Senarai lagu juara Carta Era 2005

Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dikendalikan oleh penyampai Nana Mahazan [1]. Ia mula bersiaran setiap Ahad, jam 10 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [2].

Carta Era 2005
PenganjurEra FM

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.

Penarafan Radio sunting

Sejak tahun 2000, Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio paling tinggi pendengar di Malaysia. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [3]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .

Turutan Juara Carta Era sunting

 
Kumpulan Peterpan (kini dikenali sebagai NOAH) mula dikenali di Malaysia menerusi lagu "Mungkin Nanti" dan mencipta rekod apabila menjuarai Carta Era sebanyak 14 minggu sekaligus memadam rekod kejuaraan yang dimiliki oleh kumpulan Exists menerusi lagu "Jesnita".
 
Lagu "Aduh Saliha" ciptaan M. Nasir untuk juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi berjaya mengungguli carta selama 8 minggu, di mana lagu ini juga mencipta rekod debut carta terus ke tangga pertama pada 13 Ogos 2005, seminggu setelah beliau dinobatkan sebagai juara AF3 dan memperkenalkan lagu tersebut.
 
Penyanyi Adam berjaya menjuarai Carta Era menerusi dua buah lagu. Kali pertama menerusi lagu gandingannya bersama KRU berjudul "Terhangat Di Pasaran", dan kali kedua menerusi lagu solo "Tak Tahu". Kedua-dua lagu tersebut adalah hasil ciptaan Edry Abdul Halim.
 
Raja Pop, Jamal Abdillah berjaya menjuarai carta menerusi lagu "Gadis Melayu", sebuah lagu lama nyanyian Othman Hamzah pada tahun 1983.


Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2005.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2005.
Jilid Tarikh Lagu Artis Rujukan
1 Januari Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2004
E0501 8 Januari "Elegi Sepi" Azharina [4][5]
15 Januari [6]
22 Januari [7]
29 Januari [8]
5 Februari [9]
12 Februari [10]
19 Februari [11]
E0502 26 Februari "Terhangat di Pasaran" KRU dan Adam [12][13]
5 Mac [14]
E0503 12 Mac "Mungkin Nanti" Peterpan [15]
19 Mac
E0504 26 Mac "Pop Ye Ye" V.E menampilkan Daly Filsuf dan Joe Flizzow [16]
re 2 April "Mungkin Nanti" Peterpan [17]
9 April
16 April
23 April
30 April
7 Mei
14 Mei
21 Mei
E0505 28 Mei "Angguk-angguk, Geleng-geleng" Ahli Fiqir [18][19]
re 4 Jun "Mungkin Nanti" Peterpan [20]
11 Jun
18 Jun
25 Jun
E0506 2 Julai "Tak Tahu" Adam [21]
9 Julai
16 Julai [22]
23 Julai
E0507 30 Julai "Gadis Melayu" Jamal Abdillah menampilkan Joe Wings [23]
6 Ogos [24]
E0508 13 Ogos "Aduh Saliha" Mawi [25]
re 20 Ogos "Gadis Melayu" Jamal Abdillah menampilkan Joe Wings [26]
re 27 Ogos "Aduh Saliha" Mawi [27]
3 September [28]
10 September
17 September
24 September
1 Oktober
E0509 8 Oktober "Warkah Berlagu Pilu" Felix Agus [29]
15 Oktober
re 22 Oktober "Aduh Saliha" Mawi
E0510 29 Oktober "Dua Dunia" Too Phat menampilkan Siti Nurhaliza [30]
re 5 November "Warkah Berlagu Pilu" Felix Agus [31]
12 November
19 November
26 November
E0511 3 Disember "Da'Bomb" Ruffedge menampilkan Kombatt (Kugiran D'Tepi Pantai) [32][33]
re 10 Disember "Warkah Berlagu Pilu" Felix Agus [34] [35]
E0512 17 Disember "Takkan Melupakanmu" Radja [36] [37]
24 Disember [38]
31 Disember Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2005

Carta Akhir Tahun sunting

Seperti yang disiarkan pada 31 Disember 2005 bagi senarai lagu-lagu paling popular untuk tahun 2005.[39]

Kedudukan Akhir Tahun Lagu Artis Rakaman Jumlah Minggu Kejuaraan
1.
"Mungkin Nanti" Peterpan
14
2.
"Aduh Saliha" Mawi
8
3.
"Elegi Sepi" Azharina
7
4.
"Warkah Berlagu Pilu" Felix Agus
7
5.
"Tak Tahu" Adam
4

Fakta Ringkas sunting

  • Tahun 2005 menyaksikan hanya 12 buah lagu berjaya bergelar juara, jumlah paling kecil dibandingkan tahun-tahun lain. Rekod ini dipadamkan pada tahun 2019 apabila hanya 10 lagu menjuarai Carta RIM. Rekod terbaharu jumlah lagu juara paling kecil setakat ini dipegang oleh tahun 2020 dengan 9 buah lagu.
  • Rekod kejuaraan 14 minggu yang dicipta "Mungkin Nanti" (Peterpan) menyamai rekod yang sama dicipta Aishah menerusi lagu "Janji Manis Mu" di dalam Carta Pujaan 10 RTM pada tahun 1990-1991.
  • "Mungkin Nanti" dan "Aduh Saliha" berjaya memenangi anugerah Carta Era, masing-masing di acara Anugerah Era 2005 dan Anugerah Era 2006.
  • Lagu "Elegi Sepi" nyanyian Azharina berjaya menyekat lagu "Gemilang" daripada bergelar juara selama beberapa minggu, manakala "Aduh Saliha" telah menyekat dua buah lagu yang amat popular ketika itu iaitu "Kenapa" (Shazzy menampilkan Lah Ahmad) dan "Pudar" (Rossa).

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3318629/era-mantap
  2. ^ https://blog.adamroslan.com/muzik-filem-tv/kedudukan-carta-era-40.html
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2351597/pasaran-iklan-akhbar-internet-lebih-besar
  4. ^ https://diskograf.com/explore/song/1566-elegi-sepi
  5. ^ https://www.klik.com.my/item/document/8417105/bm---sun-01-2005-bintang-popular-090149-a-all
  6. ^ https://www.klik.com.my/item/document/8417063/bm---sun-01-2005-bintang-popular-160249-a-all
  7. ^ https://www.klik.com.my/item/document/8416090/bm---sun-01-2005-bintang-popular-230231-a-all
  8. ^ https://www.klik.com.my/item/document/8415527/bm---sun-01-2005-bintang-popular-300229-a-all
  9. ^ https://www.klik.com.my/item/document/8415559/bm---sun-02-2005-bintang-popular-060229-a-all
  10. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=124969&page=16#pid4763989
  11. ^ https://www.klik.com.my/item/document/8415723/bm---sun-02-2005-bintang-popular-200226-a-all
  12. ^ https://diskograf.com/explore/song/2160-terhangat-di-pasaran
  13. ^ https://www.klik.com.my/item/document/8414422/bm---sun-02-2005-bintang-popular-2702210-a-all
  14. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=124969&page=17#pid4924517
  15. ^ https://www.discogs.com/release/4552513-Peterpan-Bintang-Di-Surga
  16. ^ https://diskograf.com/explore/song/1733-pop-ye-ye
  17. ^ https://www.discogs.com/release/4552513-Peterpan-Bintang-Di-Surga
  18. ^ https://diskograf.com/explore/song/2548-angguk-angguk-geleng-geleng
  19. ^ https://www.discogs.com/release/8777351-Ahli-Fiqir-Hari-Ini-Dalam-Sejarah
  20. ^ https://www.discogs.com/release/4552513-Peterpan-Bintang-Di-Surga
  21. ^ https://diskograf.com/explore/song/2202-tak-tahu
  22. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=124969&page=17#pid5950568
  23. ^ https://www.discogs.com/release/8294885-Jamal-Abdillah-Aku-Penghibur
  24. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=124969&page=18#pid6112790
  25. ^ https://www.discogs.com/release/13788725-Mawi-The-Best-of-Mawi-World
  26. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=124969&page=18#pid6163061
  27. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=124969&page=18#pid6243260
  28. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=124969&page=18#pid6279451
  29. ^ https://diskograf.com/explore/song/2161-warkah-berlagu-pilu
  30. ^ https://www.discogs.com/release/2493444-Too-Phat-Rebirth-Into-Reality
  31. ^ https://diskograf.com/explore/song/2161-warkah-berlagu-pilu
  32. ^ https://www.discogs.com/release/12424247-Ruffedge-Ruffera
  33. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=124969&pid=6830490
  34. ^ https://diskograf.com/explore/song/2161-warkah-berlagu-pilu
  35. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=124969&pid=6932792
  36. ^ https://www.discogs.com/release/11186887-Radja-Langkah-Baru
  37. ^ https://astro-lyrics.blogspot.com/2005/
  38. ^ https://bn1.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=124969&pid=7049223
  39. ^ http://dbos-fm.blogspot.com/2006/01/lagu-lagu-terbaik-radio-era-sepanjang.html