Pesanan khidmat masyarakat

Pesanan khidmat masyarakat atau pesanan khidmat awam (bahasa Inggeris: Public service anouncement; PSA) ialah mesej untuk kepentingan awam yang disebarkan oleh media tanpa bayaran untuk meningkatkan kesedaran awam dan mengubah tingkah laku. Di UK, mereka biasanya dipanggil 'filem maklumat awam' (PIF); di Hong Kong, ia dikenali sebagai 'pengumuman demi kepentingan awam' ('API').[perlu rujukan]

Sejarah sunting

Di Malaysia sunting

Filem Negara Malaysia (FNM) menjadi perintis awal iklan pesanan khidmat masyarakat (PSA) sejak penubuhannya pada tahun 1946. PSA yang diterbitkan oleh FNM mempunyai topik tertentu seperti demam denggipenagihan dadahpencemaran alam sekitarkeselamatan jalan raya dan penggunaan elektrik. Agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan telah menerbitkan PSA untuk mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat mereka yang diadakan setiap tahun sejak 1991, dengan logo "Utamakan Kesihatan" muncul di penghujung iklan mereka, terutamanya PSA mengenai AIDS.

PSA mengenai keselamatan jalan raya telah diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan, terutamanya mengenai kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar juga menerbitkan PSA yang memfokuskan kepada pencemaran alam sekitar, seperti "Hentikan Pencemaran" (dibintangi oleh Zami Ismail). Kebanyakan iklan PSA ini disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Pendidikan antara 1990-an dan 2000-an. Rangkaian TV swasta seperti TV3 juga telah menerbitkan iklan PSA dalaman, seperti tidak memuat turun kandungan cetak rompak, yang menampilkan pelakon, Janna Nick; dan keganasan rumah tangga yang menampilkan pelakon, Eyra Hazali.

Pautan luar sunting