Solidariti Mahasiswa Malaysia

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan nasib para mahasiswa di Malaysia. Pengerusi SMM ialah Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin. SMM mendakwa mempunyai 5,000 ahli termasuk dalam Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa dan Mahasiswi, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.


Hak berhimpun sunting

Pada 3 Disember 2009, SMM tidak senang dengan laporan polis yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Angkatan Muda PKR Pulau Pinang yang dilihat tidak senang dengan perhimpunan terbuka. Tindakan PAS dan PKR ini tidak selaras dengan amalan perhimpunan terbuka. Selama ini UMNO / Barisan Nasional tidak setuju dengan gerakan BERSIH, dasar PPSMI dan Perhimpunan Anti ISA 2008. Kini PAS dan PKR pula yang tidak senang pula dengan perhimpunan terbuka .[1]

BTN berbau perkauman sunting

Pengerusi SMM, Shazni Munir Ithnin menyatakan bahawa SMM mempunyai banyak bukti dalam bentuk rakaman BTN yang berbau perkauman.Kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur 'doktrinisasi perkauman dan politik'. SMM membantah kenyataan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berhubung ketegaran beliau supaya kursus BTN dikekal. Turut hadir dalam sidang media ialah Hilman Idham - Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Abdullah Omar Muhamad Fuad - Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).[2]

Membantah Loji Lynas sunting

Pada 30 Julai 2011, persatuan ini menggesa projek loji meproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang dihentikan segera demi keselamatan dan kesihatan penduduk setempat. SMM menubuhkan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat(GMSR) untuk menyuarakan kepentingan rakyat terbanyak. Pengerusi GMSR ialah Mohd Ramzulnasri Kamarusaman.

Kajian singkat pada 25-Jun 2011 mendapati 99 % daripada 400 responden yang ditemui menolak Lynas di di tempat mereka. Sebelum ini pelbagai penjelasan dan alasann diberikan oleh pihak Lynas, kerajaan , TV3 dan media massa arus perdana.

NGO lain yang menentang projek Lynas ialah Save Malaysia dan Badar.Mereka mengedarkan risalahn penerangan tentang bahaya projek Lynas di stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek ke sekitar Jalan Tun Razak dan pusat membeli belah Sogo. [3]

Rujukan sunting