Colocasia

genus tumbuhan

Colocasia ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Araceae. Tumbuhan ini tempatan dari Asia Tenggara dan benua kecil India. Di Malaysia, tumbuhan ini disebut talas atau keladi.

Colocasia
Colocasia esculenta
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Subkeluarga: Aroideae
Tribus: Colocasieae
Genus: Colocasia
Schott
Julat asal genus Colocasia.
Sinonim[1][2]

Leucocasia Schott

Talas ditanam untuk mendapatkan umbinya yang merupakan sumber karbohidrat yang cukup penting. Hampir keseluruhan spesies dalam genus ini boleh dimakan. Contohnya, talas betul (Colocasia esculenta), talas telur (Colocasia antiquorum) dan talas padang (Colocasia gigantea).

Walaupun begitu, ubi tumbuhan ini turut mengandungi getah yang boleh menyebabkan kegatalan walaupun berbeza kandungannya. Oleh itu, talas atau ubi keladi harus dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan. Pemakanannya juga tidak boleh berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah kembung perut dan gangguan sistem pencernaan.[3]

Spesies sunting

  1. Colocasia affinis Schott
  2. Colocasia antiquorum - talas telur, keladi telur (kadang-kadang dijadikan sininom Colocasia esculenta)
  3. Colocasia esculenta - talas betul, keladi minyak
  4. Colocasia fallax Schott - Tibet, Yunnan, Himalaya dan Indochina
  5. Colocasia fontanesii Schott - Yunnan, Himalaya dan Indochina
  6. Colocasia gigantea (Blume) Hook.f. – - talas padang, keladi lambuk
  7. Colocasia hassanii H.Ara - Bangladesh dan India
  8. Colocasia lihengiae C.L.Long & K.M.Liu - Yunnan
  9. Colocasia mannii Hook.f.
  10. Colocasia menglaensis J.T.Yin, H.Li & Z.F.Xu - Yunnan, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam
  11. Colocasia oresbia A.Hay - Bangladesh dan Sabah
  12. Colocasia tonoimo A.Hay

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan iii tidak disediakan
  2. ^ GRIN (Oktober 5, 2007). "Colocasia Schott". Taxonomy for Plants. National Germplasm Resources Laboratory, Beltsville, Maryland: USDA, ARS, National Genetic Resources Program. Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2012. Dicapai pada Julai 13, 2010.
  3. ^ Dalimartha, Setiawan (2007). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. 4:93 – 95. Jakarta:Puspa Swara. ISBN 979-1133-14-X.