Chomel ialah sebuah filem komedi keluarga Malaysia 2021 arahan Jason Chong yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan Double Vision.[1][2] Filem ini dibintangi oleh Airiezara Jasmin, Zahiril Adzim, Aniq Suhair, Yuyun Hikmah, Azizah Mahzan dan lain-lain. Ia merupakan filem Malaysia yang pertama yang menampilkan kucing sebagai teraju utama dan mula ditayangkan pada 24 Jun 2021 di Astro First.[3][4] Filem ini berkisarkan mengenai seekor kucing dan seorang kanak-kanak yang merasai kehilangan insan tersayang.[5]

Chomel
PengarahJason Chong
Penulis
  • Natasha Azlan
  • Nadim Hisham
  • Zulaikha Zakaria
  • Amira Nasiruddin
Dihasilkan olehRaja Jastina Raja Arshad
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
24 Jun 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mimi, seorang kanak-kanak cerdik berusia 9 tahun, mengalami kecelaruan fikiran setelah pemergian ibunya. Selepas gagal untuk berkawan dengan Diva Girlz, ditambah pula diketepikan oleh kakaknya Nora, Mimi sedih apabila dia melihat pertengkaran antara neneknya, Wan, dan ayahnya, Imran. Tanpa pengetahuan Mimi, Wan mencabar hak penjagaan Imran terhadap Mimi dan Nora. Dalam kesunyiannya, Mimi berdoa untuk mendapatkan kawan untuk mengisi kekosongan hidupnya. Keesokan harinya, Mimi terjumpa seekor kucing terbiar yang bernama Chomel, dan membelanya dengan niat untuk berkawan dengan Diva Girlz.

Imran, terdesak atas sebab ketidakstabilan pendapatannya, berusaha untuk menjual hasil kerja batiknya. Walau bagaimanapun, Chomel dengan tidak sengaja merosakkan karya batiknya. Dengan penuh kemarahan, Imran menyuruh Nora untuk membuang Chomel. Tetapi Nora membela Chomel kerana Zain, seorang pelajar popular yang diminatinya, sayang akan kucing. Secara tidak sengaja - Nora, Mimi dan Diva Girlz mendapatkan jemputan untuk menghadiri parti Zain melalui Chomel. Sementara itu, karya Imran yang dianggap rosak dikagumi oleh seorang peniaga dalam bidang seni, Stefano. Stefano menjemput Imran untuk menghadiri majlis yang bakal memberi peluang yang besar untuk Imran berkenalan dengan pempamer tersohor, Mr Chen.

Pada malam parti Zain dan majlis Mr Chen, kesemua mereka hampir mencapai impian masing-masing: Nora dapat meluangkan masa dengan Zain, Imran dapat berkenalan dengan Mr Chen, Mimi dapat bersama dengan Diva Girlz. Malangnya, Diva Girlz melepaskan Chomel di parti Zain, lalu mencetuskan kekecohan. Chomel menghilangkan diri, dan dengan penuh panik Mimi merayau ke jalan raya untuk mencarinya. Nora pula terpaksa meninggalkan parti Zain, dan menemui Mimi di tepi jalan. Mimi dan Nora masing-masing melepaskan perasaan yang terpendam. Tiba-tiba, Nora tersedar yang mereka sesat, dan cuba untuk menghubungi Imran. Namun, Imran tidak menjawab panggilannya, dan tanpa pilihan lain, Nora terpaksa menghubungi Wan. Imran menyedari kelalaiannya, lalu bergegas ke rumah Wan di mana berlakunya konfrontasi antara Wan dan Imran. Wan menegaskan bahawa dialah penjaga yang berhak ke atas Mimi dan Nora, kerana Imran seorang bapa yang sangat lalai.

Di rumah Wan, Chomel memberi petunjuk ke Mimi untuk menjumpai gambar-gambar lama arwah ibunya. Ini menyebabkan Mimi mendapatkan idea untuk menyatukan keluarganya. Sewaktu pendengaran kes di mahkamah, sekali lagi Chomel mencetuskan huru-hara. Akhirnya, Wan membatalkan kesnya, dan keluarga Mimi bersatu semula.

Pelakon sunting

  • Airiezara Jasmin sebagai Mimi
  • Yuyun Hikmah sebagai Nora
  • Zahiril Adzim sebagai Imran
  • Azizah Mahzan sebagai Datin Rokiyah (Wan)
  • Aniq Suhair sebagai Zain
  • Nadia Aqilah sebagai Liz
  • Indah Emeerlda sebagai Putri
  • Arissa Khyra Khairuddin sebagai Eva
  • Mannie Goh Man Qi sebagai Amy
  • Farah Rani sebagai Hanna
  • Zainal Isa sebagai Anep
  • Caldeeja Lee sebagai Sara
  • Halim Radzi sebagai Nabil

Penampilan khas sunting

Pelakon tambahan sunting

  • Zarul Fahmy & Murrgaan Chandran sebagai Bomba
  • Nadiah Rosly, Louis Christopher Chai, Led Chin & Iven Wong sebagai Calon Temuduga
  • Roslina Sulong, Ierasulkhaier Putra & Yusra Liyana sebagai Jiran
  • Yeoh Jing Rou & Chai Ming Kai sebagai Pelancong
  • Samsul Naprin sebagai Pemandu
  • Jackie, Muhammad Haziq Hasan, Teoh Qi Qi & Soo Yoke Ken sebagai Pelayan
  • Kim Ong, Amir Syukri Nor Affendy, Presana, Amanda, Ayie, Issac Kon, Kathy, Lai Jian Hau, Saiful Izwan, Jefferison Low, Ivan Low, Siti Amalina Amry, Armazani, Carrie Teoh, Victor Lim, Wong Hui Eng, Khairul, Kaithly Azman, Ishak Rominor, Soo Jian Ming, Moarij, Nur Rania Ervina Khairuddin, Norashikin Abd Latif, Au Chui Yee, Nur Syahirah Juhari, Elliessya Syazny Mohd Ali, Mohamad Hadif Afiq Hasdi, Nur Hidayah Jullah Mohd Firdaus, Chong Wai Meng, Herman Gan, Edmund Tan Wei Jie, Rania Fakhira Raduan, Nur Ashiekin Johari Hamki, Chris Lau Jun Yip, Muhd Daniel Hakim, Muhd Aqif Shamirul Shahrizal, Nur Auni Syazwina Syahrom, Bobby Ng-Jun-Ee, Wong Wei Tian, Mohamad Akmal Hafizin Zaharin, Jessy Chan & Pamela Lai sebagai Tetamu Majlis
  • Fahrul Azwan Abdul Aziz sebagai Groggy Man

Penerbitan sunting

Chomel diarahkan oleh Jason Chong yang sebelum ini mengarahkan filem Ular (2013) dan Dendam Orang Mati (2014) dan Kau Takdirku (2017). Ia menjadi filem pertama arahan Jason dalam tempoh 4 tahun sejak Kau Takdirku. Filem ini mencipta sejarah apabila ia menjadi filem pertama Malaysia yang menampilkan kucing sebagai teraju utama.[6][7]

Idea dan cerita asal filem ini ialah daripada pasukan penulis Astro.[8] Jason berkata kepada Berita Harian: "Perjalanan cerita mereka ini bakal membuka hati kita agar bersyukur dan lebih menghargai keluarga tersayang. Filem ini juga amat nostalgia buat saya dan akan dikenang sampai bila-bila. Betapa mencabarnya mengarah seekor kucing untuk berlakon,".[3] Zahiril Adzim yang memenangi Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 memegang watak sebagai Imran, bapa kepada Mimi. Beliau mengakui banyak berdepan cabaran untuk menjayakan filem ini, selain mempunyai alahan kepada kucing.[3]

Keluaran dan sambutan sunting

Chomel ditayangkan serentak bersama-sama dengan Sabda Kekasih pada 24 Jun 2021 di Asro First.[1][9][10][11] Ia diiklankan sebagai filem wajib tonton.[12] Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila menerima pujian daripada warganet yang terhibur dengan kelainan yang dibawakan dalam filem ini.[13]

Menulis untuk Sinar Harian, Aqmar Mustaza berpendapat bahawa filem ini mempunyai "jalan cerita ringkas".[14]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Budiey (24 Jun 2021). "Filem Chomel lakonan Zahiril Adzim angkat tema kasih sayang antara manusia dan kucing". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  2. ^ "Beraninya Chomel, Jason pertama kali arahkan kucing jadi pelakon". Kosmo!. 28 Jun 2021. Dicapai pada 29 Jun 2021.
  3. ^ a b c Serimah Mohd Salehuddin (24 Jun 2021). "'Si meow jadi hero'". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  4. ^ Dennis Chua (24 Jun 2021). "#Showbiz: Heartwarming tale 'Chomel' sees cat as hero" [#Hiburan: Kisah 'Chomel' yang mencuit hati menyaksikan kucing sebagai wira] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  5. ^ Hanafis Haris (21 Jun 2021). "Cipta sejarah, Chomel filem pertama Malaysia papar hubungan keluarga dengan haiwan kesayangan, Love!". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  6. ^ Khadijah Ibrahim (23 Jun 2021). "Kucing watak utama filem Chomel". Bebas News. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  7. ^ "'Chomel' filem pertama babitkan haiwan kesayangan Nabi S.A.W." Fariza Saidin. 22 Jun 2021. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  8. ^ "Kisah menyentuh perasaan si 'Chomel' baharu di Astro First". Utusan Borneo. 28 Jun 2021. Dicapai pada 29 Jun 2021.
  9. ^ "Chomel papar kisah kasih sayang terhadap haiwan peliharaan, istimewa buat penggemar kucing". Kopiplanet. 22 Jun 2021. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  10. ^ Iylia Adreena (24 Jun 2021). "Malaysia's first ever film starring a kitty cat debuting in June is set to melt your heart" [Filem pertama Malaysia dibintangi oleh seekor kucing menemui penonton Jun ini, bakal mencairkan hati] (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  11. ^ Hanafis Haris (23 Jun 2021). "Si Meow bakal beraksi, filem Chomel ditayangkan esok, tak sabarnya". Astro Gempak. Dicapai pada 29 Jun 2021.
  12. ^ Hanafis Haris (25 Jun 2021). "Betul ke tengok kucing pun boleh cair? Ini 5 sebab mengapa wajib tonton Chomel!". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  13. ^ Hanafis Haris (25 Jun 2021). ""Ingatkan biasa-biasa, pecah perut juga dibuatnya!" - Chomel buat ramai berdekah". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Jun 2021.
  14. ^ Aqmar Mustaza (25 Jun 2021). "Jalan cerita ringkas, Chomel papar hubungan kekeluargaan dan haiwan". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 26 Jun 2021.

Pautan luar sunting