Prof Dr Mahmud Yunus atau Mahmoed Joenoes lahir di Sungayang,Tanah Datar,Sumatera pada 10 Februari 1899 di Jakarta dan meninggal dunia pada 16 Januari 1982 . Beliau adalah seorang ulama, penulis terjemahan al Quran , ahli tafsir, dan tokoh pendidikan Islam Indonesia.

Mahmud Yunus
Kelahiran(1899-02-10)10 Februari 1899
Meninggal duniaJanuari 16, 1982
Kerakyatan Indonesia
Terkenal keranaAhli pendidikan Islam, ahli tafsir al-Qur'an
Ibu bapaYunus (ayah)
Hafsyah (ibu)

Kehidupan awal sunting

Mahmud Yunus adalah anak tunggal Yunus dan Hafsyah. Beliau lahir pada 10 Februari 1899 Sungayang, Tanah Datar kira-kira 7 km dari Batusangkar . Ibu bapanya bercerai dan ibunya berkahwin lain dan mendapat anak perempuan pula. Beliau belajar al-Quran di Surau Talang dan khatam pada ketika usia tujuh tahun.

Tahun 1908 belajar di Sekolah Desa di Sungayang , kemudian ke Madras School pimpinan Muhammad Thaib Umar di Surau Tanjung Pauh. Pada tahun 1917, beliau menggantikan tugas Muhammad Thaib Umar yang jatuh sakit. Perhimpunan Ulama Minangkabau diadakan pada 1919 di Surau Jembatan Besi, Padang Panjang, beliau hadir mewakili Muhammad Thaib Umar. Hasilnya tertubuh Persatuan Guru Agama Islam (PGAI) dan diiktiraf oleh penjajah Hindia-Belanda pada 7 Julai 1920. Tahun 1919, Yunus bersama guru-guru Madras School mendirikan cabang Sumatera Thawalib di Sungayang. Majalah Islam diterbitkan dengan nama Al-Basyir pada Februari 1920 dan beliau menjadi ketua redaksi.

Beliau membaca pemikiran Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha menerusi majalah Al-Manar dan mahu belajar di Mesir. Tahun 1923 beliau berangkat ke Pulau Pinang, Malaysia tanpa visa dari penjajah Belanda.

Memimpin sekolah-sekolah Islam sunting

Mulanya menunaikan haji di Mekah kemudian belajar di Universiti Al-Azhar di Kaherah dan memperoleh ijazah Syahadah Alimiyah. Beliau orang Indonesia kedua lulusan Al-Azhar setelah Janan Thaib. Seterusnya belajar di Darul Ulum ,kini Universiti Kaherah). Beliau bertuah kerana dikecuali dari membayar yuran oleh Menteri Pendidikan Mesir kerana beliau satu-satunya pelajar bukan rakyat Mesir (1930) .[1] Yunus adalah mahasiswa asing pertama yang tamat dari Darul Ulum.

Tahun 1931 Yunus kembali ke Madras School di Sungayang dan melakukan banyak pembaharuan pendidikan.Beliau memperkenalkan Madrasah Ibtidaiyah, Tsanawiyah, dan Aliyah.Malangnya Belanda mengarahkan sekolah-sekolah ini ditutup pada 1933 kerana ditubuh secara 'liar'.

Pada tahun 1932, Yunus meninggalkan Sungayang dan memimpin sekolah umum Kulliyyatul Muallimin Al-Islamiyyaah di Padang dengan tujuan melahirkan guru-guru. Yunus mengajarkan bahasa Arab. Beberapa subjek ditambah seperti Geografi dan kesihatan. Beberapa buah buku adalah hasil tulisannya sendiri ketika belajar di Mesir. Beliau memimpin NIS (1938) dan kembali memimpin pada tahun 1942-1946.

Penjajahan Jepun sunting

Pada masa pendudukan Jepun, Yunus terlibat dalam mendirikan Majlis Islam Tinggi (MIT) Minangkabau. Ketika Jepun mendirikan PETA di pulau Jawa untuk membantu tentera Jepun menghadapi serangan balasan tentera eekutu, Residen Kenzo Yano yang berpengkalan di Padang mengambil inisiatif membentuk tentera Gyugun .Gyugun mendapat dukungan dari para ulama Minangkabau dan menerima latihan ketenteraan dari Jepun. Antaranya ialah Chatib Sulaiman dan Ahmad Datuk Simarajo. Yunus ditugaskan untuk merekrut ahli Gyugun, mempertahankan kemerdekaan dan menjadi askar rakyat di Minangkabau.

Pada tahun 1943, Yunus dilantik menjadi penasihat residen (Syu Cho Kan) di Padang.Dia mencadangkan agar pendidikan agama Islam dimasukkan dan diterapkan dalam sistem pendidikan.Cadangannya diterima tapi sayang, pendudukan Jepun atas Indonesia tamat seiring pengisytiharan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945.

Tentera Sekutu masuk melalui Pelabuhan Teluk Bayur pada 1945. Normal Islam School terpaksa ditutup kerana guru dan murid pindak ke daerah lain. Pada September 1946, Yunus mendirikan Sekolah Menengah Islam (SMI) di Bukittinggi. Kelengkapan seperti kerusi, meja, peta, dan alat-alat praktikum diangkut dari Padang. SMI kemudian berubah menjadi Sekolah Guru dan Hakim Agama (SGHA) pada 1951.

Mata pelajaran agama sunting

Jawatan Pengajaran Sumatera Barat dikepalai oleh Saaduddin Jambek menerima cadangan beliau agar mata pelajaran agama diterapkan mulai 1 April 1946 di seluruh Sumatera Barat.

Pada November 1946 bertugas di Pematangsiantar sebagai Kepala Bagian Agama Islam Jawatan Agama Provinsi Sumatera. Kursus untuk diberikan kepada guru-guru agama di Pematangsiantar.

Semasa Darurat Republik Indonesia, Yunus mendirikan Madrasah Tsanawiyah di Sumatera dan dipersetujui oleh Menteri Agama . Sekolah Menengah Pertama Islam (SMPI) didirikan di Sumatera Barat dan dikendali secara swasta.

Pada tahun 1950, Yunus mencadangkan kurikulum di Sumatera diselaraskan dengan kurikulum nasional. Hasilnya pendidikan agama Islam baru dapat diberikan untuk kelas IV sampai kelas VI tingkat sekolah rendah dan kekal hingga sekarang.

Dekan Akademi Dinas Ilmu Agama sunting

Pada 8 Julai 1945, Sekolah Tinggi Islam (STI) didirikan di Jakarta. Pada 1946, STI dipindahkan ke Yogyakarta. STI ditukar menjadi Universiti Islam Indonesia (UUI) pada 22 Mac 1948. Fakulti Agama UII ditukar kepada Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (PTAIN) Yogyakarta.

Pada 1 Jun 1957, Jabatan Agama mendirikan Akademi Dinas Ilmu Agama (ADIA) di Jakarta dan Yunus dilantik sebagai rektor pertama ADIA. Tahun 1960,nama PTAIN ditukar kepada Institut Agama Islam Negeri (IAIN).

Selaku Dekan Fakulti Tarbiyah di IAIN (1960), beliau berkunjung ke Mesir, Arab Saudi, Syria, Lebanon, Jordan, Turki, Iraq, Tunisia dan Marokko (1961). Pada 1962 diundang oleh Raja Sa'ud hadir ke Madinah Tahun-tahun 1964, 1965, 1966, dan 1967 beliau ke Mesir. Beliau menulis buku "Al-Israiliyyat fit Tafsir wal Hadits" dan mendapat perhatian para peserta.

Beliau dilantik sebagai rektor pertama IAIN Imam Bonjol (1967-1970). Pada 15 Oktober 1977, beliau memperoleh gelar doktor kehormatan di bidang ilmu tarbiyah dari IAIN Jakarta .

Meninggal dunia sunting

Pada 16 Januari 1982 beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun .

Penulisan sunting

Beliau rajin menulis terutama bidang agama sejak usia 21 tahun. Tidak kurang 82 tajuk buku berjaya dihasilkan.

  1. 'Tafsir Qur'an Karim' (1938) diulang cetak sebanyak 23 kali. Kerja pentafsiran itu diusahakan sejak 1921

Rujukan sunting

  1. ^ Nata 1995, m/s. 58.
  1. Abdullah Taufik: 'Schools and Politics: The Kaum Muda Movement in West Sumatra (1927–1933)', 2009; Equinox Publishing
  2. Asy Fauzan; 'Perkembangan Pendidikan Islam di Nusantara', 2004, Angkasa
  3. Hashim Rosnani; 'Reclaiming the Conversation: Islamic Intellectual Tradition in the Malay Archipelago',2010, The Other Press
  4. Ibrahim Amran ; 'Riwayat Hidup H. Ibrahim Dt. Sinaro Sati 1988–1964', 2008, Jakarta
  5. Kahin Audrey R.; 'Dari Pemberontakan ke Integrasi: Sumatera Barat dan Politik Indonesia, 1926–1998', 2005, Yayasan Obor Indonesia
  6. Mohammad Herry ; 'Tokoh-Tokoh Islam yang Berpengaruh Abad 20' , 2006, Gema Insani
  7. Nata Abuddin ; 'Tokoh-tokoh Pembaruan Pendidikan Islam di Indonesia', 2005, Raja Grafindo Persada
  8. Nata Nasuhi Abuddin Hamid ; 'Membangun Pusat Keunggulan Studi Islam', 2002,IAIN Jakarta Press
  9. Ramayulis Nizar Samsul ; 'Ensiklopedi Tokoh Pendidikan Islam', 2005, Quantum Teaching
  10. Mahmud Yunus ; 'Pengembangan Pendidikan Islam di Indonesia', 1977, Hidakarya Agung
  11. Mahmud Yunus ; 'Riwayat Hidup Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, 10 Februari 1899–16 Januari 1982, Hidakarya Agung
  12. Mahmud Yunus; 'Sejarah Pendidikan Islam di Indonesia', 1979, Mutiara Sumber Widya

Pautan luar sunting

Didahului oleh:
Tidak ada
Dekan Akademi Dinas Ilmu Agama Jakarta
1 Jun 19571960
Digantikan oleh:
Prof. Mr. R.H.A. Soenarjo
Didahului oleh:
Tidak ada
Rektor IAIN Imam Bonjol Padang
19671970
Digantikan oleh:
H. Mansur Datuk Nagari Basa