AFA: Vokal
Depan Pusat Belakang
Sempit
Hampir sempit
Separuh sempit
Tengah
Separuh luas
Hampir luas
Luas

Huruf vokal bersebelahan titik "•" mewakili: vokal tak bundar • vokal bundar

Dalam bidang fonetik, kebundaran vokal ialah betapa jadinya pembundaran bibir ketika menyebut vokal, iaitu pembibiran vokal. Apabila menyebut vokal bundar, bibir membentuk bukaan berbentuk bulat, manakala vokal tak bundar (atau hampar) pula disebut dengan bibir terkendur. Dalam kebanyakan bahasa, vokal depan selalunya tak bundar, manakala vokal belakang cenderung terbundar; tetapi wujudnya sebilangan bahasa, misalnya bahasa Perancis dan bahasa Jerman, yang membezakan vokal depan bundar dan tak bundar pada ketinggian yang sama, sementara bahasa Vietnam pula membezakan vokal belakang bundar dan tak bundar pada ketinggian yang sama.

Mengikut carta vokal Abjad Fonetik Antarabangsa, vokal bundar terletak di sebelah kanan setiap pasangan vokal. Juga disediakan tanda diakritik, iaitu ɔ̹ ɔ̜, untuk menandakan lebih atau kurang pembundarannya. Tanda-tanda tersebut juga digunakan bersama aksara konsonan untuk menentukan tahap pembibiran konsonan.

Jenis pembundaran

sunting
 
Pembundaran terketap (contoh 1)
 
Pembundaran terketap (contoh 2)
 
Pembundaran terjulur (contoh 1)
 
Pembundaran terjulur (contoh 2)

Terdapat dua jenis pembundaran vokal, iaitu terjulur dan terketap.[1] Bagi pembundaran terjulur, penjuru-penjuru mulut dirapatkan sambil bibir menjulur bagaikan tiub, hingga kelihatan permukaan dalamnya (endolabial). Bagi pembundaran terketap, penjuru-penjuru mulut juga dirapatkan, tetapi bibir juga dirapatkan secara melintang ("terketap") tanpa menjulur, dengan hanya kelihatan permukaan luarnya (eksolabial). Catford (1982:172) memerhati bahawa vokal bundar belakang dan pusat, seperti /o/ dan /u/ dalam bahasa Jerman, biasanya terjulur, manakala vokal bundar depan, seperti /ø/ dan /y/ juga dalam bahasa Jerman, biasanya terketap. Vokal terketap belakang atau pusat jarang sekali ditemui,[2] apatah lagi perbezaan antara kedua-dua jenis hanya terjadi dalam sebilangan kecil bahasa.[3]

Catatan

sunting
  1. ^ Endolabial: also called protruded, lip-pouting, horizontal lip-rounding, outrounding, and inner rounding (Trask 1996:180)
    Exolabial: also called compressed, pursed, vertical lip-rounding, inrounding, or outer rounding[Meaning? pengesahan diperlukan] (Trask 1996:252)
    Henry Sweet noted in 1890 that "the term 'inner rounding' derives from the use of the inner surfaces of the lips; the synonymous 'outrounding' derives from the forward projection of the lips. Both terms are justifiable, but their coexistence is likely to lead to serious confusion." (Trask 1996:180.)
  2. ^ Henry Sweet (A handbook of phonetics‎, 1877) noted that they are less distinctive from unrounded vowels than their counterparts.
  3. ^ Bahasa Jepun ada vokal terketap belakang (Okada 1999:118); Bahasa Sweden ada vokal terketap belakang <o> dan pasangan vokal terketap depan <u> dan terjulur depan <y> (Engstrand 1999:141); vokal bundar depan tersebut berbeza dalam ryta 'mengaum' dan ruta 'kaca tingkap' (Ladefoged & Maddieson 1996:295).

Rujukan

sunting
  • Catford, J. C. (1982) Fundamental Problems in Phonetics. Bloomington: Indiana University Press.
  • Engstrand, O. (1999). Illustrations of the IPA: Swedish in IPA (1999).
  • IPA - The International Phonetic Association (1999). Handbook of the International Phonetic Association. Cambridge: Cambridge University Press.
  • Ladefoged, P. & Maddieson, I. (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-19814-8.
  • Okada, H. (1999). Illustrations of the IPA: Japanese in IPA (1999).
  • Trask, R. L. (1996). A dictionary of phonetics and phonology. Routledge: London & New York.