Sheryl Shazwanie Shamsulbahri (lahir 30 September 1997) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali umum menerusi lagu "Perasaan" pada 2018[2] dan sebagai peserta rancangan realiti nyanyian terbaru terbitan Astro, Big Stage musim kedua pada 2019.[3][4]

Sheryl Shazwanie
Nama lahirSheryl Shazwanie binti Shamsulbahri
Kelahiran (1997-09-30) 30 September 1997 (umur 26)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
MVM Production
Pengkarya berkait
Azzam Sham
PasanganAzzam Sham (k. 2022)
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Big Stage (musim 2) sunting

Sheryl Shazwanie menyertai Big Stage musim kedua yang bersiaran di Astro Ria.[5] Beliau menjadi peserta pertama yang tersingkir.[6]

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Sendiri & Cover "Perasaan" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Drama" Drama Band TERSINGKIR

Kehidupan peribadi sunting

Ia telah dihebahkan di media pada awal 2020 bahawa Sheryl telah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Azzam Sham (yang kemudian menjadi juara Big Stage musim ketiga), namun bersepakat untuk tidak berahsia mengenai hubungan mereka. Sheryl dilaporkan telah mengakui menyimpan perasaan terhadap Azzam.[7][8][9]

Beliau dan Azzam mengikat tali pertunangan pada 30 September 2021.[10] Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2022.[11][12]

Pada 27 November 2022, Sheryl dan Azzam dikurniakan cahaya mata perempuan, Azzalea Safiyya.[13][14][15]

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk Catatan
2017
"Hati-Hati Dengan Cinta"
2018
"Potret Lebaran"
"Teratai Cinta"
"Perasaan"
2020
"Jika Itu Takdirnya"
Duet bersama Azzam Sham
2021
"Jangan Ragu"
2022 "Menahan Luka" Duet bersama Azzam Sham

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2019 Big Stage (musim 2) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
2022 Masak Apa Tu? Dirinya sendiri TV3

Rujukan sunting

  1. ^ Rudy Imran Shamsudin (24 Oktober 2018). "Tuah buat Sheryl". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  2. ^ "Sheryl cuba nasib dengan Perasaan". Kosmo!. 10 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-12. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  3. ^ Fareez Azman (26 Ogos 2019). "Sheryl Shazwanie peserta pertama tersingkir di Pentas Big Stage 2019". Astro Awani. Dicapai pada 26 Ogos 2019.
  4. ^ Norhayati Nordin (24 Mac 2020). "Tak mahu terburu-buru". Astro Awani. Dicapai pada 3 Mei 2020.
  5. ^ "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. 7 August 2019. Dicapai pada 26 November 2019.
  6. ^ Syafiqah Jalal (26 Ogos 2019). ""Saya Sebak Kerana..."- Sheryl Shazwanie Peserta Big Stage 2019 Pertama Tersingkir". Astro Gempak. Dicapai pada 26 November 2019.
  7. ^ Nur Asyikin Mayudin (9 Mei 2020). "Sheryl Shazwanie mengaku lama simpan perasaan terhadap Azzam Sham - "Ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada dia"". mStar Online. Dicapai pada 2 November 2020.
  8. ^ Norhayati Nordin (19 Oktober 2020). "Tak lindung perasaan". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2020.
  9. ^ Norhayati Nordin (4 Jun 2020). "Jaga batas cinta". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2020.
  10. ^ Zaidi Mohamad (1 Oktober 2021). "Azzam, Sheryl bertunang". Berita Harian. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
  11. ^ Sairul Zamri Misrani (1 Januari 2022). "Azzam, Sheryl kini suami isteri". Kosmo!. Dicapai pada 1 Januari 2022.
  12. ^ Hawa Soleha Saleem (1 Januari 2022). "Azzam Sham dan Sheryl Shazwani sah jadi suami isteri, pilih tarikh cantik langsung hari bahagia". mStar Online. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  13. ^ Nor Eryani Yusop (5 Disember 2022). "Azzam Sham, Sheryl Shazwanie pilih nama Azzalea Safiyya". Kosmo!. Dicapai pada 18 Disember 2022.
  14. ^ "Isteri selamat bersalin, Azzam Sham senyum lebar dah jadi bapa". Astro Awani. 29 November 2022. Dicapai pada 18 Disember 2022.
  15. ^ Farol Hadi (27 November 2022). "Azzam Sham selamat bergelar bapa… peluang teman isteri di dewan bersalin pengalaman paling berharga". mStar Online. Dicapai pada 18 Disember 2022.

Pautan luar sunting