Malay Regiment (bahasa Melayu: Rejimen Melayu) merupakan sebuah filem drama ketenteraan Malaysia 2017 arahan Jurey Latiff Rosli terbitan World Evolution Brain, memperincikan peristiwa sebenar Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan daripada 17 unit RAMD telah menyerang beberapa kem komunis di sempadan Thailand-Malaysia, berdekatan dengan Gubir, Kedah.[1] Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2017 bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-60.[2]

Malay Regiment
PengarahJurey Latiff Rosli
PenulisYusof Kelana
Dihasilkan olehJurey Latiff Rosli
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
World Evolution Brain
Tarikh tayangan
31 Ogos 2017
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM2.5 juta

Sinopsis sunting

Diilhamkan daripada kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan kesalamatan daripada unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua disaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Malay Regiment diarahkan oleh Jurey Latiff Rosli yang turut menggalas tanggungjawab sebagai penerbit, dengan skrip ditulis oleh Yusof Kelana, ia merupakan filem kedua arahan Jurey selepas Libas yang ditayangkan pada 2011. Barisan pelakon terdiri daripada Ahmad Tarmimi Siregar, Kamal Adli, Nad Zainal, Erry Putra, Yus Waisar, Z. Zamri dan Normah Damanhuri.[2]

Kos pembikinan filem ini berjumlah RM2.5 juta dengan aplikasi teknologi teknik imej janaan komputer (CGI) digunakan sebanyak 30 peratus.[2] Filem ini diterbitkan oleh Jurey untuk didedikasikan khas kepada bapanya, Allahyarham Kapten (B) Mohd Rosli Yahya yang pernah berkhidmat sebagai askar.[2]

Keluaran dan sambutan sunting

Malay Regiment ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 31 Ogos 2017, bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-60 dan menerima ulasan positif. Anne Muhammad daripada Malaysiakini yakin bahawa "filem ini adalah filem yang hebat berdasarkan poster-poster terpampang di merata tempat kerana kelihatan meyakinkan."[3]

Kontroversi sunting

Filem ini telah mengundang kontroversi susulan treler filem ini yang memaparkan adegan sebuah kereta bernombor pendaftaran DAP164 dengan seorang lelaki memakai sut berdiri di hadapan bangunan parlimen.[4] Akibat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Salleh Said Keruak mengarahkan treler Malay Regiment ditarik balik dan disunting semula sebelum ditayangkan.[5][6][7]

Rujukan sunting

  1. ^ Rozdan Mazalan (30 Ogos 2017). "Kenangan Ops Gubir dalam Malay Regiment". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
  2. ^ a b c d Siti Athirah Dzulkifli (27 Ogos 2017). "Malay Regiment, sebuah lagi naskhah patriotik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 September 2017.
  3. ^ Anne Muhammad (14 September 2017). "Aduhai Malay Regiment". Malaysiakini. Dicapai pada 15 September 2017.
  4. ^ Nawar Firdaus (8 Ogos 2017). "DAP hits out at 'DAP165' scene in movie 'Malay Regiment'". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-03. Dicapai pada 15 September 2017. Teresa Kok says racism, not DAP, is the number one enemy of the state
  5. ^ Rashvinjeet S. Bedi (8 Ogos 2017). "The Malay Regiment director will remove scene from trailer". The Star Online. Dicapai pada 15 September 2017.
  6. ^ "Kit Siang: First Tanda Putera, now Malay Regiment". Free Malaysia Today. 8 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-11. Dicapai pada 15 September 2017. The DAP leader, unhappy that another film is being used to vilify him and the party, urges Malaysians to look beyond race.
  7. ^ "Selepas Tanda Putera, kini 'Malay Regiment' dan 'DAP165' pula?". Roketkini. 8 Ogos 2017. Dicapai pada 15 September 2017.

Pautan luar sunting