Petrol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Laman baru: thumb|250px|Petrol yang dijual di stesen minyak di [[Amerika Syarikat dengan lima pilihan nilai oktana.]] '''Petrol''' atau '''gasolin''' adalah campura...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:03, 20 Februari 2008

Petrol atau gasolin adalah campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum yang terdiri terutamanya daripada hidrokarbon alifatik dan ditambah dengan hidrokarbon aromatik seperti toluena, benzena atau iso-oktana untuk meningkatkan nilai oktana, digunakan secara meluas sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Formula lazim bagi petrol ialah C8H18.

Fail:09-03-06-Octane.jpg
Petrol yang dijual di stesen minyak di Amerika Syarikat dengan lima pilihan nilai oktana.
Carilah gasoline dalam Wiktionary, kamus bebas.

Kandungan tenaga

Petrol mengandungi tenaga lebih kurang 34.6 megajoule seliter (MJ/l) atau 131 MJ/gelen AS. Nilai ini adalah nilai purata; campuran petrol boleh jadi berbeza, maka nilai kandungan tenaga sebenar boleh jadi berbeza mengikut musim dan pengeluaran, biasanya dengan perbezaan 4% lebih atau kurang daripada nilai purata menurut US EPA.

Kepadatan tenaga volumetrik bagi beberapa bahan api berbanding petrol:[1]

Jenis bahan api      MJ/liter      MJ/kg     BTU/Gelen imp     BTU/Gelen AS     Nilai oktana
(RON)
Petrol biasa 34.8 44.4[2] 150,100 125,000 Min 91
Petrol premium Min 95
Autogas (LPG) (60% Propana + 40% Butana) 26.8
Etanol 23.5 31.1 101,600 84,600 129
Metanol 17.9 19.9 77,600 64,600 123
Butanol 29.2 91-99
Gasohol (10% etanol + 90% petrol) 33.7 145,200 120,900 93/94
Diesel 38.6 45.4 166,600 138,700 25(*)
Petrol penerbangan (petrol oktana tinggi, bukan bahan api jet) 33.5 46.8 144,400 120,200
Bahan api jet (berasaskan minyak tanah) 35.1 43.8 151,242 125,935
Gas asli cecair 25.3 ~55 109,000 90,800

(*) Minyak diesel tidak digunakan di dalam enjin petrol, maka nilai oktana yang rendah tidak menjadi isu; ukuran bagi nilai minyak diesel ialah nilai setana

Di Malaysia, minyak petrol dijual sama ada dalam RON 92 (berplumbum) atau RON 97 (tanpa plumbum)

Bahan tambah

Biasanya sedikit bahan tambah akan dicampurkan di dalam petrol bagi pelbagai tujuan sebagai pencegahan kakisan, pelincir dsb. bagi meningkatkan prestasi enjin petrol yang menggunakannya, tetapi ada di antara bahan tambah tersebut boleh membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.

Antara bahan tambah yang digunakan adalah:-

  • Oksigenat
  • Agen antioksida dan penstabil
  • Agen anti ketukan
  • Pewarna

Penggunaan dan harga

Amerika Syarikat mencatatkan kadar penggunaan petrol sejumlah 44% daripada penggunaan petrol sedunia.[3] Pada tahun 2003 Amerika Syarikat telah menggunakan 476,474,000,000 liter (476.474 gigaliter), atau lebih kurang 360 juta gelen AS (1.36 gigaliter) petrol sehari.

Di Malaysia, harga petrol setakat Februari 2008 adalah RM1.92 seliter bagi petrol RON 97.

Bahan api alternatif

Kebanyakan daripada bahan api alternnatif berkenaan kurang membawa kesan buruk terhadap alam sekitar berbanding petrol, tetapi masih tidak 100% bersih.