Tarian Menora: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asraf14 (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Menora (dance)"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 17:14, 20 Disember 2018

Menora (Jawi: منورا) atau Tarian Menora adalah sejenis tarian dan nyanyian yang berasal dari wilayah Melayu lama di Semenanjung Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai negeri-negeri Malaysia Utara dan Thailand Selatan. Menora turut dieja dalam bahasa Siam sebagai Manora (มโนราห์, มโนห์รา) atau Nora (โนรา).[1]

Secara umumnya, ciri-ciri asas tarian Menora ini termasuklah pembacaan jampi pemujaan yang panjang berjela, tarian oleh watak utama, pengkisahan drama atau lakonan pendek. Langkah pergerakan tarian Menora ditarikan dengan pergerakan anggota tubuh yang bersendi terutamanya bahagian lengan tangan, jari-jemari dan kaki secara perlahan mengikut rentak lagu yang didendangkan.[2] Himpunan kisah-kisah dalam persembahan tarian Menora ini berdasarkan legenda zaman Melayu lama yang ketika itu masih menganut agama Hindu-Buddha seperti legenda Manohara yang diambil berdasarkan dongengan Jataka yang berunsur Buddha dan telah sebati dengan masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman.[3]

Cara tarian Menora di negeri-negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu banyak menggabungkan penggunaan bahasa Melayu dan gaya gerakan tarian Mak Yong. Sementara di negeri Kedah dan Perlis pula, tarian Menora dipersembahkan dalam campuran bahasa Melayu dan bahasa Siam, akan tetapi masih berpegang teguh dengan tatacara gaya pengkisahan yang unik bagi negeri Malaysia utara dan menggabungkan beberapa unsur-unsur Jikey dan Mek Mulung.[2]

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian Menora ini terdiri daripada sepasang canang, sepasang kesi, pinai, cerek (sepasang kayu buluh), geduk, dan gedombak .[1]

Rujukan

  1. ^ a b "Music for Theater: Menora". Musicmall Production Pte Ltd. 2004. Dicapai pada 24 September 2010.
  2. ^ a b Terry Miller & Sean Williams (2008). The Garland Handbook of Southeast Asian Music. Routledge. m/s. 229. ISBN 978-0-415-96075-5.
  3. ^ "Menora". Dance Malaysia. Dicapai pada 24 September 2010.