Sakura (Jepun: 桜/櫻/サクラ) ialah nama bahasa Jepun yang dipakai kepada pokok-pokok hiasan ceri spesies Prunus serrulata serta kelopak-kelopak bunganya. Buah (dikenali sebagai sakuranbo (Jepun: 桜ん坊)) muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza. Selain itu, sakura juga merupakan nama yang seringkali digunakan masyarakat Jepun.

Sakura
Kembangan bunga sakura pada pokok sakura bonsai yang berumur 15 tahun
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies

Prunus jamasakura
Prunus serrulata
Prunus × yedoensis

Sejarah sunting

Sakura merupakan tumbuhan yang asli di Banjaran Himalaya, Bengal Utara (kini Bangladesh) dan di Asia timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan. Jepun mempunyai jenis sakura yang berbeza=beza; lebih daripada 305 jenis boleh ditemui di sana.[perlu rujukan] Kebanyakan daripada mereka telah dikacukkan secara tiruan atau dicantumkan oleh orang Jepun hortikultur berabad yang lalu.[perlu rujukan]

Pesta Melihat Bunga sunting

Dalam Tempoh Heian (794-1911), orang-orang Jepun telah mengikuti banyak amalan dari China, antaranya fenomena sosial pesta melihat bunga (hanami: 花見), di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman Shinsen-en Kyoto pada tahun 812. Di China, pokok ume "plum" (sebenarnya merupakan spesies pokok aprikot) yang seringkali menjadi simbol kebanggaan, namun bagaimanapun menjelang ketibaab pertengahan abad kesembilan, bunga sakura telah menggantikan pokok plum tersebut sebagai spesies yang diminati di Jepun.[perlu rujukan]

Setiap tahun, Agensi Kajicuaca Jepun dan orang awam mengesan sesuatu yang digelar sakura zensen sambil ia bergerak ke arah kepulauan utara dengan kedatangan musim panas menerusi ramalan waktu malam mengikuti segmen-segmen cuaca daripada program berita. Kemekaran bunga-bunga ini bermula di Okinawa pada Januari dan lazimnya mendekati Kyoto dan Tokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga ke Hokkaidō beberapa minggu kemudian. Masyarakat Jepun mengambil sepenuh perhatian mereka pada ramalan-ramalan cuaca ini dan berkumpul dalam kelompok besar di taman-taman, makam-makam dan kuil-kuil, bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan pesta melihat bunga. Pesta-pesta Hanami menjayakan kecantikan bunga sakura dan bagi mereka yang lain pula, pesta tersebut merupakan satu peluang untuk beristirahat dan menikmati pemandangan. Budaya pesta hanami ini dapat dikesan kembali berbad-abad yang lalu di Jepun: sejarah abad kelapan iaitu Nihon Shoki]] (日本書紀) merekodkan pesta-pesta hanami pernah diadakan seawal abad ketiga CE.

Kebanyakan sekolah Jepun dan bangunan awam mempunyai pokok-pokok sakura ditanam disekitar kawasan mereka. Disebabkan tahun fiskal dan sekolah bermula pada bulan April, di kebanyakan kawasan di Honshū, hari pertama sekolah atau kerja berlaku serentak dengan musim sakura.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting