Kozak, Kazaki atau Kosek[nota 1] ialah sekumpulan masyarakat berbahasa Slavia Timur yang hidup di kawasan dan pulau-pulau terpencil sepanjang sungai-sungai sekitar timur dan selatan Ukraine serta di selatan Rusia - termasuk hilir Sungai Dnieper,[1] Don, Terek dan Ural.[2] Mereka sering membentuk masyarakat yang memerintah sendiri secara demokratik dan bersedia untuk berperang.[2]

Gambaran askar-askar Kozak menyerang pihak Tatar Krimea.
[Potyczka Kozaków z Tatarami (1890), lukisan cat karya Józef Brandt.]

Kegiatan penerokaan dan peperangan mereka sendiri memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya serta sejarah kedua-dua negara Ukraine dan Rusia.[3][4]

Sejarah sunting

Perkembangan awal - pengaruh Stepan Razin dan Emilian Pugachev sunting

Zaman Empayar Rusia sunting

Zaman Soviet awal sunting

Banyak masyarakat dalam kelompok ini menyokong antara kedua-dua pihak Tentera Merah atau Tentera Putih sebaik meletusnya suatu perang Saudara berikutan Revolusi Oktober. Ada beberapa unit disertai sebahagian orang Kozak yang terlibat dalam pelaksanaan rusuh bunuh kerajaan Rusia terhadap bangsa Yahudi dalam beberapa kota di Ukraine.[5] Namun, rejim Komunis yang memenangi perang tersebut mula menguatkuasakan dasar yang menindas orang Kozak sebagai balasan ke atas Tentera Putih berikutan kekalahan mereka - dari pembunuhan massal yang mengorbankan puluh ribuan mangsa[6] sehinggalah ke pembahagian tanah milik Kozak kepada bangsa-bangsa lain serta pembuluran dipaksa. Menurut suatu kajian oleh sejarawan Michael Kort misalnya, rejim Bolshevik telah membunuh atau membuang "kira-kira 300,000 hingga 500,000 orang Kozak dari populasi kira-kira 3 juta" pada tahun-tahun 1919 dan 1920,[7] termasuk 45,000 orang dari masyarakat Kozak Terek.[8]

Peristiwa Holodomor pada tahun 1930-an turut menimpa berat buat puak-puak Kozak[9] di mana kependudukan di kawasan diduduki mereka terutamanya di kawasan pedalaman menurun sebanyak 20–30%.[10] Perkara ini turut diburukkan dengan tindakan pegawai pemerintah merampas hasil tanaman daripada puak Kozak sebagai hukuman sehingga menyebbakan kebuluran.[11]

Ketika Perang Dunia Kedua sunting

Sebahagian masyarakat yang menyambut gembira kemaraan pihak Nazi sebagai suatu pembebasan daripada kesengsaraan dibawa dasar-dasar laksanaan Stalin, sehingga ada yang sanggup berkhidmat menyertai tentera Jerman;[12][13] namun ia lebih bertujuan memaling tadah membebaskan rakan sebangsa yang ditahan dalam tapak penahanan Nazi.[14]

Gaya hidup sunting

Keluarga sunting

Orang Kozak cenderung lebih banyak anak berbanding masyarakat lain di Rusia. Mereka mempunyai keluarga besar yang diketuai seorang datuk bergelar Ataman.

Kaum perempuan mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga saat kaum lelaki berperang jauh dari petempatan mereka, malah kaum tersebut turut membantu mempertahankan petempatan mereka sendri atau merampas perkampungan puak-puak lain.

Pentadbiran sunting

Pada ketika dahulu, seorang "ataman" atau "hetman" akan mengetuai suatu puak Ketua ini mempunyai kuasa eksekutif, dia sendiri merupakan pemimpin utama seakan seorang panglima saat berperang menentang puak musuh. Ketua ini dilantik dalam suatu rada yang bersidang dalam suatu perundangan serta dianggotai pegawai kanan bergelar starshyna. Masyarakat ini mempunyai adat lisan tersendiri yang bertindak sebagai suatu undang-undang tidak rasmi.

Setiap petempatan didirikan orang Kozak - baik dengan sendirinya mahupun berasingan - membentuk suatu unit tentera serta rejimen berkuda (kuren[15]). Tentera-tentera ini boleh segera menyerang sebaik sebarang ancaman ke atas mereka dapat dikesan. Bangsa mereka sendiri dianggap sebagai suatu "tentera" atau "laskar" (vois’ko atau viys’ko) yang terbahagi kepada bahagian rejimen (polky), kompeni (sotni) hingga ke peringkat kampung (stanytsi).

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ *Bahasa Ukraine: козаки́ [ko-za-ki] / [kɔzɐˈkɪˑ]
    • Rusia: казаки́ [ka-za-ki] / [kɐzɐˈkʲiˑ]
    • Belarus: казакi [ka-zak] / [kazaˈkʲiˑ]
    • Poland: Kozacy [ko-za-tsi] / [kɔˈzat͡sɨ]
    • Czech: kozáci [ˈkozat͡si]
    • Slovak: kozáci [ˈkɔzatsi]
    • Hungary: kozákok [ˈkozaːkok]
    • bahasa Inggeris: Cossack [ko-sék]

Rujukan sunting

  1. ^ R.P. Magocsi, A History of Russia, pp. 179–181
  2. ^ a b Lester W. Grau (1993). "The Cossack Brotherhood Reborn: A Political/military Force in a Realm of Chaos". Foreign Military Studies Office, Fort Leavenworth, KS. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ohos2015. Dicapai pada 23 Ogosm 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= dan |archivedate= (bantuan)
  3. ^ O'Rourke, Shane (2000). Warriors and peasants: The Don Cossacks in late imperial Russia. ISBN 978-0-312-22774-6.
  4. ^ A noted author, Count Leo Tolstoy, wrote "... that all of the Russian history has been made by Cossacks. No wonder Europeans call all of us that ... Our people as a whole wish to be Cossacks." (L. Tosltoy, A Complete Collection of Works, v. 48, page 123, Moscow, 1952; Полн. собр. соч. в 90 т. М., 1952 г., т.48, стр. 123)"
  5. ^ Pogroms: Anti-Jewish Violence in Modern Russian History, p. 303, John Doyle Klier (Editor), Shlomo Lambroza (Editor)
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Extermination order tidak disediakan
  7. ^ Kort, Michael (2001). The Soviet Colosus: History and Aftermath, p. 133. Armonk, NY: M.E. Sharpe. ISBN 0-7656-0396-9.
  8. ^ [1]Pavel Polian, "Forced migrations in USSR", Retrieved on 5 February 2007
  9. ^ "голодомор | Вольная Станица". Fstanitsa.ru. Dicapai pada 13 August 2012.
  10. ^ Robert Conquest (1986), The Harvest of Sorrow: Soviet Collectivization and the Terror-Famine, Oxford University Press. ISBN 0-19-505180-7, p. 306.
  11. ^ "Голод 1932 – 1933 годов, рассказы очевидцев. Голод в Казахстане, Поволжье, Северном Кавказе и Украине. Голодомор". Bibliotekar.ru. Dicapai pada 13 August 2012.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Newland1991 tidak disediakan
  13. ^ "Stalin's Enemies", Combat Magazine, Volume 03 Number 01 Winter. ISSN 1542-1546
  14. ^ "Казакия" в составе Третьего Рейха (1941 год – 1945 год). ["Cossacks" as part of the Third Reich (1941–1945)] (dalam bahasa Rusia). Cossacks Congress in America. 14 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  15. ^ Grinevetsky, Sergei R.; Zonn, Igor S.; Zhiltsov, Sergei S.; Kosarev, Aleksey N.; Kostianoy, Andrey G. (2015). The Black Sea Encyclopedia. Berlin: Springer. m/s. 126. ISBN 9783642552274. Dicapai pada 2014-12-11. Kuren—unit of a Cossack troop.