Buka menu utama
Logo Kedai Rakyat 1Malaysia
Kedai Rakyat 1Malaysia Sarikei Outlet.jpg

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak pada tahun 2011. Projek perintis model KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya dirasmikan pada 22 Jun 2011. Turut hadir ialah Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan pengerusi rangkaian pasar raya Mydin.

TujuanSunting

Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi medium untuk mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan yang telah lama didominasi oleh pengilang-pengilang multinasional. KR1M diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. Beliau prihatin terhadap golongan penduduk berpendapatan rendah di kawasan bandar. Idea itu juga selari dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ yang telah diperkenalkan oleh beliau sendiri.

Projek KR1M dipantau dan diuruskan oleh KPDNKK. Kementerian ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa untuk menyediakan lokasi kepada KR1M.

CawanganSunting

  1. KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya (22 Jun 2011)
  2. KR1M di Bandar Tun Razak (21 Ogos)
  3. KR1M di Pantai Dalam (26 Ogos).
  4. Tingkat bawah atau Aras G di bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Presint 2, Putrajaya.

FrancaisSunting

Ada dua cara untuk membuka KR1M:

  1. KR1M yang dibuka oleh kerajaan dan dimiliki kerajaan tetapi diselenggarakan oleh Syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd. (MYDIN). Jenama 1Malaysia yang tersarung pada produk itu pula berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
  2. Produk-produk KR1M itu dibekalkan ke kedai-kedai, contohnya kedai di bawah flat kos rendah di Seremban dan WAKAF Mart yang beroperasi di Senawang. Ia juga akan dibekalkan ke 226 kedai D‘Mart Felda, 150 agro bazar dan juga 500 kedai TUKAR (projek transformasi kedai runcit). Ertinya ada dua konsep untuk mendapatkan barangan KR1M ini.

FasaSunting

Tiga projek fasa telah digariskan untuk digerakkan.

  1. Fasa pertama melibatkan perluasan sehingga 84 kedai
  2. Fasa Kedua berkaitan pemborongan dan pengedaran barangan/produk 1Malaysia
  3. Fasa Ketiga melibatkan pengenalan ‘KR1M KedaiBergerak’.

Perancangan 84 KR1M bermula Julai 2011 hingga Disember 2012. Antara yang bakal dibuka dan kini dalam perbincangan ialah di Pasar Besar Cheras (dianggarkan keluasan 5,000 kaki persegi).

Hasil jualan harian KR1M sehingga kini mencapai RM12,000 sehari.Harga barangan yang ditawarkan di KR1M ini 30 peratus lebih murah daripada harga biasa. Produk oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan diutamakan.Projek ii diharap dapat mengurangkan bebanan rakyat tetapi dapat membantu IKS-IKS bumiputera untuk bekalkan produk KR1M

Pasar raya MYDINSunting

Seluruh pasar raya MYDIN akan melaksanakan konsep borong dan edar terhadap barang/produk terpilih 1Malaysia.MYDIN sahaja dilantik sebagai pengedar. Selain kualiti produk, yang lebih penting lagi untuk mengekang unsur mengaut keuntungan sewenang-wenangnya oleh orang tengah. Kedai TUKAR dan kedai pertama WAKAF Mart yang beroperasi di Senawang, Negeri Sembilan juga akan memasarkan produk 1Malaysia. Sehingga sekarang, sejumlah 17 kedai telah menjual produk 1Malaysia di premis-premis mereka.

KR1M Kedai BergerakSunting

Idea untuk ‘KR1M Kedai Bergerak’ adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan kampung/pedalaman yang tidak dapat berhubung/mencapai ke KR1M.

Konsep di sebalik ini ialah “Jika anda tidak dapat pergi ke KR1M, KR1M akan datang kepada anda.” Dalam aspek ini, kementerian akan menggunakan bas sebagai kenderaan ‘KR1M Kedai Bergerak’ sambil dibantu 2 unit 3 tan lori trak sebagai pusat penyimpanan kepada bas itu.

Bas tersebut akan diubah suai dan ditukarkan kepada ‘KR1M Kedai Bergerak’. ‘KR1M Kedai Bergerak’ akan dibawa ke tempat tertentu untuk berkhidmat kepada rakyat (konsep sama dengan mamak roti atas motosikal).

Selain itu, KR1M juga akan digunakan sebagai projek tanggungjawab sosial korporat (CSR), selain daripada menunggu barang keperluan untuk sampai kepada mangsa banjir. Sebagai contoh, KR1M kedai bergerak juga dapat digunakan dan boleh dibawa ke sana untuk membantu mangsa- mangsa terbabit sementara menunggu bantuan tiba.

KontroversiSunting

BantahanSunting

Pada September 2011, rangkaian KR1M dipertikaikan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Liong Group, Tan Sri William Cheng. Operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM) akan terjejas.Beliau menggesa kerajaan turut membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada.

Pada masa yang sama, kedai-kedai runcit yang lain pun pada masa sama boleh menjual barangan keluaran KR1M seperti beras, minyak masak, susu tepung dan lampin yang dipak menggunakan logo 1Malaysia.[1]

Kualiti baranganSunting

 
Tony Pua bersama Nurul Izzah ketika sidang media.

Pada November 2011, kualiti beberapa produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia mula dipertikaikan oleh pelbagai pihak, terutamanya dari beberapa ahli politik dan NGO.

Susu tepung yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia didakwa tercemar dengan kesan E Coli, dakwaan ini dibuat pertama kalinya oleh Tony Pua, Setiausaha publisiti kebangsaan DAP,[2] beliau turut mendakwa bahawa beberapa produk 1Malaysia yang lain juga mempunyai kualiti yang rendah.[3] Namun pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin menafikan dakwaan yang dibuat oleh ahli politik terbabit.[4]

Sementara itu sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia didapati mengandungi tahap raksa sebanyak 0.08ppm dan plumbum sebanyak 3.64ppm, melebihi paras yang dibenarkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu sebanyak 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.[5]. Oleh yang demikian, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) menggesa supaya jualan sos cili di Kedai Rakyat 1Malaysia dihentikan.[5]

Berhubungan dengan perkara-perkara tersebut, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung mereka dari pasaran, namun enggan untuk menarik sos cili dari pasaran dengan dakwaan pengendalinya menafikan perkara itu.[6]

RujukanSunting

Pautan LuarSunting