Datuk Monggoh Orow (17 Januari 1946 – 22 Disember 2019)[1][2] merupakan seorang ahli politik dan atlet Malaysia. Beliau ialah bekas ahli parlimen Tuaran, Sabah dari 1990 hingga 1995.[3]


Monggoh Orow

Ahli Parlimen Dewan Rakyat untuk Tuaran
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehKalakau Untol
Digantikan olehYunof Edward Maringking
Majoriti7,174
Butiran peribadi
Lahir(1946-01-17)17 Januari 1946
Tuaran, Borneo Utara (kini Sabah)
Meninggal dunia22 Disember 2019(2019-12-22) (umur 73)
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Malayaia
Parti politik
PasanganZoy Orow (k. 1970; m. 2019)
Anak-anak2
HubunganAfdlin Shauki (menantu)
Alma materUniversiti James Cook

Kerjaya sunting

Dari 1990 hingga 1995, Monggoh memegang jawatan sebagai ahli parlimen Dewan Rakyat selama sepenggal di Tuaran. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud Sabah, selain aktif sebagai ahli Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).[4][5] Selain itu, beliau pernah memegang jawatan termasuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Presiden Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK).[6]

Dalam pertubuhan pelestarian bahasa Dusun Lotud pula, Monggoh bergiat sepenuh masa membuat penyelidikan dan pendokumentasian bahasa ibundanya sehingga berjaya menerbitkan Hatod Suang Lotud dalam bentuk kamus.[4] Selain memegang jawatan dalam kerajaan, Monggoh juga ialah penaung Kelab Atletik Tuaran dan presiden Persatuan Atletik Amatur Sabah.[7] Beliau juga pernah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS).[7]

Selain sebagai ahli politik, Monggoh juga bergiat aktif dalam sukan apabila beliau memecahkan rekod dalam rintangan 400m, menewaskan Mansor Diman pada 1987.[7][8]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Rakyat[9]
Tahun Kawasan Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
1990 P137 Tuaran Monggoh Orow (PBS) 12,065 71.15% Ubing Pangiran @ David (AKAR) 4,891 28.85% 16,956 7,174 62.38%
1995 P149 Tuaran Yunof Edward Maringking (PBS) 12,912 55.53% Monggoh Orow (BN) 10,342 44.47% 23,254 2,570 72.73%

Kehidupan peribadi sunting

Monggoh ialah bekas graduan Universiti James Cook, Australia.[8] Beliau berkahwin dengan Zoy Orow yang berbangsa Yunani pada 1970 dan dikurniakan dua anak.[4][8] Anak perempuannya, Christina berkahwin dengan pelakon Afdlin Shauki.[7]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Queen Elizabeth I pada 22 Disember 2019 pada usia 73 tahun.[4][7][10] Monggoh sebelum ini juga turut menghidapi pelbagai komplikasi penyakit. Jasad mendiang dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tagai, Tuaran untuk tujuan upacara penghiburan lalu dibawa ke Pusat Pengurusan Jenazah Yayasan Khairat Kematian Fook Lu Siew di Likas, Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir serta pembakaran mayat pada 24 Disember.[11]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Monggoh Orow meninggal dunia". Borneo Today. 22 Disember 2019. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  2. ^ "Bekas Ahli Parlimen Tuaran Monggoh Orow meninggal dunia". One News. 23 Disember 2019. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  3. ^ "Former Tuaran MP Monggoh Orow dies at 73" [Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Monggow Orow meninggal dunia pada usia 73 tahun] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 23 Disember 2019. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  4. ^ a b c d "Bekas MP Tuaran Monggow Orow meninggal dunia". Malaysiakini. 23 Disember 2019. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  5. ^ "Bekas MP Tuaran, 156 orang lagu sertai UPKO". Berita Harian. 16 Disember 2016. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  6. ^ Nancy Lai (23 Disember 2019). "Monggoh's leadsrship will always be remembered - Madius" [Kepimpinan Monggoh akan sentiasa dikenang - Madius] (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  7. ^ a b c d e Avila Geraldine (24 Disember 2019). "We will miss you, Monggoh Orow" [Kami akan merinduimu, Monggoh Orow] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-24. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  8. ^ a b c Avila Geraldine (23 Disember 2019). "Monggoh Orow: A towering figure in politics and sports" [Monggoh Orow: Tokoh terkemuka dalam politik dan sukan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-24. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.
  10. ^ "Former Tuaran MP Monggoh Orow passes away" [Bekas Ahli Parlimen Tuaran Monggoh Orow meninggal dunia] (dalam bahasa Inggeris). Daily Express. 23 Disember 2019. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  11. ^ "Bekas Ahli Parlimen Tuaran meninggal dunia". Berita Harian. 23 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-24. Dicapai pada 26 Januari 2020.