Kamaruddin bin Idris

(Dilencongkan dari Raja Kamaruddin bin Idris)

Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris merupakan Menteri Besar Terengganu , Malaysia dari Disember 1949 hingga Jun 1959. Manakala adiknya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun bin Idris.

Yang Amat Berhormat Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Raja

Kamaruddin Haji Idris
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
27 Disember 1949 – 31 Mei 1957
Didahului olehYBM Tengku Panglima Perang
Setiausaha Kerajaan Negeri
Dalam jawatan
1948–1949
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ke Pakistan
Dalam jawatan
1959–1962
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Indonesia
Dalam jawatan
1962–1963
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi
Dalam jawatan
1963–1965
Butiran peribadi
Lahir31 Mei 1904
Selangor Sungai Besi, Selangor
Meninggal dunia31 Julai 1993
Selangor Perkuburan Kampung Batu Hulu Langat, Selangor
PasanganAminah Abdul Jalil
Anak-anak7
Alma materKolej Melayu Kuala Kangsar
PekerjaanMalayan Civil Services (MCS)

Latar Belakang

sunting

Kamaruddin dilahirkan pada tanggal 31 Mei 1904, di Kampung Sungai Besi, Kuala Lumpur. Bapa beliau, Haji Idris merupakan Penghulu bagi Mukim Petaling, Kelang (ketika itu), Selangor.

Datuk kepada Kamarudin merupakan pewaris raja dari satu kerajaan di Sumatera, dan merupakan seorang berpengaruh. Sewaktu mereka berhijrah, negeri Selangor dalam keadaan kucar-kacir disebabkan perang saudara. Disebabkan memiliki ramai pengikut itu, Sultan Selangor mengajak datuk kepada Kamaruddin bagi membantunya menentang Raja Muhammad Raja Huzzir Ummar (bapa kepada Raja Sir Tun Uda). Sebagai membalas jasa, beliau dilantik sebagai Penghulu Mukim Petaling dan Penghulu Mukim Hulu Langat.

Keluarga

sunting

Kamaruddin telah mendirikan rumahtangga dengan Aminah binti Abdul Jalil. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu Zulkifli (Dato'), Zamanah, Zauwiah, Azmi (Tan Sri), Mariah, Suhaimi (Dato') dan Yang Azizah.

Pendidikan

sunting

Kamaruddin mendapat pendidikan awal di Victoria Institution Kuala Lumpur dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Pada masa itu, hanya beliau satu-satunya anak Melayu yang bukan dari keturunan raja yang bersekolah di MCKK. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, MCKK telah ditutup dan dibuka semula apabila British mengambil alih Tanah Melayu.

Penjawat Awam

sunting

Beliau memulakan karier dalam bidang pentadbiran sebagai Pegawai Percubaan cawangan MCKK (1920), Pegawai Sangkut Sekretariat Negeri Selangor (1921), Pemangku penolong Pegawai Daerah (D.O.) Sabak Bernam (1926), Timbalan Penolong D.O. (1927) dan D.O Kuala Selangor (1929).

Pada 1935, Kamarudin dinaikkan pangkat menjadi Malayan Civil Services (MCS), yang mana setaraf dengan Pegawai Tadbir Diplomatik sekarang. Pada 1937, beliau dilantik sebagai Pemangku Penolong D.O. Ipoh, dan kemudiannya D.O. Kuala Kubu Baru, Selangor.

Sewaktu pendudukan Jepun 1941, beliau merupakan Pegawai Daerah Kuala Kubu Baru, Selangor. Kamaruddin dipenjarakan selama 3 tahun sewaktu zaman Jepun disebabkan ingkar pada arahan Jepun menyanyikan lagu Kimigayo. Selepas tahun 1945, Kamaruddin yang sebelumnya tahanan Penjara Pudu, kini dilantik oleh British menjadi Penguasa Penjara Pudu pula.

Perjuangan Kemerdekaan

sunting

Pada 10 Oktober 1945, Rancangan Malayan Union telah dibahaskan dalam Parlimen Britain dan diluluskan. Sebagai pegawai utama kerajaan, Kamarudin telah dikenakan tindakan tatatertib selepas tindakan beliau membaca deklarasi bantahan terhadap cadangan Malayan Union di hadapan khalayak. Situasi ini menimbulkan tidak senang di hati British, dan beliau ditukarkan ke Daerah Besut, Terengganu dalam tempoh 24jam. Pada 22 Oktober 1946, beliau dilantik sebagai D.O Besut.

Beliau mengambil kesempatan dengan menubuhkan UMNO bahagian Besut, manakala Puan Aminah menubuhkan Persatuan Kaum Ibu Besut. Perkara ini diketahui oleh British, dan beliau sekali lagi dikenakan tatatertib dan dipindahkan ke Daerah Kemaman pada 28 April 1947. Namun Kamaruddin sekali lagi mengambil kesempatan dengan menubuhkan UMNO Kemaman pula, malah melatih beberapa pelapis dari Kemaman yang membantu memperjuangkan kemerdekaan.

Pada 16 November 1947, British mengenakan tatatertib ketiga, dengan memindahkan 'downgrade' beliau dari seorang pangkat Pegawai Daerah kepada jawatan baru Pesuruhjaya Tanah dan Galian Terengganu. Kali ini beliau berpindah ke Kuala Terengganu.

Dato Onn Jaafar melantik beliau sebagai Pengerusi UMNO Terengganu pertama. Bagi membantu beliau, Kamaruddin telah grooming Ibrahim Fikri sebagai penulis teks ucapan (setaraf Setiausaha Akhbar hari ini), dan Nik Hassan bin Abdul Rahman yang pada waktu itu berusia 21 tahun sebagai Setiausaha Politik bagi membantu kerja-kerja penyelarasan UMNO negeri. Kedua-dua pemuda ini menjadi Menteri Besar Terengganu ke-7 dan ke-9.

Beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada 1947-1949. Semasa menjadi Setiausaha Kerajaan Terengganu, Kamaruddin telah diamanahkan untuk membuat pengubalan Itqan al- Muluk bi Ta’ dil al- Suluk atau Undang Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Kedua) pada tahun 1948. Beliau sentiasa meletakkan Sultan sebagai ketuanya dan bukannya Penasihat British. Hal ini menggembirakan hati Sultan, dan menyebabkan beliau diusulkan menjadi Menteri Besar.

Dilantik sebagai Menteri Besar

sunting

Ketika berkhidmat di Terengganu, hubungan akrabnya dengan Sultan Ismail Nasiruddin Shah terjalin dan beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu pada 1 Februari 1948. Semasa menjadi Setiausaha Kerajaan Terengganu, beliau telah menyusun semula susunan protokol di antara Sultan dan Penasihat British. Hal ini amat memuaskan hati Tuanku Sultan dan akhirnya beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 18 Disember 1950 menggantikan YBM Tengku Panglima Perang, Tengku Muhamad Al-Marhum Sultan Ahmad (Pahang).

Perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu pada tahun tersebut merupakan lantikan yang terakhir yang dilantik oleh Tuanku Sultan sebelum sistem pilihanraya dilaksanakan. Beliau merupakan Menteri Besar Terengganu terakhir yang dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Perdana Menteri kerana gelaran ini telah dimansuhkan menurut Fasal 28 Undang Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab II).

Diplomatik

sunting

Kamaruddin menghantar permohonan bersara sebagai Menteri Besar pada tahun 1957. Namun atas permintaan Sultan, beliau menyambung jawatan secara kontrak selama dua tahun lagi, berakhir pada 1959.

Pada tahun 1959, parti PAS telah memenangi pilihanraya negeri, dan telah menguasai negeri Terengganu. Calon Menteri Besar Pas, iaitu Muhamad Azzam Napiah, berasal dari negeri Perak, dan pada asalnya telah di grooming oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi sendiri. Namun pencalonan beliau tidaklah diterima sepenuh hati orang parti tempatan. Timbul sengketa tentang siapa yang lebih layak menjadi Menteri Besar baharu.

Beberapa pemimpin PAS menemui Kamaruddin dan mencadangkan beliau menangguhkan pesaraan, dan menyambung pekhidmatan sebagai Menteri Besar mewakili PAS. Namun Kamarudin menolak dengan baik kerana bependapat beliau tidak dipilih melalui Pilihanraya. Akhirnya seorang ADUN Pas iaitu Mohd Daud bin Abdul Samad dari Besut dilantik menjadi Menteri Besar baru, namun tidak popular. PAS tumbang dan diganti oleh Ibrahim Fikri.

Selepas bersara dari Menteri Besar, Kamaruddin kembali ke Selangor. Kebolehan beliau dilihat oleh kerajaan Pusat, dan dilantik oleh Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Pesuruhjaya Besar Persekutuan ke Pakistan. Kemudian, ke Republik Indonesia, yang mana dalam situasi sangat mencabar disebabkan konfrontasi oleh Soekarno. Tugas Kamaruddin terakhir adalah bekhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jeddah, Saudi Arabia, di mana beliau sifatkan sangat membahagiakan.

Selepas dari itu, kehidupan beliau lebih banyak tenang apabila bersara di Kuala Lumpur.

Legasi

sunting

Tempoh pentadbiran beliau merupakan peralihan kuasa daripada Malayan Union kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Tempoh itu merupakan waktu yang sukar dalam sejarah negeri dan negara kerana kesedaran orang Melayu untuk merdeka sedang membara dan ia satu tempoh peralihan daripada sistem penjajahan British kepada sistem demokrasi berparlimen ala Westminster. Antara peristiwa lain yang penting ialah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan Pilihan Raya Umum yang pertama pada 20 Jun 1959.

Sebatang jalan utama dinamakan sempena nama beliau, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu. Di samping itu, terdapat sebuah masjid di Seksyen 51A, Petaling Jaya, yang dinamakan Masjid Dato' Hj Kamaruddin.

Rujukan

sunting


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
Disember 1949Jun 1959
Penyandang Kemudian
Tengku Muhamad bin al-Marhum Sultan Ahmad Mohd Daud bin Abdul Samad