Universiti Pengajian Luar Kyoto

Universiti Pengajian Luar Kyoto (Bahasa Jepun: 京都外国語大学 Kyōto gaikokugo daigaku), juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Kyoto University of Foreign Studies (Singkatan: KUFS), adalah sebuah universiti bagi pengajian bahasa asing di Kyoto, Jepun. Universiti ini menawarkan pengajian bagi lapan rantau atau bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Jerman, Portugis, Cina, Itali, dan Jepun.

Universiti Pengajian Luar Kyoto
MotoLatin: Pax Mundi per Linguas
(Keamanan Dunia melalui Bahasa)
JenisUniversiti swasta
Ditubuhkan padaMei, 1945
CanselorYoshikazu Morita
PresidenTakeshi Matsuda
Siswazah4445
Ijazah/Sarjana97
Lokasi,
Laman sesawanghttp://www.kufs.ac.jp/en/index.html

Akademik sunting

Terdapat tiga bahagian akademik utama di bawah pentadbiran universiti,[1] iaitu:

  1. Fakulti Pengajian Luar,
  2. Sekolah Pengajian Siswazah, dan
  3. Bahagian untuk Kursus dalam Pengajian Jepun bagi Penuntut Luar Negara.

Fakulti Pengajian Luar sunting

Fakulti ini merangkumi sembilan Jabatan, yang mana lapan daripadanya adalah khusus bagi pengajian bahasa-bahasa asing:[1]

  1. Jabatan Pengajian British dan Amerika
  2. Jabatan Pengajian Hispanik
  3. Jabatan Pengajian Perancis
  4. Jabatan Pengajian Jerman
  5. Jabatan Pengajian Brazil dan Portugis
  6. Jabatan Pengajian Cina
  7. Jabatan Pengajian Jepun
  8. Jabatan Pengajian Itali
  9. Jabatan Hal Ehwal Global

Sekolah Pengajian Siswazah sunting

Sekolah ini bertanggungjawab bagi pendidikan pasca-siswazah, iaitu tahap ijazah sarjana dan kedoktoran.[2]

Kursus dalam Pengajian Jepun sunting

Kursus ini ditawarkan bagi penuntut dari luar ngara yang berminat dalam bahasa dan kebudayaan Jepun.[3]