Buka menu utama

Permohonan Melindungi LamanSunting

Saya ingin memohon agar saudara melindungi laman secara autoconfirmed dan tiada had tarikh tamat tempoh bagi senarai di bawah:

Sekian, terima kasih. Irfanshaharuddin (bincang) 05:03, 20 Disember 2012 (UTC)

Pemadaman Laman "Amelia Thripura Henderson"Sunting

Saya berasa amat kesal kerana usaha dalam mewujudkan laman "Amelia Thripura Henderson" telah dipadamkan begitu sahaja. Anda sepatutnya membincangkan perkara tersebut dengan saya terlebih dahulu sebelum memadamkannya. Anda sepatutnya faham bahawa ketika saya mewujudkan laman tersebut, saya tidak dapat menguasai sepenuhnya perletakan rujukan. Tetapi, sebelum mewujudkan laman tersebut, saya ada menghubungi beliau dan mengambil rujukan mengenainya di majalah. Apabila saya membiasakan diri dalam mewujudkan artikel, sedikit sebanyak saya sudah faham mengenai perletakan rujukan. Mengenai laman ini, mungkin saya tersalah pandang dalam meletakkan rujukan. Saya tahu bahawa anda mempunyai kuasa sebagai penyelia dan berhak dalam menentukan samada artikel itu layak atau tidak. Saya juga ingin mengingatkan saudara bahawa jangan membuat pertimbangan sendiri.

Anda sepatutnya meletakkan tag pemadaman terlebih dahulu kerana masih ada peluang untuk dibincangkan bersama. Saya juga terpaksa mencari semula bahan mengenainya dan perkara itu sedikit sebanyak membuang masa saya yang sepatutnya dihabiskan untuk artikel lain. Anda juga ada mengatakan bahawa kandungan itu tidak bermakna. Tanggapan itu salah kerana beliau pernah menjadi liputan media melalui penglibatannya dalam rancangan The English Room. Anda juga sepatutnya menaip namanya dalam Google untuk memastikan bahawa beliau adalah seorang pelakon ataupun orang biasa yang tidak mendapat liputan media. Perkara ini juga amat menjatuhkan semangat saya dalam menyunting kerana adanya orang yang memadamkan suntingan saya tanpa membincangkannya terlebih dahulu. Selepas ini, jika ada artikel ciptaan saya yang tidak relevan bagi anda, sila bincangkannya terlebih dahulu. Saya sedia untuk menerima sebarang kritikan dan saranan. Saya rasa, anda sebagai seorang penyelia, seharusnya peka dalam menjaga kebajikan penyunting bawahan seperti saya yang tidak mempunyai jawatan penting. Saya juga ingin memohon maaf jika kata-kata saya ini menghiris perasaan anda. Saya sekadar menyatakan pandangan dan luahan isi hati. Jika anda tidak dapat menerimanya, terpulanglah kepada anda. Irfanshaharuddin (bincang) 13:03, 5 Januari 2013 (UTC)

Kembali ke laman pengguna "Yosri/Archive20".