Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-20

Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-20 (biasanya dirujuk sebagai Èrshí Dà; Bahasa Cina: 二十大) akan diadakan di Beijing, dibuka pada 16 Oktober 2022.[1] 2,296 orang perwakilan akan hadir bagi mewakili anggaran 90 juta ahli Parti Komunis China (PKC). Persediaan Kongres Kebangsaan ke-20 bermula pada 2021, dan akan berakhir dengan sesi pleno Jawatankuasa Pusat ke-19, beberapa hari sebelum Kongres Kebangsaan ke-20.[2] Pada 2021, organisasi parti tempatan dan wilayah mula memilih perwakilan ke kongres serta menerima dan meminda dokumen parti. Ia akan diikuti oleh Kongres Kebangsaan ke-21 pada 2027.[3] 

Kongres Kebangsaaan Parti Komunis China ke-20
Bendera Parti Komunis China
Nama asal 中国共产党第二十次全国代表大会
Tarikh16 Oktober 2022
TempatDewan Besar Rakyat
LokasiBeijing, China
JenisKongres Kebangsaan
TemaMelantik Jawatankuasa Pusat ke-20 dan the Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-20
Dianjurkan olehPolitburo Parti Komunis China ke-19
Kongres Kebangsaan Parti Komunis China ke-20
Cina Ringkas: 中国共产党第二十次全国代表大会
Cina Tradisional: 中國共產黨第二十次全國代表大會
Abbreviation
Bahasa Cina: 二十大

Kongres PKC akan mengesahkan senarai keahlian Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat dan akan memilih Jawatankuasa Pusat. Sehari selepas penutupan Kongres, Sidang Pleno Pertama akan diadakan di mana Jawatankuasa Pusat akan meluluskan keahlian Politburo dan Jawatankuasa Tetap, badan pembuat keputusan paling berkuasa parti itu.[4]

Jangkaan dibuat sama ada pemimpin China semasa Xi Jinping akan dipilih semula sebagai setiausaha agung Parti Komunis China, atau akan dipilih memperoleh jawatan ketua Parti Komunis China, gelaran yang tidak digunakan sejak 1982 serta jawatan tertinggi yang disandang oleh Mao Zedong.[5][6] Ming Pao melaporkan bahawa Xi akan dipilih semula sebagai ketua PKC, dan akan diberi gelaran "pemimpin rakyat" (Cina ringkas: 人民领袖pinyin: Rénmín Lǐngxiù) sebagai tambahan kepada gelaran pemimpin terasnya. Sebelum ini, hanya Mao Zedong dan Hua Guofeng yang pernah diberi gelaran sedemikian (Cina ringkas: 领袖pinyin: Lǐngxiù; "ketua, pemimpin").[7]

Perwakilan sunting

Pemilihan perwakilan Kongres Kebangsaan ke-20 bermula pada November 2021.[8] Kesemua 2,296 perwakilan telah dipilih pada 25 September 2022.[9]

Potensi akibat sunting

Yun Sun dari Pusat Stimson telah membuat spekulasi bahawa pemimpin China Xi Jinping telah memberi tumpuan kepada kestabilan dalam dasar luar untuk memastikan kemenangan dalam Kongres Kebangsaan PKC ke-20. Beliau berkata jika Xi dipilih semula sebagai setiausaha agung PKC, beliau boleh terus menerima pakai dasar luar negara yang memajukan kepentingan China.[10]

Terdapat spekulasi bahawa ahli Politburo semasa, Wang Yang atau Hu Chunhua mungkin dinaik pangkat menjadi Perdana Menteri China lalu menggantikan Li Keqiang pada 2023.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Reuters (2022-08-30). "China to hold 20th Communist Party congress starting on Oct 16 - state media". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-30.
  2. ^ Kenderdine, Tristan. "China Looks Ahead to 20th Party Congress in 2022". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-31.
  3. ^ "中共中央发出通知部署党的二十大代表选举工作". People's Daily (dalam bahasa Cina). 2021-11-19. Dicapai pada 2021-11-19.
  4. ^ "CPC initiates election process for delegates to 20th national congress". Xinhua. 2021-11-18. Dicapai pada 2021-11-18.
  5. ^ Ling Li (2021-11-11). "How Xi Jinping could rule China for life". The Washington Post. Dicapai pada 2021-11-11.
  6. ^ "Prelude: Anticipated major leadership changes at China's 20th Party Congress". China-US Focus. Dicapai pada 2022-03-31.
  7. ^ "「一個領袖至關重要」料成宣傳定式 二十大習冠「領袖」 學者:只要他活着 影響力就第一 - 20220712 - 中國". Ming Pao (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2022-08-09.
  8. ^ "CCP formally starts selection process for delegates to next year's congress". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-19. Dicapai pada 2022-08-09.
  9. ^ "出席中国共产党第二十次全国代表大会代表全部选出_中国政库_澎湃新闻". The Paper (newspaper) (dalam bahasa Cina). Shanghai United Media Group. Dicapai pada 2022-09-25.
  10. ^ Sun, Yun (2022-07-28). "What to Expect From a Bolder Xi Jinping". Foreign Affairs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-28.
  11. ^ Buckley, Chris (2022-08-30). "China Sets Key Communist Party Congress for Mid-October". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-09-01.