Kebebasan berpersatuan di Malaysia

Kebebasan berpersatuan ialah hak yang diberikan bawah Perkara 10(1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di Bahagian 2 Kebebasan Asasi, memperuntukkan:

10(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Kebebasan berpersatuan ini membolehkan seseorang untuk menyertai mana-mana persatuan yang diinginkan sama ada menyertai kesatuan berkerja, persatuan yang bersifat politik, persatuan bukan kerajaan, persatuan academia, persatuan budaya, persatuan professional, persatuan sukan, badan komersial, persatuan agama dan kelab-kelab. Hak ini meliputi hak untuk menolak penyertaan persatuan mahupun memansuh sesebuah persatuan.

Latar Belakang sunting

Hak berpersatuan merupakan salah satu hak asasi yang diangkat dalam Perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan:

Replika Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat

Perkara 20.

1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.

2. Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan.

Sekatan-sekatan terhadap kebebasan berpersatuan sunting

 
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. undang-undang tertinggi di Malaysia

Perkara 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan sunting

Kebebasan berpersatuan di Malaysia tidak terjamin secara mutlak dan ianya terbatas kepada warganegara sahaja. Hak ini tertakluk kepada Perkara 10(2)(c) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang bersesuaian kepada manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau kemoralan.

Dalam Perkara 10(3) menyatakan sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.Contonya, Akta Pertubuhan 1966, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

Akta Pertubuhan 1966 sunting

Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan hanya organisasi berdaftar dengan tujuh orang atau lebih boleh berfungsi secara sah. Kerajaan selalunya menghalang pendaftaran pertubuhan yang dianggap sangat tidak mesra kepada kerajaan atau mengenakan prasyarat yang ketat.[1] Kerajaan turut diberikan kuasa untuk membatalkan pendaftaran kerana melanggar undang-undang yang mengawal persatuan.

 
Parti MUDA

Isu berkaitan Akta Pertubuhan pernah berlaku pada Januari 7,2021 yang melibatkan penolakan permohonan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ke atas Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk ditubuhkan sebagai sebuah parti politik. MUDA memaklumkan penolakan itu tanpa sebab yang diberikan, diketahui semalam menerusi emel yang dihantar oleh JPPM, hanya selepas hampir empat bulan Muda menghantar permohonan.[2]

 
SUHAKAM Malaysia


Susulan kejadian tersebut, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai parti politik dan mengesyorkan pembahahuran ke atas akta tersebut.[1]

Akta Anti Lompat Parti sunting

Baru- baru ini perbincangan sekatan dalam Perkara 10(3) telah diperluaskan lagi dengan kewujudan undang-undang lompat parti.[3] Di peringkat Persekutuan, pada tahun 2022, Parlimen telah meluluskan undang-undang berhubung dengan larangan melompat parti melalui pindaan antara lain kepada Perkara 10 dan peruntukan baharu Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 [Akta A1663] dan pindaan tersebut telah berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022.[2]

Kes Duluan Mahkamah sunting

Prinsip kebebasan berpersatuan dapat dirujuk dalam kes Nordin bin Salleh v Dewan Undangan Negeri Kelantan[4]yang disahkan di Mahkamah Persekutuan. Plantiff merupakan wakil di Dewan Undangan Negeri Kelantan sewaktu pilihanraya umum telah mencabar peruntukan tersebut dalam Perkara XXXIA Bahagian 1 Perlembagaan Kelantan tidak sah dan terbatal kerana ia melanggar Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak asasi berpersatuan. Perkara XXXIA Perlembagaan Kelantan telah mengenakan sekatan atas penggunaan hak berpersatuan responden kerana responden telah dijatuhkan penalti kehilangan kelayakan terus menjadi ahli dewan perundangan negeri susulan menggunakan hak berpersatuan mereka, yang termasuk hak me dari sesuatu persatuan, dengan memberhentikan penganggotaan satu parti politik untuk menyertai parti yang lain.

Menurut Gunn Chit Tuan HMA

"Di Malaysia, kebebasan berpersatuan adalah satu hak asasi yang dijamin oleh perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan hanya boleh disekat atas alasan yang ditentukan dalam perkara 10(2)(c) dan (3), iaitu, untuk kepentingan keselamatan peratau sebarang bahagiannya, ketenteraman awam atau akhlak."

Mahkamah memutuskan Perkara XXXIA Perlembagaan Kelantan tidak konsisten Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang utama Malaysia, maka ia adalah tidak sah (ultra vires) di bawah perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mengesahkan hanya Parliamen boleh mengenakan sekatan yang dirujuk dalam perkara 10(2), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan. Sekatan yang dikenakan oleh perkara XXXIA Perlembagaan Kelantan biarpun sah (yang mana ia bukan) tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia diluluskan oleh badan perundangan negeri, oleh itu perkara XXXIA haruslah dibatalkan.


Keputusan ini turut dirujuk dalam kes Khaliq Mehtab Mohd Ishaq & Anor v Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang & Anor[5], yang melibatkan pemfailan saman semula oleh plaintiff untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah terbatal dan tidak sah di bawah perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan (‘PP’) kerana ia bercanggah dengan perkara 10(1)(c) PP.


Tindakan pemfailan saman semula ini berikutan terhadap tindakan defendan kedua memperkenalkan usul untuk mengenakan undang-undang anti-lompat menurut perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dan supaya kerusi plaintif disifatkan kosong dan seterusnya pilihan raya kecil diadakan (‘usul’). Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman bertarikh 3 Ogos 2022 telah pun memutuskan bahawa Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak bercanggah dengan perenggan (c) Fasal (1) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kerana Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai larangan melompat parti yang menyentuh kelayakan seseorang ahli Dewan Undangan Negeri dan keupayaan seseorang ahli Dewan Undangan Neger untuk menukar parti politik adalah tidak tergolong dalam hak seseorang warganegara untuk membentuk persatuan yang dinyatakan dalam perenggan (c) Fasal (1) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.[6]

Pengesyoran kebebasan berpersatuan di Malaysia sunting

Gerakan persatuan di Malaysia mengangkat hak kebebasan berpersatuan adalah untuk membanteras isu buruh paksa atau diskriminasi berlaku dalam masyarakat.

Bagi meningkatkan keahlian kesatuan sekerja dalam kalangan pekerja tempatan dan migran, Persatuan Strategi MTUC menggalakan ahli-ahli untuk mempraktikkan hak kebebasan berpersatuan dalam sektor kelapa sawit. Hal ini akan membawa kepada penghapusan buruh paksa, buruh kanak-kanak dan diskriminasi dalam pekerjaan yang juga merupakan prinsip dan hak asasi di tempat kerja dan hak untuk berunding secara kolektif.[7]

ASEAN sunting

Di peringkat ASEAN, Suruhanjaya Perundangan Antarabangsa (International Commission of Jurists) telah mengadakan Panduan Kebebasan Berpersatuan Pekerja di ASEAN[8] bagi melaksanakan piawaian asas buruh antarabangsa khususnya dalam kebebasan berpersatuan.

 
Gambaran peta bagi negara-negara ASEAN

Dalam menjalankan tanggungjawab konvensyen antarabangsa, setakat ini, enam daripada 10 Negara Anggota ASEAN belum meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa No. 87 tentang Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak Berorganisasi, iaitu Malaysia, Laos, Singapura, Thailand, Vietnam.

Empat daripada 10 belum meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa No. 98 tentang Hak untuk Berorganisasi dan Perundingan Bersama seperti Brunei, Laos, Myanmar. Empat daripada 10 negara, terdiri daripada Brunei, Malaysia, Myanmar dan Singapura belum meratifikasi Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Sivil dan Politik dan tiga negara, iaitu Brunei, Malaysia, Singapura daripada 10 negara belum meratifikasi Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya, instrumen hak asasi manusia utama yang melindungi hak kebebasan berpersatuan, perhimpunan aman, bersuara dan maklumat, dan hak untuk privasi, penyertaan dan kerja politik.

Rujukan sunting

  1. ^ Kedutaan A.S. (2021). "LAPORAN NEGARA MENGENAI AMALAN HAK ASASI MANUSIA 2021: MALAYSIA".
  2. ^ Mat Ruzki, Rafidah. "Permohonan penubuhan MUDA sebagai parti politik ditolak". Berita Harian.
  3. ^ Rafidah Mat Ruzki, Mohd Iskandar Ibrahim (4 October 2022). "Undang-undang lompat parti berkuat kuasa esok". Berita Harian.
  4. ^ [1992] 1 MLJ 343
  5. ^ [2023] 9 MLJ 259
  6. ^ BERNAMA. "Mahkamah Persekutuan putuskan isu undang-undang antilompat parti Pulau Pinang". Harian Metro.
  7. ^ MTUC (13 December 2022). "STRATEGI: Menggalakkan Kebebasan berpersatuan dalam sektor kelapa sawit". International Labour Organization.
  8. ^ Panduan Kebebasan Berpersatuan Pekerja di ASEAN, https://www.icj.org/wp-content/uploads/2021/11/ASEAN-FoA-Launch-of-Guidance-Malaysia.pdf