Pisang kaki
Pisang kaki (Jawi: ڤيسڠ کاکي) dengan nama lainnya kesmak atau kesemak[1] ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa"[2]. Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra jingga kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu.[3] Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".
Pisang Kaki | |
---|---|
![]() | |
Buah pisang kaki Amerika | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies | |
Nama "pisang kaki" berasal dari perkataan kaki (柿) dalam bahasa Jepun.
Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit.
Spesies terpilihSunting
- Pisang Kaki Hitam (Diospyros digyna): berasal dari Mexico. Buahnya berkulit hijau, berisi putih tetapi bertukar hitam apabila masak.
- Mabolo (Diospyros discolor): berasal dari Filipina dan China. Buahnya berwarna merah apabila masak.
- Pisang Kaki Jepun (Diospyros kaki): berasal dari China; penanamannya tersebar ke seluruh dunia dan terbahagi kepada pelbagai baka, cth: 'Hachiya' di Jepun; 'Sharon Fruit' di Israel yang cepat dimasakkan melalui kimia.[4]
- Khormaloo (Diospyros lotus): berasal dari Asia Barat Daya dan Eropah Tenggara. Nama "Khormaloo" dalam bahasa Parsi ialah gabungan perkataan untuk "kurma" dan "plum".
- Pisang Kaki Amerika (Diospyros virginiana): berasal dari Amerika Syarikat. Lebih kaya dengan khasiat seperti vitamin C dan kalsium berbanding Pisang Kaki Jepun.[5][6]
RujukanSunting
- ^ "Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Dicapai pada 2011-3-2. Periksa date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Persimmons: Fruit of the Gods Retrieved on 2009-01-17.
- ^ Carley Petersen and Annabelle Martin. "General Crop Information: Persimmon". University of Hawaii, Extension Entomology & UH-CTAHR Integrated Pest Management Program. Dicapai pada 2007-01-15.
- ^ "Persimmon Fruit Facts". California Rare Fruit Growers, Inc.,. Dicapai pada 2007-01-15.Selenggaraan CS1: tanda baca ekstra (link)
- ^ "Nutrition Facts Comparison Tool". Healthaliciousness.com. 2008. Dicapai pada 2008-12-03.
- ^ "Health Benefits Of Persimmon". Stylecraze.com. 2013.