Peter Ware Higgs CH FRS FRSE FInstP (29 Mei 1929 – 8 April 2024) ialah seorang ahli fizik teori dari United Kingdom. Beliau merupakan profesor emeritus di Universiti Edinburgh.[5][6]

Peter Higgs

Nobel laureate Peter Higgs at a press conference, Stockholm, December 2013
Kelahiran
Peter Ware Higgs

(1929-05-29) 29 Mei 1929 (umur 94)
Newcastle upon Tyne, England, UK
Meninggal dunia8 April 2024(2024-04-08) (umur 94)
WarganegaraBritish[1]
Pusat pendidikanKing's College London (BSc, MSc, PhD)
Terkenal keranaBoson Higgs
Medan Higgs
Mekanisme Higgs
Pemecahan simetri
PasanganJody Williamson (k. 1963)
Anak-anak2
Anugerah
Kerjaya saintifik
BidangFizik teoris
InstitusiUniversity of Edinburgh
Imperial College London
University College London
King's College London
TesisSome problems in the theory of molecular vibrations (1955)
Penasihat kedoktoranCharles Coulson[2][3]
Christopher Longuet-Higgins[2][4]
Pelajar kedoktoran
Laman web rasmiwww.ph.ed.ac.uk/higgs
Tandatangan

Beliau dikenali di mana beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik 2013 bersama François Englert[7] atas penemuan boson Higgs, lagi-lagi dengan saranan Stephen Hawking.[8][9]

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Peter Higgs lahir di Elswick, Newcastle upon Tyne, England[10][11][12][13][14] kepada Thomas Ware Higgs (1898–1962), seorang jurutera bunyi dalam BBC, dan isterinya Gertrude Maude née Coghill (1895–1969), seorang surirumah.

Pendidikan sunting

Ketika Peter berusia 17 tahun pada 1946, beliau berpindah ke City of London School di mana beliau mengkhusus dalam bidang matematik. Beliau meneruskan pengajiannya dalam bidang fizik ke King's College London pada tahun 1947 sehingga dia mendapat kelulusan tinggi pada tahun 1950 serta mendapat ijazah sarjana di tempat yang sama pada tahun 1952. Beliau menjalankan kajian kedoktorannya dalam bidang fizik molekuln di bawah pengawasan Charles Coulson dan Christopher Longuet-Higgins, dua orang pakar kimia teori yang terunggul di sana.[2] Beliau diberikan ijazah PhD pada tahun 1954 berikutan tulisan tesisnya mengenai getaran molekul (Tajuk: Some problems in the theory of molecular vibrations - "beberapa permasalahan dalam teori getaran molekul").[2][10][15]

Beliau dilantik sebagai seorang Felo Pengkaji (Research Fellow) di University of Edinburgh (1954–56) sebelum berpindah-randah menjawat beberapa kerusi dalam Imperial College London dan University College London (sebagai seorang pensyarah Matematik sementara).Beliau kembali ke Universiti Edinburgh tahun 1960 sebagai seorang pensyarah dalam Tait Institute of Mathematical Physics.[16][17]

Kerjaya perguruan dan pengkajian sunting

Persaraan sunting

Beliau pernah menganggotai Greenpeace sehingga ia menyatakan bantahan terhadap organisma terubah suai genetik pada 2014.[18]

Beliau meninggal dunia sakit tua di Edinburgh pada tanggal 8 April 2024 berusia 94 tahun.[19][20]

Penemuan sunting

Ketika Higgs membuat kajian di Edinburgh, beliau tertarik kepada konsep pemerolehan jisim hasil interaksi zarah dengan suatu medan teoretikal (kini dikenali sebagai medan Higgs).[13][21] Suatu mekanisme turut difikirkan di mana kuark dan lepton juga diterapkan jisim pada masa yang sama,[22] namun ia menghasilkan sebilangan kecil jisim proton dan neutron manakala selebihnya terdiri daripada gluon sebagai suatu pengikat jisim zarah-zarah ini. Penemuan ini didasarkan kepada bahan penyelidikan Yoichiro Nambu dari Universiti Chicago yang mengusulkan suatu teori pemecahan simetri spontan (spontaneous symmetry breaking) seperti yang diperhatikan Yoichiro dalam kesuperkonduksian bahan yang menyejat.[5]

Anugerah dan kehormatan sunting

Beliau mendapat ijazah kehormatan daripada universiti-universiti berikut:[23]

Beliau juga mendapat anugerah Hadiah Wolf dalam Fizik pada tahun 2004 bersama François Englert dan Robert Brout namun enggan menghadiri majlis penganugerahan tersebut yang diacarakan di Baitulmaqdis oleh Presiden Israel Moshe Katsav sebagai membantah kekerasan rejim Israel terhadap Palestin.[24]

Rujukan sunting

  1. ^ "Peter Higgs: a truly British scientist". Dicapai pada 6 October 2016.
  2. ^ a b c d Higgs, Peter Ware (1954). Some problems in the theory of molecular vibrations. ethos.bl.uk (Tesis). King's College London (University of London). OCLC 731205676. Templat:EThOS.
  3. ^ a b Peter Higgs di Mathematics Genealogy Project
  4. ^ "Peter Ware Higgs CH DSc PhD MSc BSc FRS FRSE FInstP". ph.ed.ac.uk. initially under the supervision of Charles Coulson and, subsequently, Christopher Longuet-Higgins
  5. ^ a b Griggs, Jessica (musim panas 2008). "The Missing Piece" (PDF). Edit [majalah alumnus Universiti Edinburgh]. m/s. 17. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ Overbye, Dennis (15 September 2014). "A Discoverer as Elusive as His Particle". New York Times. Dicapai pada 15 September 2014.
  7. ^ Amos, Jonathan (8 October 2013) Higgs: Five decades of noble endeavour BBC News Science and Environment; retrieved 8 October 2013
  8. ^ "Higgs boson breakthrough should earn physicist behind search Nobel Prize: Stephen Hawking". National Press. Dicapai pada 5 Julai 2012.
  9. ^ Stephen Hawking on Higgs: 'Discovery has lost me $100'. BBC. Dicapai pada 6 Julai 2012.
  10. ^ a b "Peter Higgs: Curriculum Vitae". The University of Edinburgh, School of Physics and Astronomy. 29 November 2012. Dicapai pada 9 Januari 2012.
  11. ^ GRO Register of Births: Peter W Higgs, JUN 1929 10b 72 NEWCASTLE T., mmn = Coghill
  12. ^ GRO Register of Marriages: Thomas W Higgs = Gertrude M Coghill, SEP 1924 6a 197 BRISTOL
  13. ^ a b Sample, Ian. "The god of small things"%5d, The Guardian, 17 November 2007 https://www.theguardian.com/weekend/story/0,,2210858,00.html "The god of small things"], The Guardian, 17 November 2007 Check |url= value (bantuan). Missing or empty |title= (bantuan); |section= ignored (bantuan)
  14. ^ Macdonald, Kenneth (10 April 2013). "Peter Higgs: Behind the scenes at the Universe". BBC.
  15. ^ King's College London. "Professor Peter Higgs". Dicapai pada 8 October 2013.
  16. ^ Mackenzie, Kate (2012) "It Was Worth The Wait" The Interview, The University of Edinburgh Alumni Magazine, Winter 2012/13
  17. ^ Professor Peter Higgs broadcast footage. University of Edinburgh. 2012. Peritiwa berlaku pada 2:00.
  18. ^ Highfield, Roger (7 April 2008). "Prof Peter Higgs profile". The Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2013. Dicapai pada 16 May 2011.
  19. ^ Overbye, Dennis (9 April 2024). "Peter Higgs, Nobelist Who Predicted the 'God Particle,' Dies at 94". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2024. Dicapai pada 10 April 2024.
  20. ^ Carrell, Severin (9 April 2024). "Peter Higgs, physicist who discovered Higgs boson, dies aged 94". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2024. Dicapai pada 9 April 2024.
  21. ^ "Higgs particle", Encyclopædia Britannica, 2007.
  22. ^ Rajasekaran, G. (2012). "Standard model, Higgs Boson and what next?". Resonance. 17 (10): 956–973. doi:10.1007/s12045-012-0110-z.
  23. ^ "Peter Higgs: Curriculum Vitae". University of Edinburgh. Dicapai pada 8 October 2016.
  24. ^ Rodgers, Peter (1 September 2004). "The heart of the matter". The Independent. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2013. Dicapai pada 16 May 2011.

Pautan luar sunting