Belatuk

(Dilencongkan daripada Picidae)

Belatuk (Jawi: بلاتوق)[1] atau pelatuk (Jawi: ڤلاتوق‎)[2] ialah jenis burung dalam keluarga Picidae iaitu salah satu cabang dari order Piciformes. Burung-burung ini dalam keluarga tersebut berkongsi ciri-ciri sama terutamanya cara mendapatkan makanan atau membuat sarang dengan mematuk pada dahan atau batang pokok dengan laju berulang-ulang kali menggunakan paruh;[3] tabiat inilah memberi nama kepada burung-burung sejenisnya (pelatuk atau varian belatuk wujud hasil pengimbuhan sisipan <el> dalam kata kerja patuk).[4]

Burung Belatuk
Belatuk Hispaniolan

Mengenai audio iniBunyi burung belatuk 

Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Picidae

Vigors, 1825
Subfamili

Jynginae - wrynecks
Nesoctitinae - Antillean Piculet
Picinae - woodpeckers
Picumninae - typical piculets

Burung-burung disebut ini didapati di hutan-hutan hujan dan kayu serata dunia kecuali di Australia, New Guinea, New Zealand dan Madagaskar. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat 25 jenis spesies burung belatuk.[5][3]

Ciri-ciri umum

sunting

Anatomi

sunting

Belatuk datang dalam pelbagai jenis saiz dari sekecil 7 sm lebih kecil daripada pipit dengan berat timbangan 7 gram sehingga sebesar 50 sm menghampiri punai. Belatuk kelabu merupakan burung terbesar dari jenis belatuk ini dengan berat 360–563 gram.[6]

Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Jantina spesies belatuk sering dibezakan melalui warna bulu pelepah di mana belatuk jantan jauh berwarna terang dan berwarna-warni. daripada belatuk betina.[3]

Tabiat

sunting

Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok untuk mencari makanan ulat dan serangga ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh.

Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah.[5][3]

Pembiakan

sunting

Burung belatuk membiak dengan bertelur di dalam lubang batang pokok. Telur belatuk bercangkerang keras.Telur belatuk tidak mudah retak.

Spesies

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "belatuk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. "belatuk". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. 3rd). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ Sebagai perbandingan:
    • "pelatuk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "pelatuk". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. 3rd). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ a b c d Madoc, 1976
  4. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen. "*pa(n)tuk₂ to knock, strike against". Austronesian Comparative Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 November 2017.
  5. ^ a b Tweedie, 1960, 1970
  6. ^ Winkler, Hans & Christie, David A. (2002), "Family Picidae (Woodpeckers)" in del Hoyo, J.; Elliot, A. & Sargatal, J. (editors). (2002). Handbook of the Birds of the World. Volume 7: Jacamars to Woodpeckers. Lynx Edicions. ISBN 978-84-87334-37-5

Sumber utama

sunting
  • Madoc, G.C. (1976). An Introduction to Malayan Birds. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.
  • Tweedie, M.W.F. (1960). Common Malayan Birds (1 ed). (1970) Common Birds of the Malay Peninsula (2 ed.) Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-69450-7.

Pautan luar

sunting