Red Velvet (drama)

(Dilencongkan dari Red Velvet (Drama))

Red Velvet ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Hadith Omar. Dibintangi oleh Alif Satar, dan Neelofa. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 23 Oktober 2017 menggantikan Awak Suka Saya Tak. [1]

Red Velvet
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Red Velvet karya Acik Lana
Ditulis olehNazri M. Anuar
Amar Amir
Fairul Nizam
PengarahHadith Omar
Pengarah kreatif
Jeremy Chua
Dibintangi oleh
Alif Satar
Neelofa
Hafidz Roshdi
Amira Othman
Lagu pembukaan"Sesungguhnya Aku" oleh Alif Satar
Lagu penutup"Sesungguhnya Aku" oleh Alif Satar
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifRichard Lim
Pauline Chine
Michael Ang
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran40 minit
Isnin - Khamis
(10 malam)
Syarikat penerbitan
Cube Film Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal23 Oktober 2017 – 23 November 2017
Kronologi
MengikutiAwak Suka Saya Tak
Diikuti olehMy Coffee Prince

Drama ini mendapat ulasan negatif daripada netizen.[2]

Sinopsis sunting

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, suami kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

Penampilan Khas / Cameo sunting

Muzik & Runut Bunyi sunting

No.TajukPenyanyiMasa
1."Sesungguhnya Aku"Alif Satar
2."Misteri"Nina Nadira
3."Katakan Maumu"Randy Pangalila
4."Pamit"Tulus
5."Dari Mata"Jaz
6."Takkah Ini Cinta"Ziha Salleh
7."Hilang"Marsha Milan
8."2 Manusia"Dendy Mikes
9."Mencinta Kamu"Drama Band
10."Jutaan Purnama"Datin Alyah
11."Aku Cuma Punya Hati"Mytha Lestari
12."Setia"Kilafairy
13."Mimpi Indah"Amira Othman
14."Tunjukkan Ku Bintang"Aman Nassim


Anugerah dan Pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Drama TV MeleTOP Red Velvet Menang
Pelakon TV MeleTOP Neelofa Menang
Anugerah Digital Muzik Era ke - 2 Temubual Terbaik Carta ERA 40 Red Velvet Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Wanita Popular Neelofa Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Alif Satar Tercalon
Pasangan Serasi Drama Alif Satar & Neelofa Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Popular Alif Satar Tercalon
2019 ERA Digital Muzik Awards Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 Sesungguhnya Aku Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Red Velvet. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021
  2. ^ Azwa Rahman (25 Oktober 2017). "Berlakon hancur dan keras macam kayu" - Netizen komen lakonan Neelofa dalam drama Red Velvet Rojak Daily. Dicapai 4 Ogos 2021.

Pautan luar sunting