Michael Caine

Pelakon dan pengarang Inggeris

Sir Michael Caine CBE (/kn/; lahir Maurice Joseph Micklewhite; 14 Mac 1933), ialah seorang pelakon dan pengarang Inggeris. Caine telah muncul dalam lebih 115 filem dan dianggap sebagai ikon filem British.

Sir

Michael Caine

Caine pada tahun 2012
Kelahiran
Maurice Joseph Micklewhite

(1933-03-14) 14 Mac 1933 (umur 91)[1]
WarganegaraBritish
PekerjaanPelakon, pengarang
Tahun aktif1950–sekarang
PasanganPatricia Haines (k. 1955; c. 1962)
Shakira Baksh (k. 1973)
Anak-anakDominique Caine (l. 1956)
Natasha Caine (l. 1973)
KeluargaStanley Caine
(adik)
Laman web rasmiwww.michaelcaine.com

Beliau mula terkenal pada era 1960an dengan membintangi beberapa filem British termasuk Zulu (1964), The Ipcress File (1965), Alfie (1966) dimana beliau dicalonkan untuk satu Anugerah Akademi, The Italian Job (1969) dan Battle of Britain (1969). Perananya yang paling terkenal pada era 1970an adalah dalam Get Carter (1971), The Last Valley, Sleuth (1972) dimana beliau mendapatkan pencalonan Anugerah Akademi keduanya, The Man Who Would Be King (1975) dan A Bridge Too Far (1977). Beliau mendapat pujian kritis terbaiknya pada era 1980an menerusi filem Educating Rita (1983) mendapatkan beliau Anugerah BAFTA dan Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun 1986, beliau menerima Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk peranannya dalam Hannah and Her Sisters.

Caine melakonkan watak Ebenezer Scrooge dalam The Muppet Christmas Carol (1992). Selepas boleh dikatakan telah bersara daripada berlakon dalam skrin besar, beliau menikmati kebangkitan semula kerjayanya pada lewat era 1990an, menerima Anugerah Golden Globe kedua untuk lakonannya dalam Award Little Voice pada tahun 1998 dan menerima Anugerah Akademi kedua bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk lakonan dalam The Cider House Rules pada tahun berikutnya. Caine melakonkan watak Nigel Powers dalam Austin Powers in Goldmember dan Alfred Pennyworth dalam siri filem Batman oleh Christopher Nolan. Beliau kemudiannya muncul dalam beberap lagi filem Nolan termasuk The Prestige (2006), Inception (2010) dan Interstellar (2014). Beliau juga muncul sebagai peranan sokongan dalam Children of Men dan Cars 2. Sehingga tahun 2015, filem-filem yang dibintanginya telah mengutip lebih daripada $7.4 bilion di seluruh dunia.[2]

Kehidupan awal sunting

 
Sebuah plag biru digantung pada tahun 2003 menandakan tempat lahir Caine di Hospital St Olave

Caine dilahirkan di Hospital St Olave, Rotherhithe, Surrey,[3][4] anak lelaki kepada Maurice Joseph Micklewhite (1899-1957) dan Ellen Frances Marie (née Burchell; 1900–1989).[5] Bapa beliau berketurunan Ireland dan merupakan penganut Katolik. Beliau dibesarkan sebagai Protestan.[6]

Caine mempunyai seorang adik, Stanley Micklewhite (1936–2013). Caine membesar di Southwark, London dan semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah dipindahkan ke Runcton Utara berdekatan King's Lynn di Norfolk.[7] Selepas perang, keluarganya ditempatkan semula di Marshall Gardens.

Pada tahun 1944, beliau mendapat biasiswa ke Sekolah Hackney Downs.[8] Selepas setahun, beliau berpindah ke Sekolah Grammar Wilson di Camberwell (sekarang Sekolah Wilson di Wallington, London Selatan) dimana beliau meninggalkan sekolah itu ketika berumur enam belas tahun selepas mendapta sijil sekolah dalam enam mata pelajaran. Beliau kemudiannya bekerja sektika sebagai kerani untuk syarikat filem di Victoria Street dan untuk penerbit filem, Jay Lewis di Wardour Street.[9]

Bermula 28 April 1952, beliau dipanggil untuk melaksanakan khidmat negara sehingga tahun 1954, beliau pernah berkhidmat semasa Perang Korea.

Karier sunting

1950an sunting

Karier lakonan Caine' bermula ketika berumur 20 tahun di Horsham, Sussex apabila memberi jawapan terhadap sebuah iklan di The Stage untuk pembantu pengurus pentas yang juga akan melakonkan peranan kecil untuk Horsham-based Westminster Repertory Company yang berlakon di Teater Carfax Electric.[10] Menggunakan nama pentas "Michael Scott" pada bulan Julai 1953, beliau telah diberikan watak pemabuk Hindley dalam produksi Wuthering Heights.[11] Beliau berpindah ke Lowestoft Repertory Company di Suffolk selama setahun apabila beliau berumur 22 tahun. Ia merupakan di sini beliau berjumpa dengan isteri pertamanya.[12]

Apabila karier membawanya ke London pada tahun 1954, agennya memberitahu beliau bahawa sudah terdapat Michael Scott yang berlakon di London dan beliau perlu mencari nama baru dengan segera. Bercakap dengan agennya menerusi sebuah telefon awam di Leicester Square, London, beliau melihat sekelilingnya untuk mencari inspirasi dan terlihat The Caine Mutiny sedang ditayangkan di Sinema Odeon pada tahun 1954 dan mengambil keputusan untuk menukar namanya kepada "Michael Caine".

Peranan filem pertama Michael Caine adalah sebagai salah seorang tentera dalam filem 1956, A Hill in Korea. Bintang-bintang filem ini adalah George Baker, Stanley Baker, Harry Andrews dan Michael Medwin manakala Stephen Boyd, Ronald Lewis dan Robert Shaw juga mempunyai peranan kecil.

Beliau muncul denagn kerap di televisyen sebagai peranan kecil. Peranan pertamanya yang dikredit dalam BBC adalah 'Boudousse' dalam The Lark pada tahun 1956. Bahagian-bahagian lain termasuk tiga peranan dalam Dixon of Dock Green pada tahun 1957, 1958 dan 1959, siri Escape (1957), drama Mister Charlesworth dan The Caine Mutiny Court Martial (1958).

1960an sunting

 
Michael Caine dalam Zulu (1964)

Caine terus untuk muncul dalam televisyen, dalam The Golden Girl dan No Wreath for the General tetapi kemudiannya dipilih untuk berlakon dalam lakonan pentas The Compartment. Ini disusuli dengan peranan utama dalam lakonan pentas lain termasuk Somewhere for the Night, Sunday-Night Play, The Playmates, dan dua edisi lakonan pentas BBC First Night, Funny Noises with Their Mouths dan The Way with Reggie. Beliau juga berlakon dalam lakonan radio termasuk Looking for Frankie (1963) dan Ping Pong (1964). Kejayaan besar untuk Caine datang apabila beliau dipilih untuk melakonkan watak Meff dalam Next Time I'll Sing To You.[13]

Apabila lakonan pentas ini berpindah ke Criterion, beliau dilawati oleh Stanley Baker, salah seorang bintang dalam filem pertama Caine, A Hill in Korea yang memberitahu beliau untuk watak tentera Cockney dalam filem Zulu. Baker memberitahu Caine untuk berjumpa pengarah, Cy Endfield yang memberitahu beliau bahawa watak itu telah diberi kepada James Booth. Endfield kemudiannya menawar beliau ujian skrin untuk watak pengawai kelas atasan. Walaupun kurang berjaya dalam ujian, Endfield memberinya watak itu yang kemudiannya menjadikan beliau bintang filem.[14] Lokasi pengambaran Zulu mengambil tempat di Natal, Afrika Selatan selama 14 minggu pada tahun 1963.[15][16][17]

Agen Caine kemudiannya mendapatkan beliau peranan dalam produksi BBC, Hamlet at Elsinore (1964) sebagai Horatio. Zulu kemudiannya disusuli dengan dua peranan terkenalnya: Harry Palmer dalam The Ipcress File (1965) dan Alfie Elkins dalam Alfie (1966). Beliau kemudiannya melakonkan watak Palmer dalam empat filem seterusnya, Funeral in Berlin (1966), Billion Dollar Brain (1967), Bullet to Beijing (1995) dan Midnight in Saint Petersburg (1995). Caine membuat filem pertamanya di Amerika Syarikat pada tahun 1966 dalam Gambit.

1970an sunting

 
Michael Caine dalam Get Carter (1971)

Selepas mempunyai peranan dalam The Italian Job dan Battle of Britain (kedua-duanya pada tahun 1969), Caine melakonkan watak utama dalam Get Carter (1971). Caine kemudiannya mempunyai peranan dalam Sleuth (1972) dan The Man Who Would Be King (1975). Pada tahun 1976, beliau muncul dalam The Eagle Has Landed. Pada tahun 1978, beliau membintangi The Silver Bears. Caine juga mempunyai peranan dalam A Bridge Too Far (1977).

1980an sunting

Caine mempunyai peranan dalam The Island (1980), The Hand (1981) dan The Jigsaw Man (1982), Educating Rita (1983), Hannah and Her Sisters (1986),[18] dan Dirty Rotten Scoundrels (1988). Beliau juga muncul dalam filem yang menerima ulasan teruk seperti Blame It on Rio, Water, Jaws: The Revenge (1987) dan Bullseye! (1990).

Filem-filem lainya yang mencapai kejayaan adalah California Suite, Dressed to Kill, Escape to Victory, Deathtrap dan Mona Lisa. Pada tahun 1987, Caine menyuarakan filem Hero, filem rasmi Piala Dunia FIFA 1986.[19] Beliau juga membintangi dalam Without a Clue, melakonkan watak Sherlock Holmes dan juga berlakon sebagai Chief Insp. Frederick Abberline dalam siri TV 1988, 'Jack the Ripper'.

1990an sunting

Beliau melakonkan watak Mike dalam Mr. Destiny pada tahun 1990. Beliau mempunyai peranan sebagai Ebenezer Scrooge dalam filem yang menerima pujian kritis, The Muppet Christmas Carol (1992). Beliau mempunyai peranan sebagai Lloyd Fellowes dalam Noises Off (1992). Beliau juga melakonkan watak penjahat dalam filem Steven Seagal, On Deadly Ground (1994). Beliau berada dalam dua sekuel terus-ke-video Harry Palmer dan beberapa filem televisyen. Lakonannya dalam Little Voice (1998) membolehkan beliau memenangi Anugerah Golden Globe. Pernaan yang lebih baik menyusul dengan The Cider House Rules (1999) dimana beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik keduanya.[20]

2000an sunting

 
Caine di London untuk pembukaan Eropah The Dark Knight, Julai 2008

Pada era 2000an, Caine muncul dalam Miss Congeniality (2000), Last Orders (2001), The Quiet American (2002) dan beberapa lagi. Beberapa filem klasik Caine telah dibuat semula termasuk The Italian Job, Get Carter, Alfie dan Sleuth. Dalam buatan semula tahun 2007 filem Sleuth, Caine mengambil alih peranan Laurence Olivier dalam versi 1972 manakala Jude Law melakonkan peranan asal Caine.

Caine juga membintangi Austin Powers in Goldmember (2002) sebagai bapa Austin dan pada tahun 2003, beliau membintangi bersama Robert Duvall dalam Secondhand Lions. Caine melakonkan watak Henry Lair dalam filem 2004, Around the Bend. Pada tahun 2005, beliau dipilih untuk watak Alfred Pennyworth dalam prduksi pertama siri baru filem Batman, Batman Begins. Pada tahun 2006, beliau muncul dalam Children of Men dan The Prestige. Pada tahun 2007, beliau muncul dalam Flawless, dan pada tahun 2008 dan 2012, beliau menyambung wataknya dalam sekuel Batman, The Dark Knight dan The Dark Knight Rises serta membintangi drama British, Is Anybody There?.

2010an sunting

 
Caine (dua dari kanan) bersama barisan pelakon Inception pada 10 Julai 2010

Caine muncul dalam filem sains fiksyen, Inception sebagai Prof. Stephen Miles. Beliau menyuarakan watak Finn McMissile dalam filem 2011, Cars 2 dan juga menyuarakan peranan sokongan dalam filem animasi, Gnomeo & Juliet. Beliau juga membintangi filem 2012, Journey 2: The Mysterious Island bersama-sama Josh Hutcherson, Dwayne Johnson dan Vanessa Hudgens.

Caine menyambung wataknya sebagai Alfred Pennyworth dalam sekuel Batman, The Dark Knight Rises yang ditayangkan pada bulan Julai 2012. Pengambaran babaknya mengambil tempat di Wollaton Hall, Nottinghamshire. Beliau muncul dalam filem sains fiksyen 2014, Interstellar sebagai Dr. Brand.[21] Caine membintangi Kingsman: The Secret Service (2015), diarahkan oleh Matthew Vaughn.[22]

Kehidupan peribadi sunting

 
Caine bersama Scarlett Johansson Konsert Hadiah Nobel Keamanan, Disember 2008

Beliau berkahwin dengan pelakon, Patricia Haines dari tahun 1955 sehingga 1962. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Dominique.[23] Beliau mempunyai hubungan dengan Bianca Jagger pada tahun 1968. Caine berkahwin dengan pelakon dan model, Shakira Baksh sejak 8 Januari 1973. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Natasha Haleema.[24][25]

Filmografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
1956 Panic in the Parlour Sailor Tidak dikredit
1956 A Hill in Korea Private Lockyer Juga bertajuk Hell in Korea
1957 The Steel Bayonet Caine Tidak dikredit
1957 How to Murder a Rich Uncle Gilrony
1958 A Woman of Mystery Minor Role Tidak dikredit
1958 Carve Her Name with Pride Thirsty Prisoner on Train Tidak dikredit
1958 The Key Bit part Tidak dikredit
1958 Blind Spot Johnny Brent
1958 The Two-Headed Spy Gestapo Agent
1958 Passport to Shame Bridegroom Juga bertajuk Room 43
1959 Danger Within Prisoner with Pin-Up[26] Tidak dikredit
1960 Foxhole in Cairo Weber[27][28][29]
1960 The Bulldog Breed Sailor in Cinema Fight[30] Tidak dikredit
1961 The Day the Earth Caught Fire Checkpoint Policeman[31] Tidak dikredit
1962 Solo for Sparrow Paddy Mooney
1963 The Wrong Arm of the Law Police Station PC Uncredited[32]
1964 Zulu Lt. Gonville Bromhead
1965 The Ipcress File Harry Palmer
1966 Alfie Alfie Elkins
1966 The Wrong Box Michael Finsbury
1966 Gambit Harry Tristan Dean
1966 Funeral in Berlin Harry Palmer
1967 Hurry Sundown Henry Warren
1967 Woman Times Seven Handsome Stranger Segmen: Show
1967 Billion Dollar Brain Harry Palmer
1968 Deadfall Henry Stuart Clarke
1968 The Magus Nicholas Urfe
1969 The Italian Job Charlie Croker
1969 Play Dirty Captain Douglas
1969 Battle of Britain Squadron Leader Canfield
1970 Too Late the Hero Pvt. Tosh Hearne
1970 The Last Valley The Captain
1970 Simon, Simon Diri sendiri Filem pendek
1971 Get Carter Jack Carter
1971 Kidnapped Alan Breck
1972 Zee and Co. Robert Blakeley
1972 Pulp Mickey King
1972 Sleuth Milo Tindle
1974 The Black Windmill Maj. John Tarrant
1974 The Marseille Contract John Deray Ditayangkan di A.S. sebagai The Destructors
1975 The Wilby Conspiracy Jim Keogh
1975 The Romantic Englishwoman Lewis Fielding
1975 The Man Who Would Be King Peachy Carnehan
1976 Peeper Leslie C. Tucker
1976 Harry and Walter Go to New York Adam Worth
1976 The Eagle Has Landed Col. Kurt Steiner
1977 A Bridge Too Far Lt. Col. John Ormsby Evelyn Vandeleur
1978 Silver Bears Doc Fletcher
1978 The Swarm Dr. Bradford Crane
1978 California Suite Sidney Cochran
1979 Ashanti Dr. David Linderby
1979 Beyond the Poseidon Adventure Captain Mike Turner
1980 Dressed to Kill Dr Robert Elliott
1980 The Island Blair Maynard
1981 The Hand Jonathan Lansdale
1981 Escape to Victory Captain John Colby
1982 Deathtrap Sidney Bruhl
1983 Educating Rita Dr. Frank Bryant
1983 The Honorary Consul Charley Fortnum, Consul
1983 The Jigsaw Man Philip Kimberly
Sergei Kuzminsky
1984 Blame It on Rio Matthew Hollins
1985 Water Governor Baxter Thwaites
1985 The Holcroft Covenant Noel Holcroft
1986 Hannah and Her Sisters Elliot
1986 Sweet Liberty Elliott James
1986 Mona Lisa Mortwell
1986 Half Moon Street Lord Sam Bulbeck
1986 The Whistle Blower Frank Jones
1987 The Fourth Protocol John Preston Juga penerbit eksekutif
1987 Jaws: The Revenge Hoagie Newcombe
1987 Surrender Sean Stein
1988 Without a Clue Sherlock Holmes
Reginald Kincaid
1988 Dirty Rotten Scoundrels Lawrence Jamieson
1990 A Shock to the System Graham Marshall
1990 Mr. Destiny Mike
Mr. Destiny
1990 Bullseye Sidney Lipton
Doctor Hicklar
1992 Noises Off Lloyd Fellowes
1992 Blue Ice Harry Anders Juga penerbit
1992 The Muppet Christmas Carol Ebenezer Scrooge
1994 On Deadly Ground Michael Jennings
1994 Then There Were Giants Joseph Stalin
1995 Bullet to Beijing Harry Palmer
1996 Blood and Wine Victor 'Vic' Spansky
1996 Midnight in Saint Petersburg Harry Palmer
1998 Shadow Run Haskell
1998 Little Voice Ray Say
1999 The Cider House Rules Dr. Wilbur Larch
1999 The Debtors
2000 Quills Dr. Royer-Collard
2000 Shiner Billy 'Shiner' Simpson
2000 Get Carter Cliff Brumby
2000 Miss Congeniality Victor Melling
2001 Last Orders Jack
2002 Austin Powers in Goldmember Nigel Powers
2002 The Quiet American Thomas Fowler
2003 Quicksand Jake Mellows
2003 The Actors O'Malley
2003 Secondhand Lions Garth
2003 The Statement Pierre Brossard
2004 Around the Bend Henry Lair
2005 Batman Begins Alfred Pennyworth
2005 Bewitched Nigel Bigelow
2005 The Weather Man Robert Spritzel
2006 Children of Men Jasper
2006 The Prestige John Cutter
2007 Flawless Mr. Hobbs
2007 Sleuth Andrew Wyke
2008 The Dark Knight Alfred Pennyworth
2008 Is Anybody There? Clarence
2009 Harry Brown Harry Brown
2010 Inception Professor Stephen Miles
2011 Gnomeo & Juliet Lord Redbrick Suara sahaja
2011 Cars 2 Finn McMissile
2012 Journey 2: The Mysterious Island Alexander Anderson
2012 The Dark Knight Rises Alfred Pennyworth
2013 Now You See Me Arthur Tressler
2013 Mr. Morgan's Last Love Matthew Morgan
2014 Stonehearst Asylum Dr. Salt
2014 Interstellar Professor Brand
2015 Kingsman: The Secret Service Arthur/Chester King
2015 Youth Fred Ballinger
2015 The Last Witch Hunter Father Dolan
2016 Going in Style Joe
2016 Now You See Me 2 Arthur Tressler

Rujukan sunting

  1. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1250). 15 March 2013. m/s. 23.
  2. ^ "Michael Caine – Box Office Data Movie Star". The-numbers.com. Dicapai pada 20 March 2014.
  3. ^ Rotherhithe did not become part of the London Borough of Southwark until its creation in 1965. In 1933 it was part of the Metropolitan Borough of Bermondsey (abolished 1965)
  4. ^ Michael Caine, My Autobiography: The Elephant to Hollywood (Hodder & Stoughton, 2011), p. 16.
  5. ^ "Michael Caine Biography (1933– )". FilmReference.com. Dicapai pada 16 April 2009.
  6. ^ "Lifestyle – Caine's magical performance in Is Anybody Out There?". WalesOnline. 1 May 2009. Dicapai pada 6 July 2012.
  7. ^ "Michaorfolk childhood". Runctonweb.co.uk. Dicapai pada 17 October 2009.
  8. ^ For an account of his evacuation and early school years, as sent to Jerry Pam—another Hackney Downs pupil whom he met in the 1950s, who was 6 years his senior, and who has become his publicist for "over 50 years"—see "MC" [Michael Caine], "A Message from Evacuee Maurice Micklewhite", The Clove's Lines: The Newsletter of The Clove Club: The Old Boys of Hackney Downs School 3.2 (March 2009): 16.
  9. ^ William Hall (2004). The Biography of Sir Michael Caine;70 Not Out. John Blake. ISBN 1-84454-019-7.
  10. ^ "Horsham Carfax Electric Theatre – Hidden Horsham". Hidden Horsham. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-21. Dicapai pada 17 October 2009.
  11. ^ Interview with Mike Ostler by Roxanne Blakelock (15 October 2004) for the British Library Theatre Archive Project at www.bl.uk. Retrieved 4 January 2012
  12. ^ The Actors – Sir Michael Caine Q&A, Indie London at www.indielondon.co.uk. Retrieved 4 January 2012
  13. ^ Saunders, James (1962). "Next Time I'll Sing To You". Dicapai pada 14 January 2012.
  14. ^ Caine, Michael (2011). The Elephant to Hollywood. New York: Henry Holt & Co. m/s. 50–52. ISBN 978-0-8050-9390-2.
  15. ^ The Two-Headed Spy, Turner Classic Movies Film Article at www.tcm.com. Retrieved 12 January 2012
  16. ^ Zulu War 1879 Discussion and Reference Forum (A Small Victorian War in 1879) in www.1879zuluwar.com/t3518-films-of-michael-caine. Retrieved 14 January 2012
  17. ^ Extract from The Elephant to Hollywood in Reader's Digest Australia at www.readersdigest.com.au. Retrieved 14 January 2012
  18. ^ Thomas, Bob (30 April 1987). "Three-time loser Caine becomes Oscar winner". Kentucky New Era. Google News Archive. Associated Press. Dicapai pada 21 October 2014.
  19. ^ "FIFA World Cup and Official FIFA Events: Programming". FIFA Films. Retrieved 28 January 2013
  20. ^ "Sir Michael Caine collects top French honour". BBC. Retrieved 14 July 2012
  21. ^ White, James (5 May 2013). "Michael Caine Heads To Interstellar". Empire. Dicapai pada 5 May 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)[pautan mati kekal]
  22. ^ "Mark Millar". Twitter.
  23. ^ John Hind (13 September 2009). "This Much I Know, an Interview with Michael Caine". The Observer. UK. Dicapai pada 14 November 2010.;"Michael Caine – Biography". Talk Talk. Dicapai pada 14 November 2010.
  24. ^ "Births England and Wales 1837–2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-13. Dicapai pada 2015-12-07.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  25. ^ Mark Duff. "Michael Caine's Important dates". Michaelcaine.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-12. Dicapai pada 17 October 2009.
  26. ^ "Michael Caine's Filmography – Michael Caine .com - The Official Michael Caine Website". www.michaelcaine.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-26. Dicapai pada 2010-03-31.
  27. ^ Thompson, Howard. "Foxhole in Cairo - Trailer - Cast - Showtimes - NYTimes.com". movies.nytimes.com. Dicapai pada 2010-03-31.
  28. ^ America's Best, Britain's Finest: A ... - Google Books. books.google.co.uk. Dicapai pada 2010-03-31.
  29. ^ Consultancy, Ministry & Mission - Google Books. books.google.co.uk. Dicapai pada 2010-03-31.
  30. ^ "THE BULLDOG BREED". www.michaelcaine.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-05. Dicapai pada 2010-03-31.
  31. ^ A guide to apocalyptic cinema - Google Books. books.google.co.uk. Dicapai pada 2010-03-31.
  32. ^ "The Wrong Arm of the Law (1963): Peter Sellers, Nanette Newman, Lionel Jeffries". www.citizencaine.org. Dicapai pada 2010-03-31.

Pautan luar sunting