Ketua Komanwel (Bahasa Inggeris: Head of the Commonwealth) ialah "simbol perkaitan bebas negara anggota merdeka" Negara-Negara Komanwel (biasanya dikenali sebagai Komanwel), sebuah pertubuhan antara kerajaan yang kini terdiri daripada 54 negara berdaulat. Tiada tempoh menjawat dan had tempoh ditetapkan dan peranannya sendiri tidak terlibat dalam tadbir urus harian mana-mana negara anggota dalam Komanwel.

Ketua Komanwel
Personal flag of Queen Elizabeth II.svg
Queen Elizabeth II in March 2015.jpg
Penyandang
Ratu Elizabeth II
sejak 6 Februari 1952
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Tempoh jawatanSeumur hidup
Pemegang sulungRaja George VI
Laman sesawangthecommonwealth.org

Menjelang tahun 1949, Komanwel British merupakan kumpulan lapan negara, setiap dengan Raja George VI sebagai raja. India, walau bagaimanapun, berhasrat menjadi republik, tetapi tidak meninggkalkan Komanwel dengan melakukan demikian. Hal ini diselesaikan dengan penciptaan gelaran Ketua Komanwel untuk Raja, dan India menjadi republik pada tahun 1950. Kemudiannya, banyak negara lain termasuk Pakistan, Sri Lanka, Ghana, Brunei, Malaysia dan Singapura berhenti mengiktiraf raja United Kingdom sebagai ketua negara masing-masing, tetapi sebagai anggota Negara-Negara Komanwel mengiktiraf raja British sebagai Ketua Kerajaan.[1]

Gelaran ini kini dipegang oleh Ratu Elizabeth II, Paduka puteri sulung Raja George VI. Charles, Putera Wales, dilantik bakal pengganti baginda di Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel 2018.

Lihat jugaSunting

NotaSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ "About the commonwealth" [Tentang Komanwel]. www.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). The Foreign and Commonwealth office, UK. Dicapai pada 12 Januari 2018.

Pautan luarSunting

Templat:Elizabeth II of the United Kingdom Templat:Commonwealth of Nations topics