Kumin KU2
Khuzami Bin Ismail (1971 – 3 September 2020) atau lebih dikenali sebagai Kumin Ku2 merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi Malaysia. Nama beliau terlebih dahulu pernah dikenali menerusi kumpulan KU2 yang ketika itu ditubuhkan pada 1995 sebelum beralih sebagai pelakon dan pelawak terkenal dalam hiburan dunia seni. Berbanding dengan Bob Kuman yang lebih kerap berlakon, Kumin pula lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.
Kumin Ku2 | |
---|---|
Kelahiran | Khuzami Bin Ismail 1971 |
Meninggal dunia | 3 September 2020 |
Sebab kematian | Sesak nafas, angin pasang, obesiti dan air berlebihan dalam badan |
Dikebumikan | Seri Menanti, Negeri Sembilan |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi |
Tahun aktif | 1995–2020 |
DiskografiSunting
- Album bersama KU2
- Motivasi (1996)
- Evolusi (1997)
- Album Baru Aku! (1999)
- The Best Of KU2 (2001)
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1995 | Sama Tak Serupa | Kumin |
1996 | Suami, Isteri dan .....? | |
2005 | Gila-Gila Pengantin Popular | Tauke Warung |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Ayam Goreng Comel | Jamal | TV3 | Pelakon undangan |
KesihatanSunting
Pada bulan Ogos 2020, beliau dibenarkan keluar dari Hospital Ampang. Beliau juga dilaporkan stabil selepas menerima rawatan kerana mengalami sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.[1]
KematianSunting
Pada 3 September 2020, beliau meninggal dunia di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang pada usia 49 tahun sekitar pukul 12.30 tengah hari. Berita pemergian Kumin disahkan oleh rakannya, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Allahyarham. Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.[2]
RujukanSunting
- ^ Keadaan Kumin Ku2 makin stabil Harian Metro, Dicapai pada 1 Ogos 2020
- ^ Pelawak Kumin KU2 meninggal dunia pada usia 49 tahun Sinar Harian Dicapai pada 3 September 2020