Modread ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada 2008, terdiri daripada Fami (vokal, gitar), Wan (gitar utama), Kirk (bes) dan Aizad (dram). Kumpulan ini mendapat perhatian apabila dinobatkan sebagai juara Hot FM Twisties Bingit.[1] Antara lagu-lagu terkenal mereka ialah "Cerita Sedih", "Pendrama" dan "Sinar Perangga". Selain itu, mereka juga ialah juara Versus musim kedua di TV9 di bawah nama Manifesto.[2]

Modread
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Ahli
  • Fami
  • Wan
  • Aizad
  • Kirk

Kerjaya sunting

Modread ditubuhkan semasa mereka menyertai pertandingan Hot FM Twisties Bingit pada Disember 2008. Kumpulan ini dinobatkan sebagai pemenang pertandingan itu dengan lagu kemenangan mereka, "Revolusi". Lagu ini berjaya menduduki kedudukan teratas di Carta Hot FM 30.[1]

Single kedua mereka, "Pendrama" mendapat sambutan yang baik dari pendengar dan menaiki carta lagu di Hot FM, Fly FM (#1 selama 4 minggu di Campur Chart) dan juga XFM.[1] "Neeruza Ozawa" dikeluarkan sebagai single ketiga kumpulan ini, menjadi lagu yang menjadikan mereka terkenal di industri muzik. Lagu yang juga menampilkan video muzik pertama dari kumpulan ini berjaya menduduki kedudukan teratas di Hot FM. Lagu ini juga dicalonkan dalam rancangan Muzik Muzik.

Modread kemudian melancarkan single keempat mereka, "Cerita Sedih" yang mendapat putaran meluas di stesen radio tempatan, mendahului carta lagu muzik. Modread muncul dengan rancangan TV mereka sendiri dengan Twisties yang dinamakan Modread Raya pada 2009 bersama Bunkface sebagai kumpulan tamu. Rancangan ini disiarkan di TV3 pada musim Hari Raya.[1] Modread juga merupakan salah satu artis terpilih untuk turut serta dalam kempen "Everyone Connects" anjuran Telekom Malaysia (TM) bersama artis lain termasuk Tomok, Shila Amzah, Mila Jirin, Dafi dan Akim.

Modread juga telah merakam dua lagu saduran yang menampilkan Black Mentor; "Jerangkung Dalam Almari" oleh Wings, dan "Kopi Dangdut" oleh Fahmi Sahab dengan susunan muzik mereka sendiri yang diberikan nafas baru.

Modread mengeluarkan EP, Modread's Portfolio yang terdiri daripada 5 lagu popular mereka yang mana ia diedarkan kepada pelajar Malaysia di Jerman dan United Kingdom pada Julai 2010. Kumpulan ini kemudian melancarkan single kelima, "Sinar Perangga".

Album sulung mereka, Pengembaraan Neeruza Ozawa dikeluarkan pada 30 Mac 2012, mengandungi 9 lagu. Modread paling dikenali apabila mereka menjuarai rancangan TV realiti Versus musim ke-2 di TV9, mengalahkan Kyoto Protocol dan Oh Chentaku. Ketika itu Modread bertanding diatas nama Manifesto dan mereka telah mendapat khidmat Tomok (bekas vokalis New Boyz) sebagai vokalis dan Ainol (bekas pemain dram Deja Voodoo Spells) sebagai pemain dram.[1][3] Modread kemudian memutuskan untuk berehat panjang dari aktiviti muzik mereka selepas itu. Mereka muncul kembali pada 2018 menerusi tiga lagu baharu—"Buat Aku Tersenyum", "Mengarut"[4] dan "Melarayu".[5]

Ahli kumpulan sunting

  • Fami (vokalis, gitar)
  • Wan (gitar utama)
  • Kirk (bes)
  • Aizad (dram)

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Pengembaraan Neeruza Ozawa

EP sunting

Tajuk Butiran album
Modread's Portfolio

Single sunting

Tajuk Tahun
"Revolusi" 2008
"Pendrama" 2009
"Neeruza Ozawa"
"Cerita Sedih"
"Sinar Perangga" 2010
"Fantasi Cinderella" 2012
"Buat Aku Tersenyum" 2018
"Mengarut" 2019
"Melarayu" 2020

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "JOOX Interview: Modread". JOOX. 16 Mei 2018. Dicapai pada 10 April 2019.
  2. ^ Mohd Al Qayum (1 June 2013). "Kumpulan Manifesto juara Versus musim kedua". mStar Online. Dicapai pada 10 April 2019.
  3. ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Jun 2013). "Gabungan menjadi Tomok, Modread". Berita Harian. Dicapai pada 10 April 2019 – melalui KLiK.
  4. ^ Farid Saleh (11 Mac 2020). "Mengarut menjadi taruhan terbaharu daripada kumpulan Modread". IamLejen. Dicapai pada 10 April 2020.
  5. ^ Ku Syafiq Ku Rozi (13 Disember 2020). "Melarayu oleh Modread menampilkan Riko Jordison". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 April 2021.

Pautan luar sunting