Pembunuhan beramai-ramai di Munich

Jam 4.00 pagi, 5 September 1972 , 8 ahli kumpulan Black September menyerbu perkampungan atlet Israel di Munich , Jerman dan membunuh 11 atlet Israel.

Esoknya 6 September 1972 Sukan Olimpik dimulakan. Rusia johan dengan memenangi 50 emas dan kedua Amerika dengan 33 emas.

Perkampungan atlet Israel

sunting

Asrama atlet Israel itu bersebelahan dengan atlet Hong Kong dan Uruguay . Asrama itu terletak di bandaraya Furstenfeldburch. Perkampungan Olimpiade , Apartmen Connolystrasse, Blok 31 Munchen.

Tuntutan

sunting

Dalam surat berbahasa Inggeris, Black September menuntut :

  1. Pembebasan 234 pejuang yang ditahan regim tentera Israel. Senarai nama 234 pejuang turut disertakan.
  2. Pembebasan ahli kumpulan Baader-Meinhof, Ulrike Meinhof dan Andreas Baader yang telah ditangkap pada bulan Julai 1972 oleh polis Jerman.
  3. Sediakan 3 pesawat untuk membawa mereka ke 'tempat yang aman' iaitu Cairo, Mesir.
  4. Setelah tuntutan dipenuhi pada jam 9.00 pagi Jerman, barulah para atlet Israel dilepaskan. Jika tidak atlet Israel akan ditembak satu persatu.

Menteri Bavaria yang juga pengerusi Perkampungan Olimpiade menawarkan diri sebagai ganti tetapi tawaran ditolak. Cancelor Jerman Barat Willy Brandt menghubungi Perdana Menteri Israel Golda Meir melalui telefon. Israel enggan memenuhi tuntutan tersebut. Jerman sendiri sedia membebaskan Baader-Meinhof, Ulrike Meinhof dan Andreas Baader.

Akhirnya 8 ahli Black September dan 8 tawanan di bawa dengan bas Volkswagen ke lapangan terbang Furstenfeldbruck menuju Jet 727 yang menunggu. Helikopter diletupkan oleh Black September dan membunuh semua atlet Israel.

Mula Serangan

sunting

Jam 4.00 pagi, 8 ahli kumpulan Black September memanjat pagar setinggi 1.8 meter di Kusoczinskidamm , hanya 500 meter dari asrama atlet Israel. Antara atlet tersebut ialah :

  1. Yossef Gurfreund (wasit gulat)
  2. Tuvia Sokolovsky - atlet angkat berat
  3. Amutzur Shapira - atlet olahraga
  4. Andre Spitzer - (pemain anggar)
  5. Kehat Shorr - atlet tembak
  6. Yacov Springer - wasit angkat besi
  7. Elieszer Halfin
  8. Mark Slavin
  9. Gad Zobari
  10. David Mark Berger
  11. Zeev Fredman
  12. Yossef Romani
  13. Moshe Weinberger


Sasaran

sunting

Berikutan tindakan Black September di [[Sukan Olimpik 1972 , Jerman, agensi perisikan Israel MOSSAD telah mengatur tindakan balas. Senarai nama orang Palestin terutama di peringkat antarabangsa diedarkan dan mesti dibunuh :

  1. Wael Zwaiter - Saudara sepupu Yasser Arafat ditembak mati di lobi apartmen di Rom, Itali pada Oktober 1972.
  2. Dr Mahmoud Hanshari - Wakil PLO. Penyelaras pembunuhan di Munchen ,Jerman. Beliau ditembak di Paris, Perancis pada November 1972. Beliau luka parah kerana ledakan bom yang dipasang pada telefonnya.
  3. Hussein Abad al Chir - Penghubung antara PLO dengan KGB di Cyprus.Beliau mati akibat ledakan bom di hotelnya di Nicosia,Cyprus.
  4. Dr Basil Al Khubaisi - pengatur logistik dan senjata untuk Front Nasional Pembebasan Palestin. Mati ditembak di sebatang jalan di Paris pada April 1973
  5. Kamal Nasser - Jurucakap PLO. Tidak merahsiakan hubungannnya dengan pengganas. Kamal Nasseer, Mahmoud Yussuff Najjer dan Kemal Adwan dibunuh di apartmennya di Beirut, Lubnan pada april 1973
  6. Mahmoud Yussuf Najjer - dikenali sebagai Abu Yussuf.Salah seorang pemimpin gerakan al Fatah
  7. Kemal Adwan - Melakukan sabotaj di wilayah Israel atas nama al Fatah
  8. Zaid Muchassi mati akibat ledakan bom di hotelnya di Athen, Greek pada April 1973. Temannya yang juga seorang agen KGB tertembak di luar hotel.
  9. Mohammed Boudia - playboy tampan , mempunyai hubungan dengan beberapa pemimpin PLO di Eropah. Mati kerana keretanya di pasang bom di Paris pada Julai 1973.
  1. Januari 1974 Tiga pemuda Arab bersenjata tak dikenali ditembak mati di sebuah gereja dekat Glarus , Switzerland.
  2. Ogos 1974 Wanita bernama 'Jeannette' ditembak mati di rumah kapalnya dekat kota Hoorn , Belanda.
  3. September 1974 Seorang pemuda Arab bersenjata ditembak mati di sebuah kebun di Tarifa, Sepanyol.

Sasaran lain

sunting
  1. Dr George Habash
  2. Ali Hassan Salameh - perancang pembunuhan di Sukan Olimpik 1972
  3. Dr Wadi Haddad - Orang nombor dua selepas Dr George Habash. Mempunyai perancangan pengganas.
  4. Abu Daoud - Pakar peledak. Pengas September 5. Perancang peristiwa di Munchen

Kitab Keluaran 21:23-25

sunting
Tetapi jika perempuan itu mendapat kecelakan yang membawa maut, maka engkau harus memberikan nyawa ganti nyawa, mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, kaki ganti kaki, lecur ganti lecur, luka ganti luka, bengkak ganti bengkak.

Bilangan 35:16-19

sunting
Tetapi jika ia membunuh orang itu dengan besi, sehingga orang itu mati , maka ia seorang pembunuh ; pastilah pembunuh itu dibunuh.
Dan jika ia membunuh orang itu dengan batu di tangan yang mungkin menyebabkan matinya seseorang , sehingga orang itu mati, maka ia seorang pembunuh ; pastilah pembunuh itu dibunuh.
......Penuntut Darahlah yang harus membunuh pembunuh itu ; pada waktu bertemu dengan dia, ia harus membunuhnya.
  • 'Penuntut darah' atau Goel dalam bahasa Ibrani bermaksud seorang atau sekelompok orang mempunyai hak mencabut nyawa seseorang yang telah membunuh saudara atau sebangsa dengannya. Ini merupakan tradisi lama yang dihidupkan kembali pada 1950-an. Agen Rahsia Israel ditugaskan membunuh tokoh-tokoh teroris antarabangsa.

Rujukan

sunting
  • George Jonas 'Penuntut Darah' Penerbit PT Laras Widya Pustaka , Jakarta, 1986.