Melissa (kumpulan muzik)

Kumpulan Rock Malaysia
(Dilencongkan dari Kumpulan Melissa)


Kumpulan Melissa (Melintang SeSayap)(Melissa Band - est 2022) merupakan sebuah kumpulan muzik di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu rock, post hardcore, grindcore serta avant-garde dalam berbahasa melayu. Kumpulan yang diasaskan di Pahang dan berpangkalan di Kuala Lumpur ini mula mencipta nama dalam industri muzik menerusi lagu hitnya, Cinta Untuk Nabila pada penghujung tahun 1990 di bawah label Varia Muzik. Kumpulan ini sempat merakamkan tiga buah album studio sepanjang karier mereka sebelum anggotanya membawa haluan masing-masing. Mereka kembali bersatu dengan ahli original (album Pendirian) untuk merakamkan mini album/album keempat pada 2011.

Melissa Band
Latar belakang
Berasal dariPahang Pahang, Malaysia Malaysia
GenreRock, Slow rock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
Tahun aktif1989 - kini
Syarikat rakaman
Varia Muzik (1990-1992)
Life Records (1993)
Melissa Band Resources (2022-kini)
Pengkarya berkait
Rosli Selasih, Juwie, Saari Amri, S. Amin Shahab
Laman sesawang
https://www.melissa.com.my/
Bekas ahliRadzi/Scorp - Vokal (meninggal dunia)

Ajak - Bass(ketua kumpulan)
Ozy - Drum
Boy - Gitar Utama
Alif - Vokal
Nuar- Vokal(back-up show)
Ancoy - Dram

Keff-gitar

Pada tahun 2023, Melissa telah dihidupkan semula oleh pemain bass iaitu Ajak bersama barisan anggota baharu iaitu Naim (vokal), Mie Onte (gitar utama) & Artta (gitar kedua). Ajak juga mengambil dua pemuzik undangan iaitu Pae (dram) dan Che Mat (keyboard) untuk membantu Melissa ketika mengadakan persembahan pentas setelah Melissa kehilangan khidmat dua anggota terdahulu iaitu Elly (gitar kedua) dan Black (dram).

Mereka telah menyiapkan sebuah EP yang berjudul (Menghiris) sempena meraikan barisan baharu Melissa dengan 3 buah lagu lama yang digubah dan dirakamkan semula dengan nafas baru dan dua buah lagu baru berjudul Riena Cintaku dan Nabila untuk Cinta.

Sejarah

sunting

Album pertama kump ini diterbitkan pada tahun 1990. Sewaktu Lagu Cinta Untuk Nabila yang dimuatkan dalam album ini telah menjadi hit dan secara tidak langsung telah menjulang dan menaikan nama Melissa dipersada muzik tanah air. Selepas album pertama, Keff telah mengundurkan diri digantikan dengan Boy Arena atau kini dikenali dengan nama Fareez Undertaker. Boy banyak membantu kumpulan Melissa sehingga Ke rakaman album yg ketiga. Kumpulan Melissa telah menerbitkan 3 buah album. Album pertama berjudul Pendirian (1990). Album kedua berjudul Kami Mat Rock (1991). Album ketiga berjudul Mistik (1993). Album ketiga ini penerbitnya ialah Kumpulan Melissa sendiri yang di anggotai oleh Alif, Penyanyi Utama yang menggantikan Scorp. Boy/Fareez Undertaker, Guitar Utama. Bass Ajax dan Drum Ancoy, dan setonkol stif ausetin (viola)

Bagaimanapun pada sekitar tahun 1996 anggotanya telah membawa haluan masing-masing. Penyanyinya Scorpions telah menukar kerjayanya daripada dunia hiburan kepada penceramah agama bebas tanah air yang berpengkalan di negeri Kedah selepas album kedua Melissa. Pemain gitar Keff pula menukar kerjayanya kebidang perniagaan. Pemain bass Ajax masih aktif dalam bidang ini. Beliau telah menyertai kumpulan Real X, Malaikat Maut dan berlakon dalam beberapa filem arahan Mamat Kalid yang berjudul Rock, Rock Oo dan Zombie Kampung Pisang. Manakala pemain drum Ozy telah menjawat jawatan sebagai pegawai polis (PDRM) di Kuantan, Pahang dan kini telah bersara...kalau boleh jangan la bersara keje je lagi mana tau naik pangkat jadi ketua polis negara.

Pada Tahun 2008 kumpulan ini telah mengistiharkan untuk bersatu kembali (Reunion). Cadangan ini telah di sambut baik oleh peminat-peminat serta telah menjayakan sebuah program rancangan hiburan Rock Prima di Astro dengan kerjasama Jengking Merah Production. Kini kumpulan ini aktif kembali tetapi hanya untuk menjayakan show-show tertentu sahaja memandangkan kesemua anggatanya sudah mempunyai komitment yg lebih penting selain dari bidang muzik yang diceburinya.[1]

Kumpulan Melissa turut sama dalam acara Rock Revival 2017 yang bertempat di House @ G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala lumpur yang menampilkan tiga kumpulan iaitu kumpulan Melissa, Crash dan CRK.[2]

Kini kumpulan Melissa telah berpecah kepada dua (asyik² berpecah je macam lanciauuu) iaitu satu diberi nama Melissa Band. Melissa Band generasi baharu 2022 yang diketuai bassist Melissa (Ajax) dilihat sebagai pemuzik yang penuh semangat untuk menghidupkan semula melissa, [3] (Barisan kedua pula dibawah pimpinan gitaris Keff dengan barisan Boy/Fareez, Ozy dan menggunakan khidmat Wak Dan.


==Ahli-ahli=="[4]

Album pertama: 'Pendirian' (1990)

sunting
  • Vokalist - Radzi
  • Gitarist - Moliano Love Hunters as Guitar sessionist
  • Bassist - Ajax
  • Drummer - Saha Love Hunters as Drum sessionist

Album kedua: 'Kami Mat Rock' (1991)

sunting
  • Vokalist - Radzi
  • Guitarist - Nan Saturnine as Guitar sessionist
  • Bassist - Ajax
  • Drummer - Ozy

Album ketiga: 'Mistik' (1994)

sunting
  • Vokalist - Alif
  • Guitarist - Boy
  • Bassist - Ajax
  • Drummer - Ancoy (Ozon Kronik92)

Album keempat: (2011)

sunting
  • Vocalist - Radzi
  • Guitarist - Keff
  • Bassist - Ajax
  • Drummer - Ozy

Melissa Band

sunting
  • Vocalist - Naim
  • Guitarist - Mie
  • Bassist - Ajax
  • Drummer - Pae
  • Keyboard - Sahar

Diskografi

sunting
Tahun Tajuk Jualan
1990 Pendirian
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 1990
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Varia Music
1991 Kami Mat Rock
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 1991
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Varia Music
1993 Mistik
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 1993
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Life Records
2023 Tak keluar lagi syok² sendiri dulu
  • Nabila Untuk Cinta
  • Rina
  • Bencana
  • Boneka kaca

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Kumpulan Melissa.
  2. ^ Masih menyengat
  3. ^ https://www.melissa.com.my/kami-melissa/
  4. ^ Band, Melissa (2023). "Kami MELISSA - Melissa". melissa.com.my. Dicapai pada 14 June 2023.