Mimpi Yang Sempurna

Mimpi Yang Sempurna merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Jo Yusof di bintangi Aqasha, Tiz Zaqyah, dan Farahdhiya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 bermula 22 Ogos 2019 menggantikan Skrin Sentuh Hati Eryna.

Mimpi Yang Sempurna
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Mimpi Yang Sempurna karya Aiza Qriselda
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Rozie Rashid
  • Ainaa Hanez
PengarahJo Yusof
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanBunga - Ara Johari
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Adam Ariez
  • Wan Zarra Rania
  • Wan Larra Armani
PenerbitWan Zamri Wan Abdul Kadir
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal22 Ogos 2019 – 20 Oktober 2019

Sinopsis sunting

Kisah cabaran seorang wanita untuk mengatasi keegoan seorang lelaki yang juga merupakan penyelia di tempat kerjanya, yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Wardah bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerjanya termasuk Wardah dengan dingin. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.

Setelah mendapat nasihat Mak Uda, Wardah kembali bersemangat terus bekerja malah merancang mahu mengubah sikap Haiman. Haiman semakin galak bagi kerja kepada Wardah juga mendesaknya ikut serta dirinya menghadiri mesyuarat. Wardah kongsi masalah dengan kawan baiknya, Yasmeen.

Haiman tiba-tiba mula melayan Wardah dengan baik. Sikapnya berubah ceria dengan kehadiran Wardah di sisi. Dalam pada itu ibu bapa Wardah mula bertanyakan hubungan Wardah dengan tunangnya, Adib yang dilihat dingin.

Pada sambutan hari keluarga di mana Haiman berubah mesra dengan pekerjanya. Disitu juga Haiman cemburu melihat Zaki, penyelia majlis tersebut cuba mendekati Wardah. Pada masa sama Wardah meluangkan masa dengan Haiman. Haiman runsingkan pembedahan jantung ibunya dan berkongsi kisah dirinya yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya Akim.

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya. Sementara itu muncul Zaki yang baru tamat belajar dari luar negara bertemu dengan Wardah.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat dan akhirnya mereka berkahwin. Namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai dugaan apatahlagi ada yang cemburu melihat kemesraaan mereka.

Pelakon sunting

Rujukan sunting