Dato Panglima Kinta Dato Haji Mohamed Eusoff bin Mohamed Yusoff ialah seorang tokoh politik di Tanah Melayu. Beliau merupakan ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu yang berkhidmat mewakili masyarakat orang asal[1] sejak tahun 1951 hingga 1957[2]. merupakan mantan Pro-Canselor Universiti Malaya di Singapura dan Pengerusi Majlis Universiti dari 1953 hingga 1957.

Biodata sunting

Dato Eusoff dilahirkan di Ipoh pada tahun 1897 dalam lingkungan keluarga pembesar Melayu tradisional daerah Kinta di Perak. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Anderson di Ipoh sebelum memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaya. Mohamed Eusoff telah dilantik sebagai Dato' Panglima Kinta Perak pada tahun 1951. Beliau juga merupakan ahli Majlis Negeri Perak 1952 dan Majlis Negeri Perak 1955 Beliau juga memegang jawatan di Lembaga Bandaran Ipoh (1953), Presiden All-Malaya Muslim Missionary Society, Persatuan Bulan Sabit Merah Ipoh (1955), dan juga Presiden Perak Amateur Athletic Association. Beliau juga menjadi Jaksa Pendamai di Perak pada tahun 1948 dan di Selangor pada tahun 1952[3].

Sumbangan Dato Eusoff paling ketara adalah dalam bidang pendidikan dan penubuhan Universiti Malaya di Singapura. Beliau satu-satunya ahli dari orang Melayu dalam Suruhanjaya Carr-Saunders di 'Universiti Pendidikan di Tanah Melayu' Mac 1947. Beliau turut menyelia penubuhan sebuah universiti di Singapura. Beliau menjadi ahli Mahkamah Universiti Malaya[4] (1949) dan kemudiannya dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang pada tahun 1951. Pada tahun 1953, Dato Eusoff menjadi Pengerusi Majlis Universiti dan pada tahun 1954 menjadi Pro- Canselor Universiti Malaya.[5] [6]

Pengiktirafan sunting

Dewan Eusoff di Universiti Malaya, Singapura dinamakan sempena nama beliau sebagai mengiktiraf perkhidmatan cemerlang beliau dalam pendidikan termasuk peranan penting beliau dalam Suruhanjaya Carr-Saunders dalam penubuhan universiti. Dewan ini terletak di Kampus Bukit Timah, Singapura.

Meninggal dunia sunting

Mohamed Eusoff meninggal dunia pada 8 Julai 1957 dan dikebumikan di Masjid Pekan Baru, Ipoh[7].

Rujukan sunting

  1. ^ "JULONG KALI ORANG DARAT AHLI MAJLIS UNDANGAN". Berita Harian. 7 Ogos 1957. m/s. 2. Dicapai pada 3 Ogos 2021 – melalui NewspaperSG.
  2. ^ "FEDERAL EXECUTIVE AND LEGISLATIVE COUNCILLORS". Indian Daily Mail. 19 April 1951. m/s. 4. Dicapai pada 4 Ogos 2021 – melalui NewspaperSG.
  3. ^ "—OTHER AWARDS BY RULER". The Straits Times. 25 Julai 1952. m/s. 5. Dicapai pada 3 Ogos 2021 – melalui NewspaperSG.
  4. ^ "VARSITY COURT". Malaya Tribune. 20 Julai 1949. m/s. 2. Dicapai pada 3 Ogos 2021 – melalui NewspaperSG.
  5. ^ "Dato Panglima Kinta Dr Haji Mohamed Eusoff". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-08.
  6. ^ [The Biography of Dato Panglima Kinta Eusoff ,oleh Ragayah Eusoff, ;Petaling Jaya; Pelanduk Publications, 1995.]
  7. ^ "RAMAI MENGIRING JENAZAH". Berita Harian. 9 Julai 1957. m/s. 5. Dicapai pada 4 Ogos 2021 – melalui NewspaperSG.