Melissa (kumpulan muzik)
Kumpulan Melissa merupakan sebuah kumpulan muzik di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan yang diasaskan di Pahang dan berpangkalan di Kuala Lumpur ini mula mencipta nama dalam industri muzik menerusi lagu hitnya, Cinta Untuk Nabila pada penghujung tahun 1990 di bawah label Varia Muzik. Kumpulan ini sempat merakamkan tiga buah album studio sepanjang karier mereka sebelum anggotanya membawa haluan masing-masing.
Melissa | |
---|---|
Berasal dari | ![]() |
Genre | Rock, Slow rock |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Tahun aktif | 1989–kini |
Syarikat rakaman | Varia Music (1990-1992) Life Records (1993) |
Pengkarya berkait | Rosli Selasih, Juwie, Saari Amri, S. Amin Shahab |
Ahli | Keff - Gitar Utama Ozzy - Dram Ajak-bassist |
Bekas ahli | Radzi/Scorp - Vokal (meninggal dunia) Boy - Gitar Utama Alif - Vokal Ancoy - Dram |
SejarahSunting
Album pertama kump ini diterbitkan pada tahun 1990.sewaktu Lagu Cinta Untuk Nabila yang dimuatkan dalam album ini telah menjadi hit dan secara tidak langsung telah menjulang dan menaikan nama Melissa dipersada muzik tanah air keff telah mengundurkan diri diganti dgn Boy Arena a.k.a Fareez Undertaker/Boy Banyak membantu kumpulan Melissa Sehingga Ke rakaman album yg ketiga. Kumpulan Melissa telah menerbitkan 3 buah album. Album pertama berjudul Pendirian (1990). Album kedua berjudul Kami Mat Rock (1991). Album ketiga berjudul Mistik (1993) Album ketiga ini penerbitnya ialah Kumpulan Melissa sendiri yg di anggotai oleh Alif Penyanyi Utama Boy/Fareez Undertaker Guitar Utama Bass Ajax Drum Ancoy .
Bagaimanapun pada sekitar tahun 1996 anggotanya telah membawa haluan masing-masing. Penyanyinya Scorp telah menukar kerjayanya daripada dunia hiburan kepada penceramah agama bebas tanah air yang berpengkalan di negeri Kedah. Pemain gitar Keff pula menukar kerjayanya kebidang perniagaan. Pemain bass Ajax masih aktif dalam bidang ini. Beliau telah menyertai kumpulan Real X dan berlakon dalam dua buah filem arahan Mamat Kalid yang berjudul Rock dan Zombie Kampung Pisang. Manakala pemain drum Ozy telah menjawat jawatan sebagai pegawai polis (PDRM) di Kuantan, Pahang.
Pada Tahun 2008 kumpulan ini telah mengistiharkan untuk bersatu kembali (Reunion). Cadangan ini telah di sambut baik oleh peminat-peminat serta telah menjayakan sebuah program rancangan hiburan Rock Prima di Astro dengan kerjasama Jengking Merah Production. Kini kumpulan ini aktif kembali tetapi hanya untuk menjayakan show-show tertentu sahaja memandangkan kesemua anggatanya sudah mempunyai komitment yg lebih penting selain dari bidang muzik yang diceburinya.[1]
Kumpulan Melissa turut sama dalam acara Rock Revival 2017 yang bertempat di House @ G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala lumpur yang menampilkan tiga kumpulan iaitu kumpulan Melissa, Crash dan CRK.[2]
Ahli-ahliSunting
Album pertama (Pendirian)Sunting
- Vokalist - Radzi
- Gitarist - Kef
- Bassist - Ajax
- Drummer - Ozy
Album kedua (Kami Mat Rock)Sunting
- Vokalist - Radzi
- Guitarist - Boy (Pernah menyertai Kumpulan Real X, Kumpulan Arena)
- Bassist - Ajax
- Drummer - Ozy
Album ketiga (Mistik)Sunting
- Vokalist - Alif
- Guitarist - Boy
- Bassist - Ajax
- Drummer - Ancoy (Ozon Kronik92)
DiskografiSunting
Tahun | Tajuk | Jualan |
---|---|---|
1990 | Pendirian
|
|
1991 | Kami Mat Rock
|
|
1993 | Mistik
|