Wohnen (lahir Suhaida Shamsudin; 8 Februari 1976 – 4 Jun 2015) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau dikenali sebagai satu-satunya penyanyi Malaysia yang mempelopori muzik country dan blues, terkenal dengan lagu hitsnya, "Madah Terakhir".[1][2][3]

Wohnen
Nama lahirSuhaida binti Shamsudin
Kelahiran(1976-02-08)8 Februari 1976
Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Meninggal dunia4 Jun 2015(2015-06-04) (umur 39)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1992–1999
Syarikat rakaman
  • Bunga Tanjung Production
  • Valentine Sound Productions

Kehidupan awal sunting

Wohnen dilahirkan pada 8 Februari 1976 di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak ketiga daripada 4 beradik kepada pasangan penyanyi, M. Y. Shamsudin dan Fatimah Isa.[1][4] Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling, Selangor, namun berhenti kerana desakan hidup keluarganya yang memaksanya untuk berhenti belajar.[1][5][6]

Kerjaya sunting

Mewarisi bidang muzik daripada ibu bapanya,[7] Wohnen mula menunjukkan minat menyanyi semasa zaman kanak-kanak dan pernah menyertai pertandingan nyanyian semasa Darjah 3. Selepas tamat sekolah menengah,[8] Wohnen menerima tawaran sebagai artis rakaman di Bunga Tanjung Production yang dimiliki oleh Abu Samah Mohamed Idrus. Album sulungnya, Madah Terakhir dikeluarkan pada awal Mei 1992 yang memuatkan sebanyak 11 lagu yang berirama country dan blues termasuk sebuah lagu berbahasa Inggeris.[1][9] Di awal kemunculannya, beliau sering dianggap sebagai pencabar penyanyi-penyanyi senior seperti Ella, Shima dan Wann.[10] Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 20 ribu unit.

Susulan kejayaan album Madah Terakhir, Wohnen muncul dengan album kedua, WW96 yang mana proses rakaman album ini dijalankan pada 1993. Dikeluarkan pada Jun 1994,[11] album ini menjadi album terakhir Wohnen bersama Bunga Tanjung biarpun beliau merancang untuk penerbitan album ketiga.[12][13][14] Wohnen juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi drama Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi, Razzi Rahman, Zizie Ezette dan kumpulan Nico G yang bersiaran di TV1.[15] Beliau turut meminjamkan suaranya untuk watak beliau sendiri dalam siri animasi Usop Sontorian dalam episod "Tetamu Istimewa".[16]

Kematian sunting

Wohnen meninggal dunia pada 4 Jun 2015 di Kuala Lumpur akibat serangan jantung di usia 39 tahun. Disahkan sendiri oleh anaknya. Bagaimanapun, berita kematiannya tidak disiarkan di mana-mana media cetak dan elektronik berikutan atas permintaan keluarga dan warisnya.

Diskografi sunting

Album studio sunting

  1. Madah Terakhir (1992)
  2. WW96 (1994)

Single sunting

Tajuk Tahun
"Madah Berhelah" 1992

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Sama Tak Serupa Anita

Siri animasi sunting

Tahun Tajuk Watak Stesen TV Catatan
1994 Usop Sontorian Dirinya sendiri (suara) TV1 Episod: "Tetamu Istimewa"

Penampilan televisyen sunting

Tahun Acara Peranan Saluran TV Catatan
1992 Anugerah Juara Lagu ke-7 Pengacara TV3 Sebagai pengacara disamping Azwan Ali, Rina Khan & Haleeda.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Norbaya Musa (15 Mei 1992). "Wohnen, penyanyi 'country' dan 'blues'". 536. URTV.
  2. ^ "Wohnen semakin mencabar". Majalah Pesta. 5 Mei 1992. m/s. 16.
  3. ^ Mahadhir Mohamad (1 Julai 1992). "Wohnen bermodalkan suara uniknya...". Remaja. m/s. 90–91.
  4. ^ "Wohnen perlukan RM20 ribu untuk bapa tersayang". Remaja. 1 Jun 1993. m/s. 30–31.
  5. ^ Rozai Sulaiman (Disember 1992). "Hidup sederhana impian Wohnen". Variasari. m/s. 48–49.
  6. ^ Rouslan Mokhtar (1 Ogos 1992). "Wohnen - Tak suka rapat dengan artis". 381. Media Hiburan.
  7. ^ "Keluarga seni". Berita Minggu. 17 Oktober 1993. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
  8. ^ Rosmin Darus (10 Mei 1992). "Bukan tunjuk pandai". Berita Minggu. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
  9. ^ "Wohnen tabah hadapi cacian". Berita Televideo. 11 Oktober 1992.
  10. ^ "Wohnen cabar artis rock wanita". Majalah Pesta. 20 Mei 1992. m/s. 3.
  11. ^ Lokman Arshad (Jun 1994). "Wohnen - Dahan tempat ayah bergantung". Perempuan. m/s. 30–32.
  12. ^ Nizam Hamid (1 Julai 1993). "Wohnen rakam album terakhir dengan Bunga Tanjung". Media Hiburan. m/s. 40.
  13. ^ Fatimah Hassan (1 November 1993). "WW96: Wawasan Wohnen di tahun 1996". URTV.
  14. ^ "Wohnen 'nekad' hadapi kontroversi". Variapop. 15 Jun 1994. m/s. 46.
  15. ^ Yusof Abas (23 Mac 1995). "Wohnen - Terus dibelenggu kesempitan hidup". Media Hiburan. m/s. 15.
  16. ^ "Wohnen berlakon jadi kartun". Berita Harian. 17 Mac 1994. Dicapai pada 19 September 2019.

Pautan luar sunting