Mohd Yusof Noor
Tan Sri Dato' Sri Dr. Yusof bin Haji Md Noor (lahir pada tahun 1941 di Besut, Terengganu) merupakan ahli politik Malaysia.
Profesor Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Noor PSM, SSAP, SPMT, DSSA, JMN, PPT, KMN | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Setiu, Terengganu | |
Dalam jawatan 1986–1990 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Tengku Mahmud Tengku Mansor |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | |
Dalam jawatan 1987–1990 | |
Didahului oleh | Abdul Ajib Ahmad |
Digantikan oleh | Abang Abu Bakar Abang Mustapha |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Besut, Terengganu | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Zakaria Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Idris Jusoh |
Menteri Perusahaan Utama | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Lim Keng Yaik |
Digantikan oleh | Lim Keng Yaik |
Pengerusi Lembaga Pengarah TV Alhijrah | |
Dalam jawatan 2009–2016 | |
Didahului oleh | Jawatan baharu |
Digantikan oleh | Ismee Ismail |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohamed Yusof bin Mohamed Noor 1941 (umur 82–83) Besut, Terengganu |
Pendidikan
suntingBeliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Universiti Ain Shams dan Universiti Kaherah di Mesir dan pulang dengan Ijazah Doktor Falsafah. Beliau juga pernah mendapat pendidikan di Strathclyde Business School di Scotland, United Kingdom.
Kerjaya
suntingYusof Noor pernah menjadi guru di beberapa buah sekolah sehingga ke menara gading. Beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1970-1984. Di UKM beliau pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Naib Canselor UKM. Beliau kini menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Politik
suntingBeliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas menjadi ahli parlimen untuk kawasan Setiu dari 1987-1990.
Kemudian dari 1990-1995, selepas menjadi ahli parlimen kawasan Besut, beliau dilantik sebagai Menteri Perusahaan Awam. Di samping itu, beliau juga dilantik menjadi salah satu Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu selama sepenggal dari 1995-1999 di bawah pimpinan Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
Tambahan pula, beliau pernah menjadi pengerusi MARA dan menjadi salah seorang pengasas MRSM Besut.
Di samping itu, beliau pernah menjadi Pengerusi FELDA dari tahun 2003 sehingga 1 Januari 2011[1] dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan.
Beliau juga merupakan Pengerusi di AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) dari tahun 2009 hingga ke 2016.
Khidmat masyarakat
suntingBeliau menjadi Pengerusi Yayasan Ehsan dan Pengerusi Majlis Tilawah Peringkat Kebangsan dan Antarabangsa.
Sebagai bekas ahli akademik, beliau telah menulis buku dan kertas-kertas kerja ilmiah sebagai tanda cinta beliau dalam bidang ilmu.
Beliau turut mengembangkan ilmu falak di Malaysia khususnya melalui Persatuan Falak Syari Malaysia di mana beliau merupakan perasmi kepada majlis penubuhan persatuan ini pada tahun 1986 sekaligus menjadi Penaung pertama PFSM.
Beliau juga bertanggungjawab dalam pembinaan Planetarium Negara dan penubuhan Pusat Cerapan KUSZA, Terengganu.
Anugerah
suntingBersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431H beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan menerima wang tunai RM100,000, sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia.[2]
Jawatan
sunting- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1987–1990)
- Menteri Perusahaan Utama (1990–1995)
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000-2003)
- Pengerusi FELDA (2003–2011)
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Pejabat PM umum lantikan Isa Samad", Malaysiakini.com. 27 Disember 2010.
- ^ "Yusuf Al-Qaradawi, Yusof Noor Tokoh Maal Hijrah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-03. Dicapai pada 2021-08-31.