Buka menu utama

Perakuan hak (bahasa Inggeris: Bill of Rights) ialah senarai hak yang dianggap penting dan perlu bagi sekumpulan manusia. Tujuannya adalah untuk melindungi hak tersebut daripada pelanggaran oleh kerajaan dan orang lain. Istilah "perakuan hak" berasal dari Britain, dan merujuk kepada fakta bahawa Perakuan Hak Inggeris sebenarnya merupakan rang undang-undang, iaitu cadangan undang-undang, yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1689. Oleh itu, ia sebenarnya hanya merupakan rang undang-undang hak istimewa sementara. Supaya dapat berkesan, perisytiharan hak memerlukan penguatkuasaan dan sokongan yang wajar.

Perisytiharan hak yang telah berakar berumbi merupakan sebuah suratcara undang-undang yang wujud secara berasingan di luar bidang kuasa badan perundangan sesebuah negara. Bagi banyak kerajaan berperlembagaan, sebuah perisytiharan hak yang diiktiraf oleh kerajaan pada dasarnya memiliki lebih banyak kuasa, berbanding dengan kuasa badan perundangan. Sebaliknya, perisytiharan hak yang tidak berakar berumbi boleh dilemahkan oleh akta-akta kemudian yang diluluskan oleh badan perundangan. Di samping itu, ia juga tidak memerlukan kebenaran melalui undi suka ramai untuk mengubahnya. Oleh sebab itu, perisytiharan hak yang tidak berakar berumbi boleh diubah, ia merupakan pertahanan yang lemah terhadap sebuah badan perundangan yang korup atau zalim.

Perisytiharan hak statutori yang telah berakar berumbi wujud sebagai sebuah akta berasingan yang diluluskan oleh badan perundangan. Oleh sebab itu, ia boleh diubah atau dimansuhkan oleh badan yang menggubalnya. Justera itu, perisytiharan hak statutori tidak sebegitu kekal apabila dibandingkan dengan perisytiharan hak perlembagaan yang memerlukan undi suka ramai untuk mengubahnya.

Dalam bidang-bidang kuasa yang lain, takrif hak boleh bersifat statutori. Dengan kata yang lain, ia boleh dimansuhkan sebagaimana dengan undang-undang yang lain, dan tidak semestinya bersifat lebih penting daripada undang-undang yang lain. Bukan semua bidang kuasa menguatkuasakan perlindungan hak yang tersenarai dalam perisytiharan hak.

Australia ialah satu-satunya negara Barat yang tidak mempunyai sebarang perisytiharan hak, baik berperlembagaan mahupun perundangan, walaupun perdebatan tentang penggubalannya kini sedang berlangsung di banyak negerinya.[1]

Perakuan hak yang pentingSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Amnesty International Australia Bill of Rights - Act now for Australia". Amnesty International Australia. Dicapai 2007-11-07.