Mohd Faiz Subri

pemain bola sepak Malaysia

Mohd Faiz Subri, ASK, (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Penang F.C. sebagai pemain tengah atau penyerang. Mohd Faiz merupakan pemain bola sepak pertama dari Benua Asia yang memenangi Anugerah Puskás FIFA 2016 yang mana diumumkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland.

Faiz Subri
Faiz pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Faiz bin Subri[1]
Tarikh lahir (1987-11-08) 8 November 1987 (umur 36)
Tempat lahir Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.69 m (5 ka ​6 12 in)[1]
Posisi permainan Sayap, Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Penang
Nombor 13
Kerjaya remaja
2006–2009 Kedah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009 Tambun Tulang 14 (6)
2010–2011 Perlis 34 (5)
2012 T-Team 26 (9)
2013 Kelantan 15 (2)
2014 Terengganu 9 (1)
2015–2019 Pulau Pinang 73 (16)
2020 Northern Lions 0 (0)
2021 Kuala Kangsar FC 0 (0)
2022– Penang 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Disember 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 June 2016

Kehidupan awal sunting

Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Ayer Hitam, Kedah.[2] Beliau adalah yang ketiga daripada lima adik beradik. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di Kedah, di Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Arau di Perlis.[3]

Kerjaya kelab sunting

Kedah, Tambun Tulang, Perlis, T-Team sunting

Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis.[4] Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.

Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC.[5]

Kelantan, Terengganu sunting

Pada 2013, Faiz menandatangani kontrak setahun dengan Kelantan FA bersama-sama bekas rakan sepasukannya Zairo Anuar, di mana dia menjaringkan satu gol menentang kelab bola sepak VietnamSHB Đà Nẵng dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC 2013. Faiz berjaya membuat 28 penampilan dan 5 gol untuk Kelantan sebelum pemergiannya pada penghujung musim 2013.

Pada 2014, Faiz menandatangani kontrak selama setahun dengan Terengganu FA. Beliau berjaya membuat 14 penampilan dan 1 gol sepanjang musim bersama Terengganu FA.

Pulau Pinang sunting

Selepas memendekkan tempohnya bersama Terengganu FA, Faiz menandatangani kontrak dengan Pulau Pinang FA bersama-sama rakan Terengganu FAnya Mazlizam Mohamad.[6] Beliau membantu Pulau Pinang FA mendapat tempat kedua dalam saingan Liga Premier Malaysia 2015 dan seterusnya pasukan itu dinaikkan pangkat ke Liga Super Malaysia 2016.

Pada 16 Februari 2016, Faiz menjaringkan gol sepakan percuma yang luar biasa dalam kemenangan 4–1 ke atas Pahang FA di Stadium Bandaraya di George Town. Video sepakan percumanya tidak lama kemudian menjadi tular di media sosial, dan dia telah dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk Anugerah Puskás FIFA lewat tahun itu.

Pada 2017, Faiz telah dianugerahkan Anugerah Puskás FIFA untuk gol sepakan percuma itu, menjadi orang Asia pertama yang memenangi anugerah antarabangsa untuk gol terbaik tahun ini.

Kuala Kangsar sunting

Pada Mac 2021, Faiz menyertai Kuala Kangsar FC.[7]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada tahun 2012 dan 2013, Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagopal. Walaupun dipanggil, beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan. Pada Ogos 2015, beliau kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh. Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA.[8]

Gol sepakan percuma sunting

Pada 16 Februari 2016, semasa perlawanan Liga Super Malaysia 2016 antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang, Faiz menjaringkan gol sepakan percuma yang luar biasa yang kemudian menjadi tular di media sosial kerana 'penerbangan menentang fizik'.[9][10] Sepakan percuma yang diambilnya digambarkan sebagai 'berpusing begitu hebat sehingga penjaga gawang... tidak berpeluang'.[11]

Gol sepakan percuma yang dijaringkannya telah dicalonkan untuk Anugerah Puskás FIFA pada tahun itu oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.[12] Pencalonan itu diterima oleh FIFA, dan Faiz kemudian berjaya sampai ke senarai pendek 3 teratas FIFA untuk Anugerah Puskás, mengalahkan bintang profesional lain seperti Lionel Messi dan Neymar.

Pada 9 Januari 2017, Faiz dianugerahkan Anugerah Puskás FIFA semasa The Best FIFA Football Awards di Zurich, Switzerland. Beliau memperoleh hampir 60% undi dalam talian, sementara Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.[13] Faiz Subri menjadi pemain terbaru yang mendapat anugerah ini selepas Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimović (2013), James Rodríguez (2014) dan Wendell Lira (2015).

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 28 Oktober 2017[14][15]
Kelab Musim Liga Piala FA Piala Malaysia Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Tambun Tulang 2009 14 6 14 6
Perlis 2010 13 2 1 0 8 3 22 5
Perlis 2011 21 3 1 0 22 3
T–Team 2012 26 9 4 1 6 1 36 11
Kelantan 2013 15 2 3 2 6 0 4 1 28 5
Terengganu 2014 9 1 0 0 5 0 14 1
Penang 2015 21 9 2 1 23 10
Penang 2016 16 2 1 0 17 2
Penang 2017 20 2 2 0 22 2
Jumlah kerjaya 155 36 14 4 25 4 4 1 198 45

Penghormatan sunting

Kelantan

Penang

Individu

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Faiz Subri Profile". Football Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  2. ^ Mohd. Firdaus Ismail (19 Februari 2016). "Faiz idam sarung jersi Harimau Malaysia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 21 Disember 2016.
  3. ^ Mohamed Basyir (20 Februari 2016). "Wonder' goal striker Faiz finally on target" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2016. Dicapai pada 4 Disember 2016.
  4. ^ Sentuhan Faiz jadi rebutan Diarkibkan 2012-09-28 di Wayback Machine, Harian Metro.
  5. ^ Terengganu T-Team sign striker Simukonda for Super League Diarkibkan 2012-01-09 di Wayback Machine, The Star.
  6. ^ Muhammad Dayne Azmin (5 November 2014). "Faiz Subri, Mazlizam sah milik Pulau Pinang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2016. Dicapai pada 4 Disember 2016.
  7. ^ "Faiz Subri sertai Kuala Kangsar FC". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2021. Dicapai pada 6 Mac 2021.
  8. ^ Subkhi Sudarji (4 Disember 2016). "Faiz pendekkan percutian bersama keluarga". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2016. Dicapai pada 27 Ogos 2015.
  9. ^ Tharanya Arumugam (17 Februari 2016). "Penang striker's 'physics-defying' goal now famous worldwide [VIDEO]" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  10. ^ Simon Rice (17 Februari 2016). "Outrageous free-kick scored in Malaysian Super League an early contender for 2016 Puskas Award" (dalam bahasa Inggeris). The Independent. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  11. ^ FIFA.com. "The Best FIFA Football Awards 2016 - Puskás Award - FIFA.com". FIFA.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-17. Dicapai pada 10 Januari 2017.
  12. ^ "FAM Sends Note To FIFA To Nominate Faiz Subri's Wonder Goal For 2016 Puskas Award". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Digest. 23 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-22. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  13. ^ Bedi, Rashvinjeet S. "Penang footballer Faiz Subri wins Puskas Award" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 10 Januari 2017.
  14. ^ Lihat Piala Malaysia 2011.
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-03. Dicapai pada 2018-06-24.
  16. ^ Teks ucapan penuh Faiz Subri di Majlis FIFA Best Award
  17. ^ Faiz Subri terima ASK daripada Sultan Kedah

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting