Datuk Punch Gunalan (4 Februari 1944 – 15 Ogos 2012)[1] ialah bekas pemain badminton Malaysia yang dikenang sebagai tokoh legenda badminton negara. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban bersama dengan Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan Baba - Naib Cancelor UPM. Beliau mengambil peperiksaan HSC pada tahun 1963 dan belajar di Kolej Teknologi Brighton, Sussex, England dalam jurusan kejuruteraan mekanikal (1964-1967).[2]

Datuk
Punch Gunalan
Maklumat peribadi
Lahir (1944-02-04) 4 Februari 1944 (umur 76)
Sepang, Selangor, Malaya British (kini Malaysia)
Meninggal14 Ogos 2012(2012-08-14) (umur 68)
Petaling Jaya, Selangor
Negara Malaysia
Cakat tanganKanan
Perseorangan Lelaki

Kerjaya badmintonSunting

Beliau menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963). Juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.[3]

Gunalan mewakili skuad Malaysia ke Piala Thomas 1970 dan sekali lagi pada 1973. Beliau memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.

Pada tahun 1974, beliau mendapat kejayaan cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.[4]

Gunalan berpasangan dengan Ng Boon Bee dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 1971 dan menjadi juara. Pada tahun 1974, beliau ditewaskan oleh Rudi Hartono dalam acara beregu perseorangan.[5]

JurulatihSunting

Selepas berhenti menjadi pemain badminton, beliau melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.[6] Dari tahun 1985 hingga 1997, beliau telah memegang jawatan Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden IBF 2006 dan menyaksikan pengundian Piala Thomas & Uber 2006.[7]

PenghargaanSunting

Punch dinobatkan sebagai Olahragawan Negara dua kali oleh kerajaan Malaysia iaitu pada 1969 dan 1974. Nama beliau turut tercatat sebagai Tokoh Pengisahan Sejarah Piala Thomas oleh Arkib Negara Malaysia pada 27 April 2000.[8]

Meninggal duniaSunting

Beliau meninggal dunia pada awal Rabu, 15 Ogos 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya pada usia 68 tahun[9] selepas sekian lama beliau bertarung dengan pelbagai masalah kesihatan.[10]

PenghargaanSunting

Penghargaan MalaysiaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Datuk Punch Gunalan. arkib.gov.my
  2. ^ "Punch Gunalan, legenda badminton satu dalam sejuta". Utusan Online. 13 Julai 2017. Dicapai pada 23 September 2017.
  3. ^ "Boon Bee recalls the joy of his partnership with Punch - Other Sports | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-01-16.
  4. ^ "Hartono remembers Malaysian great as an uncompromising competitor - Other Sports". The Star Online. 16 Ogos 2012. Dicapai pada 2017-01-16.
  5. ^ "Punch Gunalan answers your 10 questions - Business News | The Star Online". www.thestar.com.my. 6 Jun 2010. Dicapai pada 2017-01-16.
  6. ^ Punch Gunalan - The Passing of A True Badminton Master Malaysian Digest (15 Ogos 2012). Diperoleh pada 23 September 2012.
  7. ^ "Razif: 1992 Thomas Cup winning team had all-round depth - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-01-16.
  8. ^ Datuk Punch Gunalan
  9. ^ "Pemergian Punch Gunalan tiada galang ganti". BH Online. 5 Mac 2017. Dicapai pada 23 September 2017.
  10. ^ "Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia", Utusan Online. 15 Ogos 2012.

Pautan luarSunting