Vitamin ialah sebatian organik yang tidak membekalkan tenaga, tetapi bahan organik ini sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan biasa, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Vitamin boleh dikelaskan kepada Vitamin larut air dan Vitamin larut lemak.

Sejarah sunting

Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912.Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine -amine adalah kata tambahan dari amine; kerana pada masa itu ramai yang menyangka bahawa semua vitamin adalah amine dan sekarang kesalahan ini telahpun disedari.

Nilai memakan makanan tertentu bagi mengekalkan kesihatan telah diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun malam, yang kini diketahui akibat kekurangan vitamin A. Pada 1747, pakar bedah Scotland, James Lind menyedari bahawa makanan sitrus membantu menghalang beri-beri (scurvy), penyakit yang mampu membawa maut di mana kolagen tidak terbentuk dengan sempurna, dan ciri-ciri yang muncul adalah luka lambat sembuh, pendarahan pada gusi, dan rasa sakit yang teruk. Pada 1753, Lind menerbitkan Treatise on the Scurvy. Hasil apa yang dijumpainya, bagaimanapun tidak diterima secara meluas. Sebagai contohnya, Dalam ekspedisi Artik Tentera Laut Di Raja pada abad ke 19, ia dipercayai secara meluas bahawa penyakit beri-beri boleh dihalang dengan kebersihan diri yang baik di atas kapal, senaman berkala, dan mengekalkan moral kaki-tangan kapal, bukannya dengan permakanan makanan segar. Ini mengakibatkan ekspedisi tentera laut itu masih diserang penyakit beri-beri. Ketika Robert Falcon Scott melakukan dua ekspedisinya ke Antartika pada awal abad ke-20, teori perubatan ketika itu ialah penyakit beri-beri diakibatkan oleh makanan dalam tin yang tercemar.

Jenis-jenis dan fungsi vitamin sunting

Jenis vitamin Fungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin E Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, menggalakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin K Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin? sunting

Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.

Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.

Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.

Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.

Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

Elakkan mengambil makanan segera sunting

Pasti anda(mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu.

Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.

Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.

Kesan mengambil makanan segera sunting

  1. Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
  2. Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
  3. Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
  4. Diabetis - Anda tahu apakah maksud diabetis? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
  5. Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser.

Senarai makanan segera yang kurang elok untuk kesihatan sunting

Apa? Anda baru lepas makan mi segera? Mesti sedap kan? Tapi anda kena ingat, mi segera merupakan makanan segera yang tidak elok diamalkan sebagai makanan harian. Hendak tahu kenapa? Perencah mi segera itu mempunyai perisa ynag berlebihan dan kandungan garam yang tinggi.

Kalau anda hendak tahu, banyak lagi makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan. Lihat contoh makanan segera di bawah ini:

i) Kentang goreng – terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.

ii) Burger daging – kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.

iii) Makanan ringan(jajan) – mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.

iv) Air bikarbonat – kandungan gula yang sangat tinggi.

Makanan yang boleh menggantikan vitamin sunting

Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.

Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.

i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Alpukat - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Panduan mengambil vitamin sunting

Terdapat sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang dikehendaki ini.

"Amelia terlihat sebotol vitamin C di atas peti ais rumahnya. Lalu dia terus mengambil dua biji vitamin dan memakannya."

Tahukah anda, tindakan Amelia tersebut membahayakan? Anda tidak boleh mengambil sebarangan ubat tanpa perhatian orang dewasa. Mungkin ubat atau vitamin tersebut tidak sesuai dengan ketahanan badan seseorang. Mungkin juga itu bukan vitamin!

Jadi di sini, nasihat yang dapat dikatakan adalah mengikuti peraturan dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda.

a. Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar.

Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.

b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.

Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A atau C? Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahamkan?

c. Jangan mengambil dos secara berlebihan.

"Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.

d. Suruh ibu bapa temani semasa mengambil vitamin.

Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan ada yang mempunyai masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi boleh menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan air ataupun sebagainya.

e. Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.

Kalau anda hendak tahu, vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.