Sejak itu, belum ada badan agama yang diizinkan bersembahyang jemaah secara tetap di situ. Kompleks itu kini muzium tentang agama Kristian di Ukraine, kebanyakan pengunjungnya pelancong.

Pada 21 Ogos 2007, Katedral Sofia Suci dinamakan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Ukraine, berdasarkan undian oleh pakar dan wargamaya.

Pada September 2023, Kyiv telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia yang "dalam bahaya" kerana perang Rusia di Ukraine. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukannya untuk dapat mengusahakan bantuan dan perlindungan kepada tapak tersebut.[11]

Galeri sunting

Kompleks Katedral sunting

 
Perayaan Krismas di hadapan menara loceng Katedral St. Sofia
 
Model Katedral Sofia Suci yang asal pada wang tunai ₴2
  • Katedral Sofia
  • Menara loceng
  • Rumah Metropolitan, ketua Gereja Ortodoks Ukraine
  • Gereja Dewan Makan
  • Bangunan Keikhwanan
  • Bursa (sekolah menengah)
  • Konsistori, majlis hal ehwal gereja
  • Menara pintu masuk selatan
  • Pintu Zaborovski
  • Tempat tinggal paderi dan gerejawan
  • Rumah inap
  • Tugu Peringatan Perpustakaan Yaroslav

Nota sunting


Rujukan sunting

  1. ^ "7 чудес України - Новини". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2007. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  2. ^ Kyiv Pechersk Lavra, St. Sophia Cathedral remain on UNESCO's World Heritage List (dalam bahasa Inggeris), Interfax-Ukraine, 20 Jun 2013, diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2013
  3. ^ Yatsenko, O. Y. (2011, Februari 9). Holos Ukrayiny 09.02.2011 (dalam bahasa Ukraine). Kementerian Kebudayaan Ukraine. Diarkibkan daripada asal di Web Archive.
  4. ^ Facts.kieve.ua Diarkibkan 2010-01-17 di Wayback Machine
  5. ^ "Kyiv". World Heritage Site.
  6. ^ Booklet "The Millenary of St. Sophia of Kyiv" by Nadia Nikitenko, Kyiv 2011
  7. ^ a b Forgotten Soviet Plans For Kyiv, Kyiv Post (28 July 2011)
  8. ^ "Reuters Archive Licensing". Reuters Archive Licensing (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-23.
  9. ^ "Police beat mourners at patriarch's burial". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 1995-07-19. Dicapai pada 2023-06-23.
  10. ^ Archived at Ghostarchive and the Wayback Machine: "Ukraine - Patriarch Volodymyr's Burial Violence". YouTube.
  11. ^ Francis, Ellen; Han, Jintak (2023-09-16). "In photos: Centuries-old Kyiv cathedral and monastery on U.N. danger list". The Washington Post.

Pautan luar sunting