Kuala Besut sebelumnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil terletak di bahagian Utara Terengganu di Malaysia, terletak antara Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu. Tapi sekarang semakin membangun, menjadi sebuah bandar yang agak penting kepada pelancong-pelancong kerana merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian, dan Kuala Besut bersempadan dengan Negeri Kelantan.

Kuala Besut juga telah pun didaftarkan sebagai pelabuhan oleh Jabatan Laut Malaysia. Jabatan Laut Malaysia juga telah membina satu "Mariner" iaitu sebuah jeti yang lebih baik untuk perahu-perahu layar ataupun bot-bot mewah berlabuh (berdekatan dengan jeti pelancongan).

N 01 Kuala Besut sunting

DUN Kuala Besut ialah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu yang terletak dalam Parlimen Besut, Terengganu, Malaysia, dan Adun Kuala Besut ialah YB Azbi Salleh dari PAS

Galeri sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting