Qian Xuesen atau Hsue-Shen Tsien (Cina ringkas: 钱学森; 11 Disember 1911 – 31 Oktober 2009) merupakan seorang ahli aerodinamik, ahli sibernetik dan ahli politik dari China. Beliau merupakan pelopor bidang sibernetik kejuruteraan serta pengasas program angkasa lepas China.

Qian Xuesen
Tsien Hsue-shen
钱学森
Naib Pengerusi Suruhanjataya Sidang Penasihat Politik Rakyat China
Dalam jawatan
8 April 1987 – 14 Mac 1998
PengerusiDeng Yingchao
Li Xiannian
Li Ruihuan
Butiran peribadi
Lahir(1911-12-11)11 Disember 1911
Hangzhou, Kerajaan Qing
Meninggal dunia31 Oktober 2009(2009-10-31) (umur 97)
Beijing, China
KerakyatanChina
PasanganJiang Ying (k. 1947)
Anak-anakQian Yonggang
Qian Yungjen
Alma materNational Chiao Tung University
Institut Teknologi Massachusetts
Institut Teknologi California
Dikenali keranaPengasas sibernetik kejuruteraan
Bapa program angkasa lepas China
Qian Xuesen
Cina Tradisional: 錢學森
Cina Ringkas: 钱学森

Awal hidup sunting

Beliau dilahirkan pada 11 Disember 1911 di kota Hangzhou, wilayah Zhejiang yang terletak 180 km barat daya dari kota Shanghai.[1]

Beliau masuk Universiti Kebangsaan Chiao Tung (kini Universiti Jiaotong Shanghai) pada tahun 1934 untuk mendalami bidang kejuruteraan mekanikal serta pentadbiran kereta apu.

Pada Ogos 1935, Qian meninggalkan China untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Institut Teknologi Massachusetts atas suatu biasiswa khas yang diperuntukkan pemerintah Amerika Syarikat dalam suatu perjanjian dimeterai hasil keterlibatan negara tersebut dalam Pemberontakan Yihetuan.

Pengajian di Amerika Syarikat sunting

Qian (atau "Tsien" seperti yang ditulis dalam rekod perjalanan beliau di Amerika Syarikat[nota 1]) banyak dipengaruhi pendekatan kepada pembelajaran dalam bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat yang lebih banyak menumpu kepada kerja-kerja amali termasuk eksperimen berbanding di China yang lebih menumpu kepada pendalaman teori. Tsien turut tertarik dengan penemuan berkaitan ilmu peroketan Frank Malina, Jack Parsons dan beberapa tokoh lain seumpamanya. Selepas beliau meneruskan pengajiannya di Institut Teknologi California, beliau turut melibatkan diri dalam ujikaji berkaitan sains roket bersama beberapa rakan sekerja lain di Makmal Aeronautik Guggenheim. Theodore von Kármán merupakan penasihat kedoktorannya pada ketika ini.

Tsien mendapat ijazah sarjana sains selepas setahun di universiti tersebut. Beliau menerima gelaran PhDnya dari tempat sama pada tahun 1939.[2][3]

Insiden penahanan sunting

Beberapa lama selepas Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet yang komunis mula berselisih faham dengan pihak-pihak lain dalam pihak Berikat; keadaan ini mula menular sehingga mejejaskan pengurusan negara-negara tawanan pihak tersebut kepada blok yang berbeza. Pihak Kuomintang pula mula berperang dengan Parti Komunis China yang bersekutu kuat dengan pihak Soviet dalam suatu perang saudara hebat. Kedua-dua ini memarakkan kerisauan pemerintah Amerika Syarikat terhadap sebarang kemungkinan penyelusupan pengaruh Komunis sehingga menembusi semua institusi dalam negara tersebut, maka sebarang orang yang disyaki sebagai penyokong atau bersimpati dengan pihak komunis akan dikenakan tindakan keras. Tsien antara orang yang disyaki sebegini sejak awal dekad tahun 1940-an lagi oleh pihak perisikan tentera A.S namun beliau masih diawasi secara biasa.[4]

Kelepasan keselamatan Qian akhirnya ditarik balik pada 6 Jun 1950 dan Qian terus dibawa berjumpa Biro Penyiasatan Persekutuan untuk menjalani suatu soal siasat. Pada lewat bulan Jun 1950, Tsien mengumumkan pengundurannya dari Caltech serta pulang ke China; negara tersebut telah dimenangi dan diperintah Parti Komunis China pimpinan Mao Zedong pada ketika itu.[5][6] Tsien diharamkan keluar dari Kaunti Los Angeles tanp kebenaran melalui suatu perisytiharan pada 26 April 1951 lalu ditahan dari keluar dari kawasan itu.[7] Qian banyak mendapat sokongan daripada rakan sekerjanya di Caltech sewaktu beliau ditahan; malah, Institut Teknologi Califonia yang mendidiknya turut mengupah seorang peguam sebagai pembela dalam kes Qian.

Lima tahun selepas sekatan tersebut dilakukan,[5] sekatan lawatan Qian ditarik balik pada 4 Ogos 1955[8] dan beliau mengundurkan diri dari Caltech selepas itu. Qian menaiki kapal SS President Cleveland pada September 1955 dan bertolak dari Los Angeles[9] ke Hong Kong, di mana beliau berlabuh di kota milik British tersebut pada 8 Oktober 1955. Beliau memasuki China melalui Jalan Kereta Api Kowloon–Canton pada hari sama.

Pengasasan program angkasa lepas China sunting

Senja hidup sunting

Beliau meninggal dunia aikbat sakit tua di Hospital Tentera Pembebasan Rakyat China, Beijing pada jam 8.06 malam tanggal 31 Oktober 2009.[10][11][12][13]

Penulisan saintifik sunting

Nota sunting

  1. ^ Pada ketika ini, nama orang dalam bahasa Cina Mandarin menggunakan sistem perumian Wade-Giles.

Rujukan sunting

  1. ^ "钱学森:我姓钱,但我不爱钱" [Qian Xuesen: "nama keluarga saya [bermaksud] 'wang', namun saya tidak cintakan wang"] (dalam bahasa Cina). China News. Dicapai pada 2 November 2009.
  2. ^ Tsien, Hsue-shen (1939). Problems in motion of compressible fluids and reaction propulsion (Ph.D.). California Institute of Technology.
  3. ^ Hsue-shen Tsien, Two-Dimentional Flow of Compressible Fluids, J. Aeronautic Sciences, Vol. l6; 《钱学森文集》, pp. 92-108.
  4. ^ Chang (1995), p. 158
  5. ^ a b "Tsien Hsue-Shen Dies". Caltech. 2 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2010. Dicapai pada 2 Februari 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Chang (1995), p. 149-150
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan William L 1969 tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MJ550913 tidak disediakan
  9. ^ "Scientist To Be Deported By U.S." DAytona Beach Morning Journal. AP. 13 September 1955. Dicapai pada 2 Februari 2015. Cite has empty unknown parameter: |authpr= (bantuan)
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 扬子晚报 tidak disediakan
  11. ^ 金振蓉、刘新武、齐芳. "中国"航天之父"钱学森逝世" ["Bapa Angkasa" China meninggal dunia] (dalam bahasa Cina). 人民网. Dicapai pada 31 Oktober 2009.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  12. ^ Claire Noland. "OBITUARY: Qian Xuesen dies at 98; rocket scientist helped establish Jet Propulsion Laboratory" (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles Times. Dicapai pada 1 November 2009.
  13. ^ "Tsien Hsue-Shen Dies" (dalam bahasa Inggeris). Caltech Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2011. Dicapai pada 2 November 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ N. Coburn (1945) "The Kármán–Tsien Pressure-Volume Relation n the Two-dimensional Supersonic Flow of Compressible Fluids", Quarterly of Applied Mathematics 3: 106–16

Pautan luar sunting