Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak ialah sebuah kompleks sejarah di Pasir Salak, Perak Tengah, Perak, Malaysia. Ianya dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.

Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Malaysia menentang penjajah British.

Perang Perak bermula da terjadi di sini pada tahun 1875 selepas setahun Sultan Perak setuju menerima nasihat Residen British. Residen British yang pertama di Perak ialah J.W.W. Birch yang buta jiwa Melayu, tuli kepada bahasa Melayu dan naif dengan budi bahasa.

Oleh itu Jabatan Muzium dan Antikuiti telah bersetuju membaiki struktur bangunan sedia ada dan menambah bangunan-bangunan kekal lain. Bangunan sedia yang ada di sana ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan, tiga buah rumah kutai dan tebing sungai.



suntingan ejaan dan tatabahasa terkini. by Hafizi.Izni

Bahan sejarah di Kompleks Sejarah Pasir SalakSunting

  1. Rumah Dato' Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Muzium Malaysia)
  2. Tugu Peringatan Pahlawan Perak
  3. Kubur Si Putum
  4. Kubu Dato’ Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Warisan)
  5. Tugu Lela Rentaka I dan II
  6. Pentas Belotah
  7. Balai Penghulu (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
  8. Tapak Birch Dibunuh
  9. Sampan Perak
  10. Rumah Kutai I
  11. Masjid Pasir Salak (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
  12. Perahu Naga
  13. Rumah Kutai II
  14. Rumah Kutai Anjang Pelita (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
  15. Terowong Sejarah (pameran berbentuk diorama bertemakan perjuangan patriotisme dan nasionalisme serta Galeri Keris)
  16. Sekolah Tok Pelita (bukan di dalam kawasan/seliaan Kompleks Sejarah Pasir Salak)
  17. Tugu Peringatan Birch
  18. Galeri Sejarah (Galeri Menteri-Menteri Besar Perak)

Balai Pameran mempamerkanSunting

  1. Sejarah Peristiwa Pasir Salak
  2. Senjata (Keris, Golok, Pedang, Senapang dan lain-lain)
  3. Alat-Alat Pengangkutan.
  4. Perabot Rumah.
  5. Alat-Alat Tembaga.
  6. Pakaian.
  7. Peralatan Pertanian.
  8. Tekatan.
  9. Diorama.

Pautan luarSunting