Pinus ialah suatu genus tumbuhan konifer[1] dalam keluarga Pinaceae merangkumi 126 jenis pokok[2] digolongkan dalam nama umum tusam, pain (dari bahasa Inggeris: pine) atau sanubar (serapan Bahasa Arab: صَنَوْبَر, translit. ṣanawbar melalui bahasa Parsi).[3] Pokok-pokok dalam keluarga ini bertaburan banyak di Hemisfera Utara terutamanya kawasan pergunungan bertanah baik;[4] ada satu jenis pokok pinus yang didapati di kawasan beriklim tropika pulau Sumatera (Pinus merkusii) pada latitud 2°S dari Khatulistiwa.[5]

Tusam
Pain
Sanubar
Pinus densiflora Kumgangsan.jpg
Tusam merah Korea (Pinus densiflora), Korea Utara
Pengelasan saintifik
Alam:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Spesies jenis
Pinus sylvestris
Subgenus

See List of Pinus species for complete taxonomy to species level. See list of pines by region for list of species by geographic distribution.

Pinus range.png
Taburan pokok-pokok Pinus sedunia

CiriSunting

Pokok-pokok tusam atau pinus ini jenis malar hijau yang mampu menumbuh setinggi 3 hingga 80 meter puratanya; banyak spesies tusam mampu mencecah ketinggian 15 hingga 45 meter.[6] Batang kayu pokok-pokok ini cenderung berkulit tebal dan bersisik namun ada jenis yang berkulit nipis juga.[7]

Pokok tusam hidup lama mencecah selama 100 hingga 1,000 tahun atau lebih. Pokok yang diukur paling tua pernah ditemukan di kaki Gunung Wheeler barat Nevada, Amerika Syarikat berusia 4,900 tahun yang ditumbangkan secara tidak disedari dalam suatu kerja penyelidikan iklim setempat pada tahun 1964.[8][9] Spesies yang masih hidup pada hari ini didapati di Pergunungan Putih tenggara California dengan nama "Methuselah" berusia setua 4,600 tahun.[10]

KegunaanSunting

Dalam perkakasanSunting

Kayu pinus merupakan antara jenis kayu yang paling direbutkan secara komersil dalam pembuatan perabot dan kertas serata dunia.[11][12]

Daun-daun pokok mempunyai pelbagai guna: pucuknya boleh digantung sebagai hiasan[13] manakala dedaunnya boleh dianyam menjadi bakul atau bekas.[14]

Sebagai sumber makananSunting

Biji keras yang didapatkan dari buah pokok dapat dipergunakan dalam pelbagai jenis masakan terutamanya sebagai ramuan pesto serta di Timur Tengah seperti kibbeh, sambusak, baklava dan sebagainya.

Daun-daun tusam muda boleh diseduh dan diminum airnya seakan teh dalam kalangan orang Nordik dan Asia Timur,[15][16] ia turut dijadikan bahan membuat arak khas di rantau Asia disebut.[16]

Umbut teras batang pokok pinus boleh dimakan mentah atau dikisar menjadi tepung yang boleh dibuat roti atau pemekat kuah sup.[15]

PerubatanSunting

Para tabib Cina menggunakan getah pokok tusam untuk merawat luka kebakaran dan masalah kulit lain.[17]

RujukanSunting

  1. ^ Sunset Western Garden Book. 1995. m/s. 606–607. ISBN 978-0-376-03851-7.
  2. ^ "The Plant List Version 1.1". Dicapai pada 15 December 2015.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "sanubar". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 386 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ "Pine Trees". Basic Biology (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-31.
  5. ^ "Pinus merkusii / Sumatran pine". Conifer Species (dalam bahasa Inggeris). American Conifer Society. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
  6. ^ Fattig P (2011-01-23). "Tallest of the tall". Mail Tribune. Medford, Oregon. Archived from the original on 2012-09-23. Retrieved 2020-04-20.
  7. ^ V.I. Porter. (2018). Mystique Melodies. Dorrance Publishing.
  8. ^ "Follow-up: More tales of the Prometheus tree and how it died". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 2015-02-28. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  9. ^ Eveleth, Rose. "How One Man Accidentally Killed the Oldest Tree Ever". Smithsonian Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  10. ^ Ryan M, Richardson DM (December 1999). "The Complete Pine". BioScience. 49 (12): 1023–1024. doi:10.2307/1313736. JSTOR 1313736.
  11. ^ "Choosing a Timber Species - Timber Frame HQ". Timber Frame HQ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-04.
  12. ^ "Trees for pulp" (PDF). Paper.org.
  13. ^ "5 Ways to Decorate with Pine Boughs". Home Decorating Trends - Homedit (dalam bahasa Inggeris). 2012-12-04. Dicapai pada 2018-01-04.
  14. ^ McAfee MJ (1911). The pine-needle basket book. The Library of Congress. New York : Pine-Needle Pub. Co.
  15. ^ a b Angier, Bradford (1974). Field Guide to Edible Wild Plants. Harrisburg, PA: Stackpole Books. m/s. 166–167. ISBN 0-8117-0616-8. OCLC 799792.
  16. ^ a b Zeng WC, Jia LR, Zhang Y, Cen JQ, Chen X, Gao H, Feng S, Huang YN (March 2011). "Antibrowning and antimicrobial activities of the water-soluble extract from pine needles of Cedrus deodara". Journal of Food Science. 76 (2): C318–23. doi:10.1111/j.1750-3841.2010.02023.x. PMID 21535752.
  17. ^ Ulukanli Z, Karabörklü S, Bozok F, Ates B, Erdogan S, Cenet M, Karaaslan MG (December 2014). "Chemical composition, antimicrobial, insecticidal, phytotoxic and antioxidant activities of Mediterranean Pinus brutia and Pinus pinea resin essential oils". Chinese Journal of Natural Medicines. 12 (12): 901–10. doi:10.1016/s1875-5364(14)60133-3. PMID 25556061.