Rina Khan (lahir Sharifah Bibi Sarina Sidek Khan; 30 Julai 1970)[1] ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara, model, penulis skrip, penulis lirik, pengarah dan ahli perniagaan Malaysia.[2] Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model catwalk, seterusnya menjadi penyanyi dan telah merakamkan dua album studio. Beliau juga aktif menulis skrip dan mengarah untuk beberapa telefilem dan drama Melayu.[3][4]

Rina Khan
Kelahiran
Sharifah Bibi Sarina binti Sidek Khan

(1970-07-30) 30 Julai 1970 (umur 53)
PendidikanDiploma Koordinasi Pengarahan Filem (Diploma)
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPenulis skrip, pengarah, pelakon, pengacara, penyanyi, model, penulis novel, penulis lirik, ahli perniagaan
Tahun aktif1987–kini

Kerjaya sunting

Rina memulakan kerjaya awalnya sebagai model catwalk pada usia 18 tahun.[5] Bakat beliau dikesan oleh Billy Tan, salah seorang eksekutif Polygram Records.[6] Di bawah bimbingan penyanyi, Aris Ariwatan, Rina merakamkan dua album studio solo yang mana kedua-keduanya mengambil namanya sebagai tajuk album[4] - Rina Khan Vol. 1 (1991)[7] dan Rina Khan Vol. 2 (1992).[8] Antara lagu-lagu nyanyian beliau ialah "Hentikan" dan "Dee Jay".[9][10] Rina bagaimanapun, menamatkan kerjaya muziknya selepas sambutan dingin terhadap dua albumnya.[11][12]

Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan permainan TV3, Pop Kuiz bersama-sama dengan Aznil Nawawi,[13] yang mana Rina telah mengacarakannya sebanyak 4 musim.[3][14][15] Rina juga pernah membintangi pementasan teater Tun Mamat Dan Puteri Gunung Ledang (1996) arahan Aziz M. Osman yang mana beliau melakonkan watak Dang Ayu.[16]

Sebagai penulis skrip,[17][18] Rina telah menulis banyak skrip untuk stesen TV tempatan sejak 1996 selepas menerima bimbingan daripada penyanyi dan penulis skrip, Dilla Hussein. Beliau juga seorang penulis novel dan novel pertamanya, bertajuk RM100,000 telah diadaptasi kepada telefilem yang pernah disiarkan di RTM.[3][4]

Skrip drama lain tulisannya ialah siri Spa Q yang sangat berjaya. Beliau juga telah mengarahkan lapan telefilem, 13 drama televisyen, rancangan masakan, gaya hidup dan dokumentari serta iklan televisyen.[3] Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, pernah membintangi drama Dominan (1997) dan filem Tangkai Jering (2004). Rina juga telah mengarahkan beberapa drama termasuk Ilham Karmila, Senafas Takbir Terakhir dan Harga Sebuah Cinta.[3][4]

Kehidupan peribadi sunting

Rina Khan dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada 6 beradik. Beliau mempunyai 3 orang anak, Natasha Anina, Alwi Illys dan Zaim Zunnur Zaidi.[3][4]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Rina Khan Vol. 1
Rina Khan Vol. 2
  • Dikeluarkan: September 1992
  • Label: Polygram
  • Format: CD, kaset

Single sunting

Tajuk Tahun
"Hentikan" 1991
"Dee Jay" 1992

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan
2004 Tangkai Jering Mariana

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1997 Dominan Liza TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
1992–1993 Pop Kuiz TV3 Dirinya sendiri/pengacara
1992 Anugerah Juara Lagu ke-7 Pengacara bersama Azwan Ali, Haleeda & Wohnen
1993 Muzik Muzik Tetamu undangan bersama 4U2C[19]
1994 Anugerah Skrin 1994 Pengacara bersama Tan Sri S. M. Salim

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
1996 Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang Dang Ayu

Karya tulisan sunting

Skrip sunting

Tajuk Terbitan Stesen Kategori
Indah Nur Kasih Saujana Media RTM Drama 26 Episod
Perhentian Saujana Media RTM Drama 13 Episod
Tim Mama A. Aida Productions Salam HD Drama 13 Episod
Taufiq & Hidayat Intisari Pictures RTM Drama 13 Episod
Selamat Datang Cinta A. Aida Productions Salam HD Drama 13 Episod
Mek Cha Indera Asahan RTM Drama 13 Episod
Aku Tak Gila Cinema Stage Astro Telemovie
TQ Captain! Arie Zaharie Productions Astro Drama 20 Episod
Alif Ba Ta Aku Cinta Kamu Saujana Media RTM Telemovie
Keranaku Mencintaimu Saujana Media RTM Telemovie
Tiada Galang Ganti A. Aida Productions TV3 Telemovie
Maaf Belum Terucap A. Aida Productions Salam HD Telemovie
Mereka Yang Terbuang A. Aida Productions Salam HD Telemovie
Umar Hatta A. Aida Productions Salam HD Drama 13 Episod
Tebus AR Factor SB RTM Telemovie
Tolong Aku Dr. Cinta Pena Creative RTM Drama 26 Episod
Ajari Playboy Itu Pena Creative TV3 Drama 20 Episod
Superhero Hatiku A. Aida Productions Salam HD Drama 13 Episod
Perempuan Tepi Jalan A. Aida Productions Salam HD Drama 13 Episod
Cik Sempurna A. Aida Productions TV3 Drama 21 Episod
Seputih Cinta Rangbulan Global Stations RTM Drama 50 Episod
Pelangi Cinta Abu Dhabi 2606 Skyline Pictures RTM Drama 26 Episod
Isteri-isteri Ayah SRS Productions TV3 Drama 20 Episod
Abang Bomba, I Love You Global Stations Astro Drama 16 Episod
Menantuku Rock ANA Productions Astro Telemovie
Anak Bertuah AR Factor SB RTM Drama 13 Episod
Mr Smiley & Miss Serabai Shapeway Entertainment RTM Telemovie
Arluna Global Stations Astro Drama 16 Episod
3 Ahmad 2606 Skyline Pictures AlHijrah Telemovie
Sejadah Mekah Untuk Mak Unit Drama TV RTM Telemovie
Surah Buat Maisarah Layar Consult TV3 Drama 15 Episod
Doa 3 Wanita Layar Viana RTM Drama 13 Episod
Hanya Dengan Bismillah Global Stations RTM Drama 13 Episod
Ombak Kenangan AR Factor SB RTM Telemovie
Munajat Cinta Ayahanda Layar Viana RTM Telemovie
Kala Hati Disapa Rindu Layar Viana RTM Telemovie
Ceria Raya Bersama Zeel Productions AlHijrah Telemovie
Selebriti & Motor Layar Viana RTM Gayahidup 13 Episod
Resepi Sunnah Little Penguin Productions TV9 Gayahidup 13 Episod
Menu Bintang Layar Viana RTM Gayahidup 13 Episod
Talak Bukan Pilihan Nizarman RTM Gayahidup 13 Episod
Tulus Meniti Takdir Layar Viana RTM Drama 13 Episod
Kenapa Aku Mencuri Global Stations Astro Telemovie
Pengantin Untuk Dijual Global Stations Astro Drama 13 Episod
Spa Qistina Global Stations Astro Drama 13 Episod
Gadis Kosmo Global Stations RTM Drama 13 Episod
Logamaya Global Stations RTM Drama 13 Episod
Dilema Wanita Global Stations RTM Drama 13 Episod
Disebalik Topeng Zoro Global Stations RTM Telemovie
Rasukan Orang Minyak Suhan Movies TV3 Drama 20 Episod
Spa Q Global Stations TV3 Drama 40 Episod
Spa Q 2 Global Stations TV3 Drama 40 Episod
Bukan Yang Pertama Global Stations RTM Drama 13 Episod
Cinta Anugerah Terindah Suhan Movies TV3 Drama 15 Episod
Amira Permata Hati Eurofine RTM Drama 13 Episod
Jatuh Cinta Sekali Lagi Metrowealth TV3 Telemovie
Simbiosis Grand Brilliance TV3 Drama 15 Episod
Dendam Pelamin Nizarman RTM Telemovie

Novel sunting

  • RM100,000
  • Crank Call
  • Mengejar Pelangi
  • Best Friends
  • Pelangi
  • Nota Cinta
  • Nama Aku Syaiful Rizal

Lirik sunting

  • "Ku Mahu" - Siti Nurhaliza
  • "Pada Cintanya" - Siti Nurhaliza
  • "Cinta Atau Ilusi" - Alleycats
  • "Semanis Janji' - Iesya Toh
  • "Hentikan" - Rina Khan Vol 1
  • "Izinkanku" - Rina Khan Vol 2

Rujukan sunting

  1. ^ Rosmin Darus (31 Julai 1991). "Rina tidak kisah". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  2. ^ Kamarulmas Ayu Azman (26 Februari 1993). "Rina Khan tak rela?". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  3. ^ a b c d e f Siti Azira Abd. Aziz (17 Disember 2008). "Dunia tinta Rina Khan!". mStar Online. Dicapai pada 17 Januari 2015.
  4. ^ a b c d e Khadijah Ibrahim (15 Mei 2006). "Rina Khan kini aktif menulis novel". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  5. ^ Saodah Ismail (5 April 1991). "Rina Khan bakal sinari dunia hiburan tanahair". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  6. ^ Rosila Ismail (14 Jun 1991). "Rina Khan mempesonakan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  7. ^ Zieman (30 Mac 1991). "Model Rina cuts debut album" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  8. ^ "Rina Khan masih tak puas". Berita Harian. 27 Oktober 1992. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  9. ^ Jad Mahidin (10 April 1991). "Rina raps out a first" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  10. ^ Azwani Abdul Ghani (22 September 1992). "Rina sesuai irama blues". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  11. ^ Azwani Abdul Ghani (20 Julai 1993). "Rina Khan merajuk!". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  12. ^ Zulkefli Ali (5 April 1993). "Rina Khan lupakan dunia nyanyian". Berita Harian. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  13. ^ Rozila Saibi (29 September 1993). "Rina lebih menonjol sebagai pengacara". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  14. ^ "Bukan mudah jadi pengacara". Harian Metro. 30 September 1992. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  15. ^ Adam Salleh (10 Oktober 1992). "Rina menggeletar pada hari pertama". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  16. ^ Marina Abdul Ghani (28 November 1996). "Dream come true for Rina" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  17. ^ Ellyna Ali (7 Januari 1999). "Rina aktif tulis skrip". Berita Harian. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  18. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (22 Oktober 1997). "Penulisan skrip kerjaya Rina". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2021.
  19. ^ G. Shanti (27 Februari 1993). "Rina, 4U2C in Muzik, Muzik recording" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 Januari 2021.

Pautan luar sunting