Patrick Teoh: Perbezaan antara semakan

Pelakon dan juruhebah radio Malaysia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: '''Patrick Teoh''' (nama asal: '''Teoh Kah Yong''' ({{zh-c|c=张家扬}}), lahir 16 Oktober 1947) ialah seorang pelakon dan juruhebah radio terkenal di Malaysia. Kerjaya beli...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 06:20, 28 Ogos 2007

Patrick Teoh (nama asal: Teoh Kah Yong (Bahasa Cina: 张家扬), lahir 16 Oktober 1947) ialah seorang pelakon dan juruhebah radio terkenal di Malaysia. Kerjaya beliau dalam persada radio, TV, pentas dan filem selama lebih tiga dekad telah memberi Teoh gelaran "Voice Of Malaysia", oleh peminat beliau dan media massa.

Kehidupan awal

Patrick Teoh lahir di Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau memasuki St. Michael's Institution sehinggalah Tingkatan 5. Sewaktu kecil, ibunya mengharapkan anaknya itu menjadi peguam kerana kepetahan bercakap.

Pada masa itu pilihan hiburan amat sedikit. Oleh itu, bapa Patrick membawanya dan ibunya sekali menonton wayang setiap hari untuk tayangan 9.15 malam, sugguhpun si bapa bukanlah seorang peminat filem. Daripada rutin harian menonton sebuah filem setiap hari, Patrick belajar bertutur dalam bahasa Inggeris dengan menonton aksi pelakon seperti John Wayne, Randolph Scott, Henry Fonda dan James Stewart. Tabiat melawat pawagan setiap hari kekal dengan Patrick sehingga mencecah usia 24 tahun. Rekod peribadi beliau merupakan menonton 6 buah filem dalam satu hari.

Selepas menamatkan sekolah menengah, Patrick menetap di Ipoh dan menjadi jurujual insuran nyawa dan ensiklopedia selama 1½ tahun. Akhirnya bapa beliau menggesa anaknya mencari "pekerjaan yang sebenar." Maka bermulalah pencarian kerjaya Patrick; pada satu masa beliau memohon pekerjaan sebagai atendan penerbangan carter. Suatu hair pada tahun 1966, beliau memakan malam di rumah apabila terdengar pengumuman Rediffusion, sebuah stesen radio kabel, mengenai kekosongan jawatan juruhebah radio. Maka Patrick memohon jawatan tersebut, lalu menjalani temuduga dan lulus. Ketika itu beliau berusia 19 tahun.

Kerjaya

Rediffusion

Pada tahun 1966, Teoh menyertai Rediffusion sebagai seorang "Juruhebah Rancangan Bahasa Inggeris gred 3" yang memperoleh gaji M$150 sebulan. Bagi tiga bulan pertama, beliau tidak dibenarkan memasuki studio. Sebaliknya, beliau menulis skrip dan memilih lagu untuk Lunch Time Melodies, semata-mata untuk ditolak dan digesa buat semula oleh penyelia beliau. Selepas tiga bulan itu, beliau dibenarkan untuk bertugas di studio ketika waktu puncak, yang mana tugas utama beliau adalah untuk menekan butang untuk memainkan rancangan yang dirakam terlebih dahulu. Selepas enam bulan, beliau dibernarkan berhebah menurut skrip yang diluluskan terlebih dahulu. Dalam masa 2 tahun, Teoh dinaikkan pangkat kepada Pembantu Pengurus Rancangan dan setahun selepas itu, belaiu menyandang jawatan Pengurus Rancangan untuk Rediffusion. Kenangan terpenting dalam kerjaya beliau dalam Jabatan Rancangan Bahasa Inggeris Rediffusion adalah apabila Teoh diberitahu oleh Penyelia Jabatan ketika itu bahawa beliau tidak akan banyak menyumbang kepada industri kerana kecacatan fizikalnya (Teoh mengidap polio pada usia 7 tahun). Namun begitu, Teoh menggantikan penyelia itu sebagai Penyelia Rancangan Bahasa Inggeris.

Daftar filem

Year Title Role Notes
1998 Return to Paradise Chief Justice Supporting Actor
1999 Anna and the King Third Judge Supporting Actor
2000 Lips To Lips Patrick Supporting Actor
2003 The Big Durian Aloysius Tham Supporting Actor
2004 The Beautiful Washing Machine Mr. Wong Main Actor
Buli Tan Sri Michael Supporting Actor
2005 Baik Punya Cilok Uncle Wong Supporting Actor
Monday Morning Glory Police Chief Main Actor
2006 Buli Balik Tan Sri Michael Supporting Actor
Before We Fall In Love Again Master Wong Cameo
The Red Kebaya Choong Supporting Actor
2007 Sumolah Mr. Honda Main Actor
Kinta 1881 (in post-production) Master Hung Supporting Actor

Anugerah dan pencalonan

Pencalonan

  • 2006: Anugerah Seni Cameronian: Pelakon Lelaki Utama Terbaik untuk We Are Family
  • 2006: Anugerah Teater Cina: Pelakon Lelaki Utama Terbaik untuk We Are Family
  • 2007: Anugerah Seni Cameronian: Pelakon Lelaki Sampingan Terbaik untuk The Homecoming
  • 2007: Pesta Filem Malaysia ke-20: Pelakon Lelaki Sampingan Terbaik untuk Sumolah

Rujukan

Pautan luar